Tuesday, May 10, 2011

Kedamaian


Kadangkala kedamaian itu hadir menggamit sanubari, saat diri lelah menghadapi dugaan-Nya. Memerhatikan alam sekeliling kita dan melihat keagungan-Nya sangat mendamaikan hati yang bercelaru. Waima di pantai, gunung, mahupun hutan belantara. Di saat itu, andainya hati masih dibaluti dengan iman waima sebesar zarah, pastinya akan terusik dengan kenangan dosa dan khilaf diri. Pastinya air mata akan menitis dan mengalir dari empangan mata, menunjukkan betapa lemahnya diri sendiri.

Fitrah manusia, tidak bisa lari dari dosa dan kemaksiatan. Sementelah diri terlalu mengkagumi dunia yang fana, sedangkan akhirat itu lebih hebat dan hakiki. Hebatnya Allah kerana membiarkan diri dibelenggu dosa, dan sesudah itu Dia hadirkan nusrahNya dengan menyucikan kembali hati yang kehitaman diulit dosa melalui tarbiah dan didikan syariat-Nya.

Beruntunglah mereka yang masih memiliki secangkir iman di dalam hati, kerana mahabbah Allah masih bersamanya.

Rugilah mereka yang masih lalai dan leka dengan dunia, kerana Allah sedang mengistidraj mereka dengan memberikan kelebihan harta dan kesenangan, sebelum menghancurkan mereka.

Sejarah telah tertulis dan membuktikannya...

1 comment:

sea_lavender said...

kedamaian dan ketenangan mudah kte miliki ble kte sentiasa ingt dan melihat sekeliling kita tentang kebesaran dan nikmat2 yg dkurniakan buat kte hamba2-Nya yg kerdil...