Friday, April 9, 2010

NOVEL BERSIRI: MENCARI HUMAIRA' HATI

LAPAN BELAS
Aku tak salahkan hatimu
Bila harap itu tak ada
Tak relakan bila terjadi
Hanya waktu yang tentukan
            Ku ingin kuatkan hatimu
            Yakinku hanyalah milikmu
            Besar cintaku tak berubah
            Walau kini...rasa itu...
            Luluh kan hatimu...
Ku hanya milikmu
Coba kau rasa
Yakinnya hatiku meski kau tinggalkan
Masih ku milikmu
Mengertikah bila cinta ini...
Tak akan pernah sedikit pun pudar
Selain untukmu...
-Anuar Zain_Hanya Milikmu-
            Lagu Anuar Zain-Hanya Milikmu berkumandang di corong radio saat Adli menikmati secangkir minuman bersamanya. Aufa Liyana tidak lekang dari memandang wajahnya. Lirikan senyuman, renungan mata, semuanya sama sepertimana mula-mula Adli bertemunya dahulu.
            “Masih pesan air yang sama, ya? Limau suam?” Soal Aufa.
            “Ya...masih tak berubah...” Balas Adli sebelum menghirup minuman.
            “Abang tak mengajar hari ni?” Sekali lagi Aufa Liyana menguji dengan panggilan ‘abang’. Adli hampir tersedak, namun wajahnya dibuat seperti biasa.
            “Hari ni tak ada kelas...” Balas Adli, selamba.
            “Jadi abang boleh temankan Aufa, kan?” Soal Aufa Liyana lagi.
            “Teman Aufa? Ke mana?” Soal Adli lagi.
            “Jalan-jalan...pergi ke tempat-tempat menarik di Melaka ni...boleh? Please...?” Pinta Aufa Liyana. Saiful Adli terdiam. Entah apa yang merasuk wanita itu untuk hadir ke pejabatnya hari ini, malahan mengajaknya keluar berjalan-jalan. Adli yakin, ada sesuatu yang sedang berlaku.
            “Ezmir tahu Aufa ke mari?” Soal Adli, mengubah topik perbualan.
            “Entah...” Balas Aufa Liyana, biasa. Disedut minuman teh O laici ais dengan perlahan. Berkerut dahi Adli mendengarnya.
            “Aufa tak beritahu suami untuk datang ke mari?” Soal Adli lagi.
            “Abang, boleh tak jangan bincang pasal dia time macam ni?” Bentak Aufa.
            “Tak...dia suami Aufa, kan? Dia perlu tahu...”
            “Suami? Haha...” Aufa Liyana ketawa menyindir. Adli kebingungan.
            “Kenapa ketawa?” Soal Adli lagi.
            “Apa yang abang faham tentang perkahwinan? Suami? Isteri?” Soal Aufa Liyana kembali. Adli terdiam buat kali kedua. Matanya memandang wanita bertudung biru laut itu. Apakah dugaan yang sedang dihadapkan kepadanya ini?
            “Suami bertanggungjawab ke atas isteri dalam segenap hal. Isteri bukanlah alat pemuas nafsu bagi si suami, namun sebagai anugerah Ilahi yang harus dijaga dan dibelai dengan kasih sayang. Isteri bukanlah orang gaji dan suami bukanlah majikan. Suami isteri harus saling membantu dan memperkukuh antara satu sama lain. Perkahwinan menjadikan ikatan kasih sayang antara suami dan isteri berkekalan hingga akhir hayat...” Adli menjelaskannya dengan panjang lebar. Wajahnya serius, memandang Aufa Liyana.
            “Jadi, apakah isteri itu layak dipukul?...”
            “Pukul bila kesalahannya besar...derhaka pada suami. Itupun bukan sembarangan pukul...ada batasannya juga...” Adli menjelaskan.
            “Kalau si isteri dihukum tanpa sebab?” Aufa menduga lagi. Kali ini, Adli mengangkat wajah. Matanya memandang tepat ke wajah Aufa Liyana.
            “Maksud Aufa?”
            Aufa Liyana tersenyum. Matanya bergenang dengan air. Perlahan-lahan diselak kedua-dua lengan bajunya, menampakkan garis-garis merah dan calar-balar yang banyak. Terkejut bukan kepalang Adli melihatnya.
            “Ini baru sikit, abang. Setiap inci badan Aufa masih banyak kesan libasan, pukulan, lebam...inilah hadiah malam pertama Aufa sebagai isteri sampai ke hari ini...” Aufa Liyana meluahkan segala-galanya.
            “Astaghfirullahala’zim...Ezmir yang buat semua ni?” Soal Adli. Dikeluarkan sapu tangan dari saku seluarnya sebelum dilapikkan pada tangannya. Dia memegang lengan Aufa Liyana sambil menekan lembut. Aufa mengerang sakit.
            “Dia pukul Aufa dengan apa?” Soal Adli lagi.
            “Apa saja yang dia dapat capai. Kayu, tali pinggang, besi...Kalau dia ada masalah, Aufa tempat dia melepaskan geramnya. Percayalah, sampai ke hari ini dia tak pernah ‘sentuh’ Aufa lagi.” Jelas Aufa Liyana. Air matanya berlinangan membasahi pipi gebunya. Adli terkesima. Tak sangka, sampai begitu sekali dugaan yang diberikan buat Aufa Liyana.
            “Kenapa Aufa tak bagi dia ‘sentuh’ Aufa?” Soal Adli.
            “Sebab Aufa dah bersumpah dan berjanji dengan Allah depan Kaabah, badan Aufa hanya boleh ‘disentuh’ oleh abang sahaja...” Ujar Aufa Liyana lagi. Teresak-esak dia menangis.
            “Subhanallah...!” Adli beristighfar beberapa kali. Mengapa sampai begitu sekali kau lakukan, Aufa? Kegilaan apakah semua ini?
            “Ini takkan selesaikan masalah, Aufa...” Balas Adli. Dilepaskan kembali pegangan. Sapu tangan diletakkan di sisi.
            “Tapi Aufa dah bersumpah depan Kaabah...dan Aufa yakin Allah akan berlaku adil pada Aufa. Pukulan dan deraan ini tak mematahkan semangat Aufa, tak mengurangkan cinta Aufa pada abang...” Jelas Aufa Liyana.
            “Tapi ini bukan yang Islam ajar...” Tegas Adli.
            “Dan Islam tak mengajar kita untuk mendera isteri...Aufa isteri ketiga Ezmir, bang...tanpa Aufa sedar, dia permainkan Aufa...apakah tak cukup dengan apa yang dia buat kepada Aufa selama ni? Kesan calar dan lebam ni langsung tak berguna buat abang?” Aufa Liyana meluahkan. Adli terdiam sejenak. Situasi kian buruk. Dia tidak harus melatah. Penyelesaian pasti ada namun apalah yang dapat dilakukannya?
            “Habiskan minuman...lepas tu, ikut abang pergi hospital...abang ambil emergency leave hari ni...lepas ke hospital, kita ke pejabat agama...mungkin ada penyelesaian di sana...” Balas Adli. Aufa Liyana tersenyum dalam tangisan sambil mengangguk perlahan. Adli kehairanan.
            “Kenapa senyum?” Adli menyoal hairan.
            “Akhirnya, abang gunakan perkataan ‘abang’ juga...” Balas Aufa Liyana. Adli menghela nafas panjang. Terukir senyuman di wajah pemuda itu. Dihulurkan sapu tangan tadi kepada Aufa Liyana. Ditunjukkan nama mereka yang tersulam di sapu tangan itu.
            Adli & Aufa
“Abang simpan lagi?” Soal Aufa. Adli mengangguk perlahan. Senyuman terukir di wajahnya. Dikesat air mata yang mengalir di pipi Aufa menggunakan sapu tangan itu. Romantis. Aufa Liyana terkesima. Hatinya berbunga mekar.
“Ingat tak?” Soal Adli. Aufa Liyana mengangguk pantas.
“Ingat...tepi pantai...hari terakhir Aufa nak ke Jordan...” Balas Aufa Liyana.
“Baguslah...dan apa janji abang pada Aufa?” Soal Adli lagi.
“Takkan tinggalkan Aufa, dan cinta abang pada Aufa takkan pudar sampai syurga!” Ujar Aufa Liyana dengan pantas. Tiada lagi esakan tangisan. Wajahnya ceria kembali. Adli tertawa kecil. Mereka menghabiskan minuman bersama. Nun jauh di sudut kiri kafeteria, Azlina berdiri membelakangi dinding. Air matanya mengalir membasahi pipi. Hancur luluh hatinya melihat kebahagiaan Adli dan Aufa Liyana bertaut kembali...

