TUJUH BELAS
Kau masih kucintai
Sungguh...dari awal dulu hingga hari ini
Aku pasti...seyakinnya pasti...
Kaulah satu untukku...-Awie_I-Ris
Kereta Myvi bernombor pendaftaran WQP 7002 selesai diparkir di hadapan bangunan akademik baru. Azlina segera keluar sebelum membuka pintu belakang. Diangkat beberapa buah buku dan kertas ujian yang masih belum siap ditanda. Usai mengangkat buku, langkah dipacu pantas menuju ke kelas.
“Boleh saya tolong?” Ucap satu suara dari belakang. Azlina tersentak. Dipalingkan wajah ke belakang. Kelihatan Adli yang segak dengan baju kemeja putih bergaris merah halus dan bertali leher corak tersenyum melihat Azlina.
“It’s okay...I can handle it myself...” Ucap Azlina. Tanpa sempat menghabiskan bicara, Adli mencapai buku yang dipangku oleh Azlina. Tersentak si gadis melihatkan perbuatan spontan Adli.
“Your class is at YG 05 right? Let me help you...come...” Ujar Adli, selamba. Sekali lagi gadis itu tersentak. Sampai begitu sekali Adli mengetahui jadual waktunya?
“Adli, awak ni betul ke tak pagi ni?” Soal Azlina, geram.
“Apa yang tak betulnya, Cik Lina?” Soal Adli kembali.
“Awak tak ada kelas untuk diajar?” Soal gadis bertudung kuning itu kembali. Mereka menapak menuju ke kelas. Adli tertawa kecil.
“No...I don’t have any class today...I’ll accompany you the whole day!”
“You such a maniac, Adli!” Azlina membalas geram.
“Yes...I’ll prove to you that I’m maniac...maniac towards you!”
“Ah, sudahlah kamu...!” Azlina membalas pantas. Bibirnya terukir senyuman.
“Macam dalam filem Inggeris...heronya akan setia menunggu heroinnya...”
“Astaghfirullahal’azim...seorang ustaz bercakap sebegini?” Seloroh Azlina.
Mendengarkan lelucon sebegitu, raut wajah Adli berubah. Tiada senyuman mahupun ketawa terbit dari bibirnya.
“Maksudnya, seorang guru agama itu hanya duduk di masjid, mengaji dan solat sahaja. Begitu? Maksud awak juga, Cik Azlina...awak fikir golongan macam saya ni tak perlukan kehidupan bermasyarakat? Tak perlukan kasih sayang? Tak perlukan kawan? Saya manusia juga, bukannya malaikat...anyway, thanks for the compliment...” Adli membalas keras. Diletakkan buku kembali kepada Azlina sebelum mengucapkan salam. Azlina terpaku sejenak. Alamak, salah cakap pulak!
“Adli!” Laungnya.
“Maaflah...saya ustaz...haram bercakap dengan wanita yang bukan muhrim!” Adli menempelak garang. Dia berlalu menuruni anak tangga kecil menuju ke perpustakaan. Azlina menghela nafas panjang. Sampai begitu sekali dia tersentuh hati?
* * *
“Hai, lambat sampai hari ni?” Soal Ustazah Noraini, yang lebih mesra dipanggil Kak Nor. Adli cuba untuk senyum namun wajahnya tidak mengizinkan. Kak Nor terdiam sejenak. Ada sesuatu yang telah berlaku.
“Adli O.K. ke?” Soal Kak Nor lagi.
“Alhamdulillah...saya O.K...” Balas Adli sambil duduk di atas kerusinya.
“Tak baik berbohong...akak boleh tengok dari wajah kamu tu, dik...” Balas Kak Nor. Adli mengukir sedikit senyuman. Dia membelek beberapa tugasan pelajar yang telah siap dihantarkan kepadanya.
“Kak, salahkah saya sukakan seseorang?” Soal Adli.
“Maksud kamu...cinta?” Soal Kak Nor. Adli mengangguk perlahan.