Sunday, March 28, 2010

NOVEL BERSIRI: MENCARI HUMAIRA' HATI

TUJUH BELAS

Kau masih kucintai
Sungguh...dari awal dulu hingga hari ini
Aku pasti...seyakinnya pasti...
Kaulah satu untukku...-Awie_I-Ris


Kereta Myvi bernombor pendaftaran WQP 7002 selesai diparkir di hadapan bangunan akademik baru. Azlina segera keluar sebelum membuka pintu belakang. Diangkat beberapa buah buku dan kertas ujian yang masih belum siap ditanda. Usai mengangkat buku, langkah dipacu pantas menuju ke kelas.

“Boleh saya tolong?” Ucap satu suara dari belakang. Azlina tersentak. Dipalingkan wajah ke belakang. Kelihatan Adli yang segak dengan baju kemeja putih bergaris merah halus dan bertali leher corak tersenyum melihat Azlina.

“It’s okay...I can handle it myself...” Ucap Azlina. Tanpa sempat menghabiskan bicara, Adli mencapai buku yang dipangku oleh Azlina. Tersentak si gadis melihatkan perbuatan spontan Adli.

“Your class is at YG 05 right? Let me help you...come...” Ujar Adli, selamba. Sekali lagi gadis itu tersentak. Sampai begitu sekali Adli mengetahui jadual waktunya?

“Adli, awak ni betul ke tak pagi ni?” Soal Azlina, geram.

“Apa yang tak betulnya, Cik Lina?” Soal Adli kembali.

“Awak tak ada kelas untuk diajar?” Soal gadis bertudung kuning itu kembali. Mereka menapak menuju ke kelas. Adli tertawa kecil.

“No...I don’t have any class today...I’ll accompany you the whole day!”

“You such a maniac, Adli!” Azlina membalas geram.

“Yes...I’ll prove to you that I’m maniac...maniac towards you!”

“Ah, sudahlah kamu...!” Azlina membalas pantas. Bibirnya terukir senyuman.

“Macam dalam filem Inggeris...heronya akan setia menunggu heroinnya...”

“Astaghfirullahal’azim...seorang ustaz bercakap sebegini?” Seloroh Azlina.
Mendengarkan lelucon sebegitu, raut wajah Adli berubah. Tiada senyuman mahupun ketawa terbit dari bibirnya.

“Maksudnya, seorang guru agama itu hanya duduk di masjid, mengaji dan solat sahaja. Begitu? Maksud awak juga, Cik Azlina...awak fikir golongan macam saya ni tak perlukan kehidupan bermasyarakat? Tak perlukan kasih sayang? Tak perlukan kawan? Saya manusia juga, bukannya malaikat...anyway, thanks for the compliment...” Adli membalas keras. Diletakkan buku kembali kepada Azlina sebelum mengucapkan salam. Azlina terpaku sejenak. Alamak, salah cakap pulak!

“Adli!” Laungnya.

“Maaflah...saya ustaz...haram bercakap dengan wanita yang bukan muhrim!” Adli menempelak garang. Dia berlalu menuruni anak tangga kecil menuju ke perpustakaan. Azlina menghela nafas panjang. Sampai begitu sekali dia tersentuh hati?

* * *

“Hai, lambat sampai hari ni?” Soal Ustazah Noraini, yang lebih mesra dipanggil Kak Nor. Adli cuba untuk senyum namun wajahnya tidak mengizinkan. Kak Nor terdiam sejenak. Ada sesuatu yang telah berlaku.

“Adli O.K. ke?” Soal Kak Nor lagi.

“Alhamdulillah...saya O.K...” Balas Adli sambil duduk di atas kerusinya.

“Tak baik berbohong...akak boleh tengok dari wajah kamu tu, dik...” Balas Kak Nor. Adli mengukir sedikit senyuman. Dia membelek beberapa tugasan pelajar yang telah siap dihantarkan kepadanya.

“Kak, salahkah saya sukakan seseorang?” Soal Adli.

“Maksud kamu...cinta?” Soal Kak Nor. Adli mengangguk perlahan.

“Cinta tu murni. Kasih sayang antara makhluk dengan pencipta, ataupun makhluk dengan makhluk. Nabi Adam A.S. dan Siti Hawa juga saling mencintai. Begitu juga dengan Nabi Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah. Kamu tahu kan, Nabi Muhammad berpoligami selepas pemergian Siti Khadijah. Sewaktu hayat isteri pertamanya masih ada, baginda tidak pernah mengimpikan untuk beristeri lain, tanda betapa dia mencintai dan menyayangi Siti Khadijah. Malah Saidatina Aisyah juga cemburu bila mana Nabi S.A.W. memuji kehebatan Siti Khadijah di hadapannya. Maka, tak salah kalau kita menyintai seseorang, namun biarlah kena pada hukum-hakam syaraknya...”

“Tapi, memegang status ustaz ini sangat berat...”

“Memang...ibarat nakhoda yang menaungi segenap anak kapalnya. Begitulah tugas kita ini sebagai guru agama. Akak perhatikan cara kamu berbeza dari yang lain. Kamu mudah didekati anak murid, disenangi dalam kalangan pensyarah. Malah, pengarah Kampus kita Datuk Dr. Mizan pun suka pada kamu. Maka tanggungjawab kamu sangat berat. Ibarat Muslim Idol!” Jelas Kak Nor lagi.

“Saya sedar saya tidaklah sebaik ustaz-ustazah yang lain. Saya bukannya dalam kalangan hafiz, bukannya pandai bertarannum, jauh sekali memberikan nasihat pada yang lain. Konsep dakwah saya adalah bil hikmah. Dakwah dengan hikmah. Saya sertai pelbagai bentuk acara dengan membawakan mesej dakwah yang mudah difahami. Namun, dalam urusan cinta, saya gagal...” Ujar Adli.

“Kamu mengeluh?” Soal Kak Nor lagi.

“Tak...sekadar meluahkan apa yang terbuku dalam hati...” Balas Adli.

“Baguslah...seandainya Nabi bersifat seperti kamu, maka Islam tak akan jadi unggul hingga ke hari ini. Kamu kena ingat, di saat kamu gagal, ada yang masih menyayangi dan memahami kamu...” Balas Kak Nor.

“Siapa?” Soal Adli.

“Allah S.W.T....”

“Dan juga saya...” Sampuk seseorang di muka pintu. Adli mengangkat wajah. Sungguh tak disangka apa yang dilihatnya di hadapan pintu. Sekujur tubuh yang tidak disangka akan menjejakkan kaki ke pejabatnya jua...!

Saturday, March 13, 2010

NOVEL BERSIRI: MENCARI HUMAIRA' HATI

ENAM BELAS
Apakah ku amat bererti di mata engkau
Telah ku ukir wajahmu lama dalam hati aku
Namun kau hilang dan takkan kembali juga
Ku merasa sepi ku sendiri...-Menerima Kau Pergi_Acha & Irwansyah.
            “Dah lama dia tidur?” Soal Azlina tatkala melihat Aufa Liyana terbaring lesu di katil berkelubungkan selimut tebal berwarna merah jambu.
            “Dah sejam...I kesian tengok dia, Lina. Tak sangka sampai ke tahap ini...”
            “What to do, Fieqa...It’s her own fate...” Balas Azlina, simpati.
            “Tapi kita kena lakukan sesuatu. Nak beritahu pada Adli?” Cadang Fieqa. Azlina menggeleng pantas. Dia menutup kembali pintu bilik sebelum melangkah ke ruang tamu.
            “Kalau Adli tahu tentang perbuatan Ezmir, boleh berperang besar. I rasa kita patut rahsiakan dulu. Biar saja Aufa Liyana di sini. Apa yang penting, Ezmir tak akan mengganggunya hingga ke mari...” Ujar Azlina, memberikan buah fikiran yang lebih bernas. Fieqa mengangguk perlahan. Azlina menghenyakkan punggung ke sofa lembut sebelum menekan butang kawalan televisyen.
            “You dengan Adli pulak, macam mana?” Soal Fieqa tiba-tiba. Azlina tersentak.
            “What do you mean Adli and I?” Soal Azlina kembali.
            “Jangan soroklah, Lina. I kenal you lama, tau! I tahu apa yang tersirat dalam hati you. Dari mula you berkenalan dengan Adli, I tengok you makin bersemangat nak mengajar, tak mengeluh macam dulu lagi...kan?” Fieqa menempelak pantas. Azlina membisu. Matanya terpaku pada kaca televisyen sedang mindanya berfikir ligat.
            “Tapi I tak mahu bertepuk sebelah tangan...He still has Aufa Liyana...she’s his soul mate...I can’t simply erase that name as he had put it deep inside his heart...” Azlina meluahkan sedikit demi sedikit rasa hatinya. Fieqa tekun mendengar. Ada linangan air mata mengalir keluar dari takungan mata gadis tabah itu.
            “Bertemu dengan lelaki sebaik Adli bukan mudah...sopan, baik, sangat mengambil berat, matang...I tak tahu kenapa dan mengapa, tapi I rasa hidup I makin bermakna...makin terisi sekarang...” Jelas Azlina lagi. Air matanya mengalir laju. Dibiarkan linangan itu mengalir hingga ke bawah pipi. Fieqa memegang tangan Azlina, cuba untuk mententeramkannya.
            “Kenapa saat I ditemukan dengan lelaki yang I admire, dia dah ada kekasih hati? Kenapa nasib I semalang ni? Kenapa, Fieqa??? Kenapa???” Azlina hampir menjerit. Segera Fieqa mententeramkannya. Didakap gadis itu dengan lembut. Kedengaran suara Azlina menangis teresak-esak.
            “Be strong, Lina...mungkin belum masanya lagi...” Pujuk Fieqa. Azlina menangis sekuat hati. Benar, sejujurnya dia begitu menyintai rijal bernama Adli. Namun, dia takut untuk meluahkan di saat Adli masih memikirkan tentang Aufa Liyana, saat pemuda itu masih mengukir dan mengabadikan memoir cinta mereka di dalam hati.
            “I takut I akan kehilangan dia...” Bisik Azlina.
            “Sabar, Lina...untuk dapat yang terbaik memang memerlukan pengorbanan...”
            Azlina menutup mata. Dia menangis dalam dakapan Fieqa buat pertama kalinya. Dia benar-benar menginginkan Adli sebagai teman sejatinya.
*                                              *                                              *
            “Lambat balik...?” Soal umi tatkala Adli menerjah masuk ke ruang tamu. Tersentak dia bila mana melihat uminya sedang berehat di sofa panjang sambil membaca majalah. Adli menghela nafas panjang. Disusun langkah merapati uminya.
            “Azlina sihat?” Soal umi lagi. Berkerut dahi Adli mendengarnya.
            “Eh, macam mana umi tahu yang Adli keluar dengan Lina?” Soal Adli, hairan. Dia duduk di sebelah umi. Uminya tertawa kecil.
            “Umi teka saja tadi. Tapi Adli yang mengesahkan...” Ujar umi sambil tersenyum.
            “Aduh...terkena la ni? Alamak...”
            “Adli pergi mana dengan Lina? Dinner?” Soal uminya lagi.
            “Usrah...Adli ajak dia sekali. Lepas tu, kami pergi minum...” Jelas Adli.
            “Tu saja?” Soal umi.
            “Yup, that’s all...” Balas Adli, yakin.
            “Umi tengok sekarang Adli dengan Lina dah semakin rapat. Agak-agak, hujung tahun ni merasalah nasi minyak, tak?” Seloroh uminya.
            “Ish, tak adalah umi! Kami kawan ajalah...tak lebih dari tu...” Nafi Adli.
            “Umi ni dah lama tak merasa ada cucu yang comel...entah bilalah kamu nak kahwin. Jangan umi tak sempat tengok, sudahlah...” Ujar uminya lagi.
            “Umi...jangan cakap macam tu...nanti jadi doa pulak. Insya-Allah, kalau ada jodoh kami, kami nikah...O.K?” Balas Adli. Uminya tersenyum mendengar kata-kata Adli. Didakapnya anak lelaki sulung itu sambil mengucup dahinya. Adli tertawa kecil.
            “Adli bukan budak-budak lagilah, umi...” Ujar Adli.
            “Tapi masih lagi anak umi...” Balas uminya, bersahaja.

NOVEL BERSIRI: MENCARI HUMAIRA' HATI

LIMA BELAS
Ku menangis...
Membayangkan betapa kecilnya dirimu atas diriku
Kau buatkan cinta ini
Kau pergi bersamanya
Ku menangis melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus selalu kau tahu
Akulah hati yang telah kau sakiti...-Rossa_Hati Yang Kau Sakiti
            “Minum air dulu...” Fieqa menghulurkan segelas milo panas kepada temannya. Aufa Liyana menghela nafas panjang. Air matanya kering di pipi. Dia meneguk sedikit demi sedikit minuman yang diberi. Keletihan.
            “Yang dah berlalu biarkan berlalu...” Ujar Fieqa lagi.
            “Susah nak lupakan, Fieqa...” Balas Aufa Liyana.
            “Tapi, Aufa kan boleh tolak Ezmir dan jadi isteri Adli?” Soal Fieqa.
            “Aufa keliru...Aufa buntu, Fieqa!” Getus Aufa Liyana.