“Cinta tu murni. Kasih sayang antara makhluk dengan pencipta, ataupun makhluk dengan makhluk. Nabi Adam A.S. dan Siti Hawa juga saling mencintai. Begitu juga dengan Nabi Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah. Kamu tahu kan, Nabi Muhammad berpoligami selepas pemergian Siti Khadijah. Sewaktu hayat isteri pertamanya masih ada, baginda tidak pernah mengimpikan untuk beristeri lain, tanda betapa dia mencintai dan menyayangi Siti Khadijah. Malah Saidatina Aisyah juga cemburu bila mana Nabi S.A.W. memuji kehebatan Siti Khadijah di hadapannya. Maka, tak salah kalau kita menyintai seseorang, namun biarlah kena pada hukum-hakam syaraknya...”
“Tapi, memegang status ustaz ini sangat berat...”
“Memang...ibarat nakhoda yang menaungi segenap anak kapalnya. Begitulah tugas kita ini sebagai guru agama. Akak perhatikan cara kamu berbeza dari yang lain. Kamu mudah didekati anak murid, disenangi dalam kalangan pensyarah. Malah, pengarah Kampus kita Datuk Dr. Mizan pun suka pada kamu. Maka tanggungjawab kamu sangat berat. Ibarat Muslim Idol!” Jelas Kak Nor lagi.
“Saya sedar saya tidaklah sebaik ustaz-ustazah yang lain. Saya bukannya dalam kalangan hafiz, bukannya pandai bertarannum, jauh sekali memberikan nasihat pada yang lain. Konsep dakwah saya adalah bil hikmah. Dakwah dengan hikmah. Saya sertai pelbagai bentuk acara dengan membawakan mesej dakwah yang mudah difahami. Namun, dalam urusan cinta, saya gagal...” Ujar Adli.
“Kamu mengeluh?” Soal Kak Nor lagi.
“Tak...sekadar meluahkan apa yang terbuku dalam hati...” Balas Adli.
“Baguslah...seandainya Nabi bersifat seperti kamu, maka Islam tak akan jadi unggul hingga ke hari ini. Kamu kena ingat, di saat kamu gagal, ada yang masih menyayangi dan memahami kamu...” Balas Kak Nor.
“Siapa?” Soal Adli.
“Allah S.W.T....”
“Dan juga saya...” Sampuk seseorang di muka pintu. Adli mengangkat wajah. Sungguh tak disangka apa yang dilihatnya di hadapan pintu. Sekujur tubuh yang tidak disangka akan menjejakkan kaki ke pejabatnya jua...!
6 comments:
s0 sweet...
xsabar nk tggu bab seterus nya...
sabarrr...hehehehe
cepat la.cik abang oi...
Assalamu'alaikum, sekadar menyatakan pendapat yg mungkin boleh pengarang ulas...sayang dan cinta itu dtg tanpa dipinta, dtg tanpa dipaksa. cinta kepada yg maha Pencipta, kepada kekasihNya, kpd ibu dn bapa, adik-beradik, keluarga, shabat-handai malah mereka yg berada di sekeliling kita. namun dlm memberikan cinta kepada yg bukan muhrim la yg paling mencabar Iman, menguji ketaqwaan dan mengajar kpd keihlasan + kejujuran. kadang-kadang puas sudah menjaga hati tapi hilang kpd seorg da'ei yg pada mulanya teguh kita menafi. mengatakan tidak mungkin akan terbit rasa kasih melebihi apa2 yg terjalin pd ketika ini. merapukah aku di kala ini? :) maafkan...
Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan begitu juga sebaliknya. wujudnya rasa cinta dalam hati bukanlah satu kesalahan...kerana cinta itu digarap oleh Allah Yang Maha Mengetahui...bercinta atau menaruh rasa cinta itu fitrah manusia...namun sejauh mana kamu meletakkan martabat cinta itu yang harus dititikberatkan...seandainya mempunyai keinginan cinta pada sang daie, maka persiapkanlah dirimu dengan agama dan kemuliaan...tak merapu...saya faham... :)
Salam, apa pendapat ustaz tentang cinta yg bertepuk sebelah tgn? patutkah berusaha utk mendapatkannya atau lepaskan shj jika org yg kita minati itu telah ada pasangannya *bukan ikatan pertunangan mahupun berkahwin*
Post a Comment