            “Keliru atau terdesak? Sebab kewangan? Baik Aufa ceritakan hal yang sebenar pada Fieqa. Bila difikirkan balik, tak mungkin Aufa bersetuju nak bernikah dengan Ezmir kalau tak ada sebarang permasalahan. Aufa buat perjanjian dengan dia?” Soal Fieqa, cuba mengorek isi hati sang gadis. Aufa Liyana membisu untuk beberapa ketika.
            “Sebenarnya, dia yang tanggung perbelanjaan Aufa semasa di Jordan...”
            “Apa???” Tersentak Fieqa mendengarnya. Aufa Liyana mengangguk perlahan.
            “Habis, duit biasiswa? Takkan habis begitu saja?” Soal Fieqa lagi.
            “Masa tu, walid jatuh sakit. Keluarga sangat memerlukan wang. Aufa tak nak jadi beban untuk keluarga. Aufa bekerja dengan Ezmir secara sambilan di restorannya. Aufa ambil kerja lebih masa selang tiga hari. Mulanya biasa saja. Bila mana Ezmir dapat tahu masalah Aufa, dia tawarkan pertolongan. Tapi, tak sangka pertolongan tu membawa sampai ke pernikahan ni...Aufa baru dapat tahu yang Aufa isteri ketiga Ezmir. Isteri pertamanya orang Turki, isteri keduanya orang Libya...” Jelas Aufa Liyana dengan tenang. Air matanya mengalir kembali saat mengenangkan kisah lama. Fieqa mengangguk perlahan. Patutlah dengan mudah Aufa Liyana menerima peminangan Ezmir.
            “Adli tahu tentang perkara ni?” Soal Fieqa. Aufa Liyana menggeleng perlahan.
            “Kenapa Aufa tak beritahu dia?” Fieqa menyoal lagi.
            “Aufa tak dapat peluang...Adli mengelak untuk berbincang...” Balas Aufa Liyana.
            “Aufa kena jelaskan juga! Tak apa, nanti Fieqa cakapkan pada Adli!”
            “Jangan, Fieqa! Jangan!” Aufa Liyana membantah serta-merta.
            “Kenapa pula? Kan lebih baik?” Ujar Fieqa.
            “Ezmir sukar diduga...” Balas Aufa Liyana.
            “Apa maksud Aufa?” Soal Fieqa kembali. Aufa Liyana menghela nafas panjang. Diletakkan gelas ke atas meja sebelum diselak belakang bajunya. Kelihatan beberapa parut dan bekas libasan tali pinggang melekap biru di belakang badannya. Fieqa mengucap panjang.
            “Astaghfirullah...kenapa sampai jadi begini???” Ujar Fieqa.
            “Ini ‘hadiah’ hari pertama selepas pernikahan...” Jawab Aufa, tenang.
            “Hadiah? Ini penderaan, tau tak? Melampau sungguh!” Fieqa membalas kembali sambil menyentuh parut dan kesan libasan di belakang gadis teraniaya itu. Aufa Liyana sedikit terkesan dengan sentuhan Fieqa. Sakitnya, Allah saja yang tahu. Aufa Liyana menutup kembali bahagian belakang badannya.
            “Kalaulah Aufa beritahu kami lebih awal, mungkin kami dapat selamatkan. Bila dah teruk macam ni, apa yang boleh kami buat? Tapi tak apa...Fieqa akan cuba tanyakan pada Adli. Dia mesti tahu macam mana nak lepaskan Aufa daripada ‘seksaan’ Ezmir ni!” Fieqa memberikan jaminan. Pantas Aufa menggeleng. Air matanya bercurahan kembali.
            “Adli dah banyak terseksa...dan Aufa nampak kebahagiaan yang dia dapat daripada Azlina...” Ujar Aufa Liyana. Fieqa mengerutkan dahinya.
            “Apa benda pulak kebahagiaan ni? Azlina? Bila masa pulak dia orang official?” Soal Fieqa kembali. Aufa Liyana diam seribu bahasa. Lensa matanya melirih ke arah skrin televisyen yang telah diperlahankan audionya.
            “Kalau pun dah official, tak bermaksud dia tak boleh tolong Aufa...”
            “Biarlah...Adli kan bahagia dengan Azlina...” Balas Aufa, sayu. Fieqa diam seribu bahasa. Dia mengerti, perasaan seorang gadis kepada pemuda yang sangat dicintainya. Dia juga seperti itu – bersama buah hatinya. Tapi, apa yang lebih penting ialah cara untuk menyelesaikan penderitaan yang ditanggung gadis sepolos Aufa Liyana. Berkerut dahinya memikirkan.
                        *                                              *                                              *
            “Seronok?” Soal Adli. Azlina buat acuh tak acuh sahaja sambil menyedut minuman. Seketika kemudian, dia tertawa kecil. Adli turut sama tertawa. Entah apa sebab perlu diketawakan, dia sendiri kurang pasti.
            “Dah lama tau tak pergi usrah...” Ujar Azlina.
            “Betul ke? Sejak bila tu, Cik Azlina...?” Soal Adli.
            “The last usrah I attended when I was in secondary school…” Ujar gadis itu.
            “Wah...boleh tahan lamanya...tapi datang usrah ni bagus...dapat kongsi ilmu, tambah ilmu...kan?” Soal Adli lagi.
            “Iyalah...Encik Saiful Adli!” Ajuk Azlina disusuli ketawa kecil. Adli mengukir senyuman sambil memandang gadis bertudung litup itu. Menyedari dirinya diperhatikan, pantas Azlina menyoal.
            “Why did you look at me like that? Is there any problem?” Soal Azlina.
            “Tak...you look beautiful tonight...Allah Taala hebat sebab menemukan saya dengan orang sebijak dan sesempurna awak...tapi...” Adli terhenti di situ.
            “Tapi apa?” Soal Azlina, ingin tahu.
            “Tapi tak pandai cakap Melayu sangat...haha...” Seloroh Adli. Bukan main marah lagi Azlina mendengarnya. Masam mencuka wajahnya. Spontan Adli memohon maaf. Sekadar bergurau, katanya.
            “Bergurau pun ada batasnya tau! Jahat!” Ujar Azlina.
            “Maaflah...saya memang suka menyakat orang...jangan marah ye...kalau nak ambil hati, tak apa...” Balas Adli, tersenyum lebar.
            “Ambil hati? Motif???” Soal Azlina kembali.
            “Tak ada apalah. Eh, cepat habiskan minuman. Dah lewat ni...” Ujar Adli.
            “Eh, ada orang menunggu di rumah ke?” Kali ini giliran Azlina menyindir.
            “Bukan...esok saya ada kelas pagi lah!” Balas Adli, geram. Mereka berdua segera menghabiskan minuman sebelum Adli menapak ke kaunter pembayaran. Azlina memerhatikan saja gelagatnya. Adli kelihatan sempurna di matanya. Dia mengerti maksud lelaki itu sebentar tadi namun dia tidak mahu tergopoh-gapah dalam membuat keputusan. Nama dan kenangan Aufa Liyana masih terukir di hati arjuna itu. Mana mungkin dipadam begitu sahaja. Biar masa yang menentukan segalanya...
Kuingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktu
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya...
***

Friday, January 22, 2010

NOVEL BERSIRI: MENCARI HUMAIRA' HATI

EMPAT BELAS
Menjadi pencinta bukannya mudah..
Selalu menggila dalam madah...
Menjadi pencinta bukannya susah...
Perlukan sedikit penghujahan dan kata-kata...
Menjadi pencinta menempuh payah...
Kerana di dalamnya terselit duri berbisa...
Menjadi pencinta kenangannya indah...
Biarpun dihina, dimaki, ditinggalkan si dia...
Akan tetapi...menjadi pencinta suatu anugerah...
Yang diberi-Nya tanpa rasa sangsi...
Beruntunglah bagi mereka yang pernah memiliki dan dimiliki...
Sebaik-baik cinta adalah pada Rabbi...

            Aufa Liyana memerhatikan mesej yang baru diterimanya. Adli mahukan nombor telefon Azlina? Untuk apa pula? Sepertimana Azlina begitu menginginkan alamat rumah Adli, kini giliran Adli pula begitu mahukan nombor telefon bimbit Azlina. Aufa Liyana menaip kembali mesej sebelum menghantarnya.
Ezmir memasuki bilik dengan tenang. Kaca mata ditanggalkan, diletakkan di atas meja. Aufa Liyana memerhatikan sahaja gelagat suaminya.
“Sampai bila kita nak macam ni?” Soal Ezmir.
“Aufa tak inginkan pernikahan ni...tapi Ezmir yang paksa...” Balas Aufa, marah.
“Kan lebih baik...daripada kau bersuamikan pensyarah gila rock macam tu?”
“Ezmir jangan nak menghina dia! Kita dah buat perjanjian, kan?” Tegas Aufa.
“Terpulanglah...tapi, aku akan bertahan. Aku takkan kalah dengan budak Adli tu! Aku akan buat dia tersungkur jatuh!” Ezmir memulang paku buah keras. Dia mengambil lipatan selimut dan bantal sebelum menuju keluar. Di pintu bilik, sekali lagi dia berpesan;
“Teruskanlah dengan cinta gila kau tu...pada aku, kau hanya merugikan masa dan mensia-siakan pengorbanan. Adli dah anggap kau curang pada dia. Dan aku takkan sekali-kali melepaskan kau, Aufa Liyana...”
Ezmir melangkah perlahan menuju ke bilik bacaan. Aufa Liyana mendengus marah. Geram bila disindir sebegitu rupa. Bila difikirkan kembali, menyesal rasanya bersuamikan Ezmir. Mahu saja dia lari dari rumah daripada dituntut menjadi isterinya. Namun, dek kerana maruah dan didikan umi dan walid, dia pasrah. Malah, Ezmir mengugut mahu mencederakan Adli seandainya permintaannya tak dituruti!
Tanpa disedari, air matanya mengalir lesu membasahi pipi. Untuk ke sekian kalinya, dia menangis lagi mengenangkan perngorbanannya pada Adli...
*                                              *                                              *
            Slm...free x skrg?
            Dtg ke masjid uitm bley?
            Ada usrah...-Adli-
            Terkebil-kebil mata Azlina membaca mesej yang baru sahaj diterima. Hairan bercampur pelik dibuatnya. Baru semalam mereka bertegang leher, malam ini tiba-tiba sahaja lelaki bernama Adli itu berubah mesra? Lagi pelik, dari mana dia tahu nombor telefon bimbitnya?
            Wslm...I’m free right now...gve me 15 minutes...
By the way, sorry sbb wat awk mrh smlm...
Mesej dihantar serta-merta. Tanpa berlengah, Azlina mengenakan baju T-shirt berlengan panjang dan memakai tudung berwarna hitam. Dililit tudung di kepalanya ala Yuna, seperti fesyen anak muda masa kini.
 Mesej diterima sekali lagi. Pantas gadis bermata bundar itu membacanya.
We r human, right? Kdg2 tersilap...dtg cpt tau! Careful when driving ya...
Tersenyum sendirian Azlina. Mengapa? Dia sendiri tidak mengerti sepenuhnya. Pantas langkahan dimajukan menuju ke pintu utama. Fieqa yang sedang enak menonton televisyen kehairanan. Ke mana pula si Azlina nak pergi?
“Nak ke mana, Lina?” soal Fieqa. Azlina membuka pintu utama.
“Usrah...” balas Azlina, ringkas. Selipar disarungkan serta-merta.
“Usrah??? Eh, kat mana?” Soal Fieqa lagi.
“UiTM lah...I dah lambat...” Balas Azlina sebelum berlalu pergi. Terkebil-kebil Fieqa memandangnya. Biar betul si Lina ni? Tiba-tiba nak pergi usrah pulak? Tak pernah hayat dia pergi, tiba-tiba aja malam ni bersemangat bukan main...musykil sungguh!
***
            “Cinta amat mahal takrifannya. Cinta hanya terungkap pada kata-kata, namun gagal dilihat pada zahirnya, kerana cinta itu tanggungjawab di mana wujudnya kesetiaan dan kejujuran di dalamnya. Ingat pada yang satu, jujur pada yang setia, setia pada yang kasih, kasih pada yang rindu dan rindulah pada yang menyayangi...” Ucap Adli.
            “Maksud ustaz?” Soal Junainah, salah seorang pelajar dalam usrah.
            “Cinta pada Allah lah...sebab kalau kita mengharap dan cintakan makhluk, maka makhluk akan mengecewakan dan mudah meninggalkan cintanya pada kita. Tapi, kalau kita mengharap pada Allah, Allah S.W.T tak pernah mengecewakan...malah, kita yang selalu mengecewakan Allah...betul tak?” Jelas Adli lagi.
            “Jadi, kita tak boleh bercinta dengan makhluk?” Soal Balkes pula. Adli tertawa.
            “Anti pernah bercinta dengan makhluk?” Soal Adli kembali. Balkes tersipu-sipu.
            “Manusia diciptakan Allah berpasang-pasangan. Bercinta tak salah...fitrah...tapi, kalau salah guna, berdosa besar...neraka jawabnya!” Jelas Adli, tegas.
            “Macam mana pulak tu, ustaz?” Hamizul Faiz menyoal.
            “Orang zaman sekarang jadikan cinta sebagai alasan untuk berpegang tangan, berzina, bercumbuan sedangkan itu budaya orang Yahudi. Islam mengajar kita erti sebenar percintaan. Cinta dimurnikan dengan ikatan perkahwinan yang sah. Kan lebih elok, betul tak?” Balas Adli lagi. Azlina mendengar sahaja penerangan yang diberikan. Kekagumannya pada lelaki bernama Adli makin mendalam. Ilmu dan kefahaman yang diberikan jelas belaka.
            “Azlina, ada apa-apa nak tambah?” Soal Adli tiba-tiba. Terkesima si gadis.
            “Err...Actually I’m not good in this topic...” Balas Azlina.
            “Everyone also are not good in this topic...but it’s not a sin to give out our thought right?” Ujar Adli lagi. Azlina mengetap bibir. Mengada-ngada betul lah si Adli ni! Matanya tajam memandang Adli sebelum memberikan pendapatnya.
            “Not everyone got their true lover as good as what our prophet Muhammad p.b.u.h. got which is Siti Khadijah. She’s his wife, best friends, lover, and a good mother. I still remember the story by the time our prophet been abandoned by his tribe. She’s the one who support him, gave all her efforts towards him until her last breathe. Not every wife had that kind of sacrifices, right?” Ujar Azlina dengan tenang. Kesemua ahli usrah mengangguk perlahan. Adli tersenyum lebar. Dalam diam, gadis ini pandai memberikan pendapat yang bernas.
             “Saidatina Khadijah was our prophet first wife. One of the hadith stated that one day, Saidatina Aisyah woke up from her slept and found out that prophet Muhammad was missing. She waited until he came back. She felt that prophet Muhammad’s chest was grasping for air, as he had running or walked from somewhere. The next day, she followed him and saw that Prophet Muhammad was visiting Siti Khadijah’s tomb. Prophet Muhammad was praying for his wife. This means that he loved his wife so much...” Adli menambah.
            “Jadi, sebagai Muslim, kita seharusnya menjadikan cinta sebagai suatu perkara yang suci dan tak mencemarkannya dengan zina, maksiat, atau perbuatan yang melanggar hukum syarak...pendek kata, no couple lah...” Jelas Adli lagi.
            “Habis, macam mana nak berkenalan kalau kita tak boleh couple?” Soal Alifah.
            “Haa...soalan yang bagus! Sebelum tu, apa istilah couple pada pandangan kamu?” Soal Adli kembali. Alifah mengangkat bahu sambil tersenyum nipis.
            “Istilah couple sekarang menghalalkan apa yang haram. Berpegangan, bertepuk-tampar, berpelukan. Sebab itulah ia dikategorikan sebagai haram. Islam dah tunjukkan cara terbaik untuk menjalinkan hubungan. Kalau dah suka pada seseorang, ajak seorang teman untuk berjumpa dengan si dia di tempat terbuka. Dia pun kena bawa teman juga. Taaruf dulu, kemudian tafahum dan ta’awun. Kaji selidik keluarganya, nasab, latar belakangnya sebelum buat keputusan. Buat perancangan nak bertunang dan nikah. Jumpa ibu dan ayah masing-masing. Barulah diterima dan diredai!” Jelas Adli.
            “Wah, tak terlalu cepat ke, ustaz?” Soal Ahmad Zaki pula.
            “Kita sebagai Muslim, kena ikut cara Islam...barulah ada identiti!” Balas Adli. Kesemua ahli usrahnya mengangguk sambil tersenyum. Hamizul Faiz meneruskan sesi usrahnya dengan bertanyakan beberapa ahli usrah yang lain. Adli melirih ke arah Azlina sambil menunjukkan isyarat ‘bagus’ menggunakan ibu jari tangan kanannya. Azlina mencebikkan bibir. Mengada-ngada!
***

Thursday, January 7, 2010

NOVEL BERSIRI:MENCARI HUMAIRA' HATI

TIGA BELAS


Bila cinta tak lagi untukku...


Bila hati tak lagi padaku...


Mengapa harus dia yang merebut dirimu...


Bila aku tak baik untukmu...


Dan bila dia bahagia dirimu...


Aku kan pergi mesti hati tak akan...rela...

Corong telinga Adli tenang menangkap bait-bait lirik lagu di komputer ribanya. Hatinya menangis mengenangkan Aufa Liyana. Kenangan lama silih berganti dalam ingatannya. Masih teringat waktu dia bermunajat di Mekah. Di hadapan Kaabah, dia menzahirkan doanya pada Allah agar dipermudahkan dan dipanjangkan jodohnya bersama Aufa Liyana.

“Ya Allah, aku pinta kepada-Mu agar zuriatku hanya keluar dari rahim Aufa Liyana dan bukan daripada insan yang lain...”

Namun, kini dia mengerti. Tidak semua doa dimakbulkan serta-merta. Boleh jadi perancangan-Nya lebih baik. Dia reda menerima segala takdir namun terkadang dia tewas dengan bayangan kenangan lama. Namun sampai bila?

Hadirnya Azlina dalam kamus hidupnya seakan membawa satu sinar, menerangi kegelapan hatinya yang hampir musnah. Kalaulah Azlina muncul dahulu, pastinya dia tidak akan bertemu dengan Aufa Liyana, mahupun Aina Farieha!

“Sampai bila nak dengar lagu tu?” Uminya menyapa di pintu. Adli tersentak. Pantas diseka air matanya dari mengalir. Uminya melangkah ke katil sebelum duduk di sebelahnya. Adli cuba mengukir senyuman namun hambar.

“Raudhah tak jadi datang...katanya, minggu depan...” Jelas uminya.

“Hmm...” Adli membalas ringkas. Uminya memandang lama.

“Adli marahkan umi lagi?” Soal uminya.

“Ish, taklah...mana ada, umi...” Balas Adli.

“Umi kenal siapa anak umi. Umi tahu, sangat susah nak lupakan cinta pertama.”

“Tapi...mahu atau tak, kita kena lupakan juga. Aufa dah jadi milik orang...”

“Habis, macam mana dengan Azlina?” Uminya menyerkap jarang. Terbeliak mata Adli mendengarnya. Apa kaitan dengan Azlina pulak?

“What do you mean?” Adli kehairanan.

“Amboi...bukan main lagi bercakap orang putih...” Sindir uminya. Adli tertawa kecil. Dia akui, sejak kebelakangan ini bibirnya senantiasa bertutur dalam bahasa Inggeris. Malah, di pejabat juga dia bertutur dalam bahasa itu. Banyak kali disindir oleh teman-teman sepejabatnya.

“Berkenan ke?” Soal uminya.

“Subhanallah...umi...” ujar Adli, cuba mengelak.

“Umi berkenan dengan dia. Kalaulah dia dapat jadi menantu, bertuahnya umi...”

Adli segera bangun sambil tersenyum. Ditutup komputer riba dan memandang wajah uminya. Tangan umi dipegang erat.

“Kalaulah umi berkenan sangat dengan dia, umi sendirilah yang menikah!” Seloroh Adli. Umi segera mencubit lengannya. Orang serius, dia pulak main-main!

“Jangan main-main, Adli! Umi serius ni...”

“Nantilah, umi...Adli tak nak berharap atau fikir lagi...OK?” Pujuknya.

“Maknanya, lambat lagilah umi nak menimang cucu...” Balas uminya, sedih.

“Sabar itu kan sebahagian dari iman. Nanti Adli akan bagi sepuluh cucu untuk umi! Hehe...” Seloroh Adli sambil menunjukkan kesemua jemari tangannya. Uminya tertawa kecil. Adli segera beredar dari bilik menuju ke ruang tamu. Uminya menggelengkan kepala sambil tersenyum melihat Adli. Susah sungguh nak pujuk hatinya untuk berkahwin!

* * *

Adli baru sahaja selesai menunaikan solat sunat ba’adiah Isyak di masjid Al-Hikmah UiTM Alor Gajah, Melaka. Dia duduk sambil memandang mimbar. Lidahnya dibasahkan dengan zikir, memohon ketenangan dari Allah S.W.T.

“Assalamualaikum, ustaz...” Entah bagaimana, Adli disapa seorang pelajarnya. Hamizul Faiz mengukir senyuman.

“Waalaikummussalam...ya, ada apa?” Soal Adli, hairan.

“Ustaz busy ke sekarang?” Soal Hamizul.

“Tak juga...why?” Soalnya kembali.

“Sekejap lagi kami akan adakan usrah di bahagian kiri masjid. Kalau boleh, ana nak minta ustaz join sekali. Boleh tak? Sebab kalau ada ustaz, lagi memudahkan kami...” Pinta Hamizul. Saiful Adli melirih sejenak ke kiri masjid.

“Oh...boleh juga! Apa tajuknya?” Soal Adli.

“Tajuknya, Mencari Cinta Hakiki...” Ujar Hamizul.

“Insya-Allah...nanti ana datang...” Balas Adli sambil mengukir senyuman.

“Syukran, ya ustaz...”

“Afwan...”

Hamizul Faiz melangkah menuju ke belakang masjid. Adli menghela nafas panjang. Mendengar sahaja Hamizul membahasakan dirinya sebagai ana, membuatkan Adli terkenang sewaktu zaman dia bersekolah dahulu. Dia juga mempunyai kumpulan usrah. Ada senyuman meniti di bibirnya. Zikiran disambung semula sementara menantikan usrah bermula.

Usrah bermaksud ‘keluarga’ dalam bahasa Arab. Namun, dalam makna lain ia memberi erti sekumpulan kecil orang Islam yang duduk dalam bulatan (halaqah) dan berbicara mengenai ketauhidan Allah dan kemuliaan Rasul, hal-hal berkaitan dengan agama Islam serta isu semasa. Rasulullah S.A.W. juga mengadakan usrah pertama di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sewaktu permulaan syiar Islam dahulu. Malah, As-Syahid Imam Hassan Al-Banna juga melaksanakan perkara yang sama.

Usrah menjalin kekuatan ukhuwah dalam setiap diri ahlinya. Namun, harus diingat bahawa seseorang itu perlu memilih usrah yang sesuai. Kerana ada di kalangan musuh Islam yang menjadikan usrah sebagai medan untuk menarik golongan yang ingin tahu ke arah ajaran atau fahaman sesat.

Adli terhenti dari zikirannya. Dia mengeluarkan telefon bimbit sebelum menaip sesuatu di skrin. Seketika kemudian, butang send ditekan. Kelihatan tirai masjid sudah dibuka. Beberapa orang pelajar muslimat mula berkumpul diikuti pelajar lelaki. Hamizul Faiz memberikan isyarat menjemput Adli menyertai usrahnya. Perlahan-lahan Adli menapak ke arah mereka. Moga-moga Allah meredai usaha dan memberkati ilmu yang bakal diterima dan disampaikannya kelak...

***

Wednesday, January 6, 2010

NOVEL BERSIRI: MENCARI HUMAIRA' HATI

DUA BELAS


“Kita selalu muda untuk melakukan dosa


Namun tak pernah tua untuk melakukan taubat..”.

Sujudnya terakhirnya lama.

Rasa sedih, kecewa, pedih, semuanya diadukan kepada Yang Maha Esa. Hatinya sudah tidak tertahan lagi dengan dugaan yang melanda. Kehadiran Aufa Liyana yang menyapanya tadi sukar diterima. Apa lagi yang dimahukannya?

Usai solat sunat dan berdoa, pemuda itu membasahi lidahnya dengan zikir. Dipohon agar Allah menenangkan hatinya, menjauhkan segala syak wasangka dan mempermudahkan setiap urusannya hari ini. Semakin lama, dia tenggelam dalam munajatnya. Kalimah istighfar, takbir, tahmid, tasbih silih berganti. Tenang dan mendamaikan sanubari.

“Setiap makhlukNya memiliki ujiannya yang tersendiri. Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan ujian yang tidak mampu dilaksanakan oleh hamba itu...jangan sesekali bersangka buruk dengan Allah...”

Ya, Adli cukup mengerti makna di sebalik kata-kata itu. Ungkapan yang pernah dilontarkan oleh guru agamanya sewaktu mengembara mencari ilmu di bumi anbia dulu.

UMI CALLING...

Pantas talian dijawab. Kedengaran ucapan salam di hujung talian. Adli membalas lembut.

“Adli di mana tu?” Soal uminya.

“Di masjid UiTM, umi...kenapa?” Soal Adli kembali.

“Ada tetamu datang! Baliklah cepat!” Pinta uminya.

“Siapa? Raudhah? Bukan ke dia datang tengah hari?” Soal Adli lagi.

“Ish kamu ni! Balik dulu!” Tegas uminya sebelum talian dimatikan. Adli terpinga-pinga. Siapa pula yang nak datang kalau bukan Raudhah? Ish, umi juga yang beritahu anak Mak Cik Salbiah tu bakal makan tengah hari di rumahnya. Nasib baik hari ini kelas gantinya pada pukul sebelas pagi. Masih ada dua jam sebelum kelasnya bermula. Adli termenung seketika sebelum bingkas bangun. Dia membuat keputusan untuk pulang sejenak sebelum kembali ke UiTM.

* * *

Kedengaran bunyi ngauman motosikal Adli memasuki pekarangan rumah. Pantas uminya bangun lalu menerjah ke luar. Adli menyangkut topi keledar di cermin sisi motosikal sebelum uminya menyuruh masuk dengan pantas.

“Siapa yang datang, umi? Raudhah ke?” Soal Adli.

“Tengok ajalah!” Uminya masih berteka-teki. Pemuda itu menanggalkan kasutnya sebelum menapak masuk. Uminya menapak dahulu diikuti olehnya. Di ruang tamu, kelihatan seseorang sedang duduk sambil mencicip minuman panas. Wanita bertudung litup. Adli terperasan sesuatu tatkala melihat tudung wanita itu. Takkanlah...!

“Azlina?!!” Nama itu terpacul entah bagaimana. Pantas Azlina menoleh ke belakang. Senyuman dilotarkan kepada pemuda bernama Adli itu. Tidak keruan Adli melihatnya. Bagaimana gadis itu tergerak hati mahu ke rumahnya? Dari mana dia tahu lokasinya?

“Good morning...” Sapa Azlina, mesra.

“Waalaikummussalam...eh, biar betul?” Adli menegur dengan sindiran. Tersipu-sipu si Azlina tatkala sapaannya dibalas dengan jawaban salam. Adli segera duduk di hadapan Azlina. Terkebil-kebil matanya memandang sekujur tubuh di hadapannya. Uminya segera ke dapur menyediakan makanan.

“How did you found my house?” Soal Adli.

“We’re in the same neighborhood, right? It’s not hard to find it...” Balas Azlina.

“So, what makes you came here?” Soal Adli lagi.

“Nothing...just to apologize about the day you invited me to your house...I’m sorry...I thought you were going to...”

“Untuk apa? Awak ingat saya nak mengorat awak? Nak melamar awak?” Adli memotong pantas. Azlina terdiam seribu bahasa. Pipinya berona merah. Adli beristighfar sambil menggelengkan kepala.

“Saya tahu, mungkin cara saya agak keterlaluan...Azlina, saya minta maaf kalau cara saya agak straight forward...Saya ajak awak pun atas dasar kawan...not more than that...” Jelas Adli sebelum menghela nafas panjang. Azlina hanya tunduk memandai permaidani merah.

“Jodoh, pertemuan, rezeki, takdir, ajal, semua tu dalam pengetahuan Allah, kan...awak pun tahu tu. Bagi saya, bukan mudah nak mengubat hati yang dah dua kali kena tipu dengan insan yang bernama wanita. Saya tahu, mungkin agak tidak adil untuk berkata yang wanita amat kompleks dan sukar diduga. Namun, pengalaman memacu saya untuk berfikir sebegitu. Mesti umi dah jelaskan pada awak semuanya tentang saya, kan? Dia memang begitu, suka bercerita. Dan saya tahu, awak mesti bersimpati dengan apa yang terjadi pada saya, kan?” Ujar Adli lagi.

“Maafkan saya...” Azlina cuba menzahirkan bicara.

“Tak perlu minta maaf...awak tak salah apa-apa pun...memang kadangkala kita lakukan kesilapan...nama pun manusia. Asalnya bersifat pelupa. Anyway, terima kasih sebab sudi datang jenguk umi saya...Cuma saya hairan macam mana awak boleh tahu rumah saya. Jangan kata yang awak ekori saya sampai ke rumah...tak, kan?” Adli menyoal kembali. Serentak gadis itu ketawa. Takkanlah dia nak buat kerja segila itu!

“Taklah...saya tak ikut awak pun...Aufa Liyana yang beritahu saya...” Jelas Azlina sambil tertawa kecil. Mendengar nama itu, wajah Adli berubah serta-merta.

“Lagi-lagi Aufa! Kenapa mesti hubungan ini bertaut kerana Aufa Liyana???”

Pantas Adli bangun dari sofa. Tiada senyuman yang biasa terbit dari bibirnya. Pemuda itu segera menapak ke pintu utama. Azlina kehairanan melihat kelakuannya. Kenapa pulak dengan mamat ni? Angin tiba-tiba? Uminya yang kebetulan keluar dari dapur menatang sedulang makanan kehairanan. Pantas dipanggilnya namun tiada jawaban. Kedengaran bunyi ngauman motosikal sebelum sayup menjauh.

Uminya menggeleng sambil menapak ke arah Azlina. Pasti ada sesuatu yang terjadi sehingga memaksa Adli keluar begitu sahaja. Dia menapak menuju ke arah Azlina yang kebingungan.

“Dia memang macam tu, Lina. Nampak pemarah tapi sensitif sebenarnya...” Ujar umi. Azlina tersenyum namun tampak pahit. Dia mencapai gelas sebelum meneguk minuman. Adli amat sukar untuk diduga kelakuannya!

***

Saturday, November 21, 2009

NOVEL BERSIRI:MENCARI HUMAIRA' HATI

SEBELAS


Mengapa bertengkaran selalu ada antara kita


Dan begitu mudahnya kau ucap kata ingin berpisah


Seharusnya kau tahu takkan semudah itu


Bila memang kau tulus mencintaiku...-Cuba Untuk Mengerti_Siti Nurhaliza.

Adli memerhatikan kucing mengiau di kaki mejanya meminta makanan. Kelaparan. Dia tersenyum. Dikerat beberapa bahagian isi ayam sebelum dicampakkan ke bawah. Nyata, kucing itu segera menerkam isi ayam yang telah dicampak dan memakannya dengan rakus. Lega hati pemuda itu melihatnya. Waima seekor kucing, ia tetap makhluk Allah. Tidak perlu disepak dan dihalau, sebaliknya turut dilayan sebagai makhluk bernyawa.

Suasana waktu pagi di tepi pantai sememangnya mengasyikkan. Pawana yang bertiup dingin, disulami dengan kicauan beburung menenangkan jiwa yang sedang gelisah. Di situlah tempat dia menghabiskan kebanyakan masanya. Cuti hujung minggu dimanfaatkan sepenuhnya.

“Boleh saya duduk di sini?” Entah bagaimana, Adli disapa seseorang. Pemuda itu menoleh. Sekujur tubuh di hadapannya tersenyum manis. Adli tidak membalas senyuman, sebaliknya menganggukkan kepala sahaja.

“Apa lagi yang kau nak?” Soal Adli.

“Abang...” Aufa Liyana bertutur lembut.

“Don’t use that word...we didn’t have special relationship anymore!”

“Kenapa abang tak bagi Aufa peluang untuk jelaskan?” Aufa berbicara lagi. Adli menghela nafas panjang. Pagi yang penuh dengan ketenangan dimusnahkan oleh kehadiran gadis yang pernah bertakhta di hatinya suatu masa dahulu.

“Apa lagi yang kau nak jelaskan? Apa lagi yang kau nak tipu?” Adli membalas.

“Aufa tak berniat naki tipu...”

Serentak Adli ketawa terbahak-bahak. Lelucon apakah pagi ini? Tak berniat nak menipu? Pemuda itu sudah terbiasa dengan pertuturan ayat sebegitu. Adli menggelengkan kepalanya.

“Innamal a’ma lu bi niat...sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat. Watch out your words miss...or should I call you...madam?” Adli memulangkan paku buah keras. Aufa Liyana menghela nafas panjang. sukar untuk dijelaskan segala-galanya pada Adli buat masa ini.

“Mana suami kau? Dia tahu kau ke mari?” Soal Adli lagi.

“Abang Ezmir dah pergi ke Jordan. Ada urusan perniagaan...dia tak tahu...” Balas Aufa Liyana. Bagaikan dipanah halilintar, Adli tersentak! Dia segera bangun meninggalkan meja itu. Langkahannya dimajukan menuju ke kaunter bayaran. Aufa Liyana mengekorinya dari belakang.

“Abang...dengar dulu!” Pinta Aufa Liyana.

“Kau tahu tak apa hukumnya seorang isteri keluar dari rumah tanpa izin suami?”

“Aufa dah beritahu nak keluar tapi tak bagitahu nak jumpa abang...”

“Aku tak nak subahat dengan kau! Kau mempunyai tanggungjawab pada Ezmir. Aku dah tak ada apa-apa nilai bagi kau.” Adli bertegas. Dia segera menapak ke motosikalnya. Aufa Liyana pantas mengekorinya. Saat Adli ingin memutar kunci untuk menghidukan enjin, pantas Aufa Liyana merampas kuncinya. Digenggam kunci itu dengan kemas di telapak kanannya. Adli menumbuk tangki minyak. Geram!

“Aufa, abang minta sangat-sangat! Tumpukan pada tanggungjawab keluarga. Jangan hiraukan abang lagi...” Ujar Adli. Aufa Liyana tersenyum saat mendengar Adli menggunakan panggilan ‘abang’. Dia merenung mata pemuda itu. Adli segera mengalihkan pandangan.

“Aufa nak minta maaf pada abang. Pernikahan Aufa dirancang keluarga...”

“Tapi kau boleh menolak...” Pantas Adli memotong.

“Aufa tak berdaya...walid mahukan Aufa bernikah dengan Ezmir.”

“Atas dasar apa? Apa kurangnya aku? Kau bertunang dengan Ezmir di Jordan sedangkan aku di sini menjaga sebaik mungkin batas pergaulanku! Memelihara seboleh mungkin pandangan, sentuhan, hati ni...semuanya hanya untuk kau! Tapi, apa yang aku dapat, Aufa? Apa yang aku dapat???” Adli meninggikan suara.

“Abang dapat hati Aufa...” Perlahan suaranya membisikkan. Adli ketawa.

“Aufa...cinta memang pada hati...tapi seandainya jasad dah dimiliki, cinta juga boleh bergalang ganti. Aku pinta kau kembalilah ke rumah. Setiap langkahan kau ditulis dengan dosa kerana suamimu tidak mengetahui ke mana arah kau pergi. Jadilah isteri yang baik. Mungkin telah tertulis di Luh Mahfuz bahawa kita tidak ditakdirkan bersama...” Pujuk Adli. Dia meminta kunci motosikalnya kembali. Aufa terpaku. Matanya digenangi air. Diserahkan kembali kunci motosikal kepada Adli. Pantas pemuda itu memutar kunci motosikal. Suis ditekan dan enjin dihidupkan. Bergema ngaumannya ke mayapada angkasa.

“Aku inginkan cinta yang penuh kejujuran, keikhlasan, dan kasih sayang. Kadangkala aku bingung. Adakah aku sahaja yang mencintai dan tidak dicintai? Apakah aku hanya dibuai kata-kata manis tanpa bukti? Aku hanyut dalam senyuman, ketawa dan memori bersama kau. Dan tiba-tiba aku dibiar terdampar sendiri di tengah lautan. Beginikah pengakhiran cinta yang kau harapkan?” Adli meluahkan isi hatinya dalam bait-bait kata tersirat penuh makna. Aufa Liyana ingin membalas, namun terlebih dahulu pemuda itu mengucapkan salam. Motosikal berkuasa besar itu dipacu ke jalan utama. Aufa Liyana teresak-esak menangis. Dia tahu, hati arjunanya terluka. Sedalam luka di hatinya juga...

Saturday, November 14, 2009

NOVEL BERSIRI:MENCARI HUMAIRA' HATI

SEPULUH

            “DIA jadi datang ke tak?” Soal uminya. Adli menggelengkan kepala. Dia menghela nafas panjang sebelum menghenyakkan punggung di atas sofa. Alat kawalan jauh dicapai dari meja kecil sebelum ditekan punat merah. Matanya difokuskan kepada siaran televisyen yang tidak tahu pangkal mulanya.
            “Malaslah umi...Adli dah bosan macam ni...”
            “Umi minta ajak dia makan malam, itu aja...”
            “Adli tahu...tapi dia garang sangat! Pagi sampai ke petang, asyik nak marah Adli aja. Ingat Adli ni batu? Tunggul kayu? Adli cuma nak kawan...tu aja...” Adli meluahkan bicara hatinya. Umi tertawa kecil. Dia mengusap bahu anak lelakinya dengan lembut.
            “Sabarlah...ermm...umi nak tanya, boleh?” Soal uminya.
            “Ya...tanyalah...apa dia?” Adli membalas lembut.
            “Umi dah carikan seseorang...”
            “Umi...can we discuss it later? Adli kusut dengan semua ni...”
            “Namanya Raudhah...anak Mak Cik Salbiah. Tengah hari esok umi ajak dia makan di sini. Adli jangan lupa balik awal tau...” Pesan uminya dengan lembut. Adli tidak memberikan jawapan. Matanya masih terpaku pada kaca televisyen. Uminya menghela nafas panjang. Dia bingkas bangun sebelum menapak ke biliknya.
            “Insya-Allah, kalau sempat Adli balik awal esok...” Adli memberikan jawapan. Uminya terhenti. Tersenyum lebar uminya tatkala mendengar jawapan anaknya. Umi segera melangkah kembali. Hatinya berdoa semoga jodoh anaknya dipanjangkan kali ini.
            Adli menghela nafas panjang. Sukarnya begini! Hatinya berkeras enggan bermain cinta dengan gadis lain. Cukuplah dia diperdaya dengan pujuk rayu wanita. Mengapa uminya mahu dia bernikah sangat? Ah...hatinya tak betah untuk menghampakan permintaan umi. Dia bersandar di sofa sambil mengurut-urut lehernya. Azlina, mengapa sukar sekali kau menerima pelawaanku untuk menjadi sahabatmu?
***
            AZLINA termangu di hadapan komputer ribanya. Entah mengapa, dia asyik terfikirkan peristiwa herdikannya terhadap Adli. Adakah dia terlalu berkasar dengan lelaki itu?
            Dia membaringkan tubuhnya sambil memandang kipas di syiling. Fikirannya menerawang mencari kembali memori yang dicipta Adli. Ah, sukarnya begini!
            “You OK tak ni?” Soal Fieqa, teman serumahnya. Dia membawa dua gelas minuman lalu dihulurkan segelas kepada Azlina. Azlina mengalihkan pandangan. Dia bingkas bangun sambil duduk menghadap Fieqa.
            “Yes...I’m okay...” Azlina membalas. Tangannya mencapai gelas berisi Nescafe panas itu. Fieqa memerhatikan komputer riba yang masih terpasang namun tidak digunakan.
            “You tengah online ke?” Soal Fieqa.
            “Ya...kenapa?” Soal Azlina kembali.
            “Tak ada apa-apa...tengok dekat skrin tu tak ada apa-apa pun...” Sindir Fieqa sebelum menghirup air. Azlina mengalihkan pandangan ke arah skrin komputer ribanya. Oh, hampir terlupa dia untuk memeriksa Facebook, My Space, Friendster dan e-melnya! Pantas ditekannya kekunci kiri tetikus ke arah ikon pelayar internet. Fieqa tertawa kecil melihat gelagat Azlina.
            “Are you in love???” Duga Fieqa.
            “What???” Soal Azlina kembali.
            “Tak turun makan...dari petang tadi asyik terperap dalam bilik. Bila I jengah ke sini, you masih termenung depan laptop. Ingatkan buat kerja, tapi dibiarkan aja laptop tu terpasang...something fishy...” Fieqa menjelaskan rasa hatinya.
            “I’m okay...don’t worry...” Balas Azlina. Fieqa duduk di sebelah temannya sebelum gelas minuman diletakkan di atas meja kecil. Dia mengerti temannya itu bukan  jenis yang pandai berbohong.
            “Ada masalah, kongsilah...mana tahu, dapat ringankan beban...” Ucap Fieqa sambil memegang lengan kanan Azlina. Gadis itu tersenyum pahit. Berat rasanya untuk dikhabarkan apa yang telah dilakukannya pada Adli petang tadi. Rasa bersalah meluap-luap dalam hati.
            “Let bygone be bygone...” Ucap Azlina, perlahan.
            “Iyalah...tapi masalah jangan dipendam, nanti memakan diri...I masuk bilik dulu. Nasi dan lauk-pauk I dah letak bawah tudung saji. Kalau you nak panaskan, pakai aja oven microwave tu. Jangan tak makan langsung. Tak baik seksa diri...” Pesan Fieqa sebelum bingkas bangun. Dicapainya gelas berisi minuman sebelum menapak menuju ke luar bilik.
Azlina hanya memerhatikannya dengan sorotan mata. Kadangkala ada perkara yang tidak harus diceritakan kepada teman ataupun orang lain. Dihela nafas panjang sebelum Nescafe dihabiskan. Azlina masih termangu di sisi katil, memikirkan tentang kedegilan dan kekasarannya.
            Kata Adli, dia sekadar mahu menjalin hubungan persahabatan. Namun Azlina tak mudah menerimanya sebegitu rupa. Dia dah serik bersahabat dengan lelaki! Untuk bercinta, apatah lagi! Didoakan semoga Adli mengerti maksud hatinya. Bukan bermaksud menyakiti hati namun tidak mahu diri ‘diracun’ lagi...
            True love is like ghosts...
            Which everybody talks about it...
            But few have seen...  

Friday, November 6, 2009

NOVEL BERSIRI:MENCARI HUMAIRA' HATI

>SEMBILAN

            Pagi Selasa. Adli menongkat motosikal berkuasa besarnya di hadapan restoran. Dia menanggalkan topi keledarnya lalu disangkutkan pada tangki motosikalnya. Dia bingkas bangun sebelum menapak masuk ke dalam restoran. Kelihatannya Azlina sedang menikmati hidangan pagi seeprti biasa.
            Gadis itu perasan kehadirannya. Pantas dia mengangkat wajah, cuba menegur dengan senyuman namun wajah Adli biasa saja. Pemuda itu hanya memandang. Tiada senyuman mahupun teguran daripadanya seperti awal-awal dahulu. Azlina mengerutkan dahi. Kenapa dengan lelaki tu? Pelik...
            “Aku bercakap dengan lalat rupanya...” Ucap Azlina, geram. Adli terhenti.
            “Tak, awak bercakap dengan pinggan tu...” Adli membalas.
            “Lagi bagus bercakap dengan pinggan daripada bercakap dengan orang yang tak nak bercakap dengan kita...” Azlina memulang paku buah keras. Adli mengukir senyuman. Terasa benar nampaknya gadis itu padanya. Dia menapak ke hadapan Azlina sebelum menarik kerusi. Matanya memandang gadis bertudung litup itu.
            “Who allows you to sit here?” Azlina mulai bertindak garang.
            “Suka hati sayalah nak duduk di mana pun...” Balas Adli, selamba.
            “Hiii...suka hati awaklah!” Balas Azlina. Geram benar dia pada lelaki berbaju batik emas itu. Adli tertawa kecil sebelum menaip sesuatu pada telefon bimbitnya. Azlina melirik sedikit, cuba melihat apa yang sedang dilakukan pemuda itu. Mesej kepada siapa?
            “Jangan risau, saya tak ada teman wanita...” Seloroh Adli. Bulat mata Azlina!
            “Am I asking that?” Azlina membalas garang.
            “Daripada lirikan mata awak tu, nampak sangat awak curiga dengan saya, kan? Mata tak pernah berbohong, Lina...” Ujar Adli sambil menaip laju pada telefon bimbitnya. Azlina mencebikkan bibir. Iyalah sangat tak ada teman wanita! Menyampah!
            “I have to go...jumpa awak petang ni, ya...” Ucap Adli lalu bingkas bangun.
            “Ha???” Tercengang Azlina dibuatnya. Lelaki itu menapak menuju ke kaunter sebelum memesan makanan berbungkus. Azlina memandangnya dari jauh. Apa hal pulak mamat ni? Jumpa aku waktu petang? Bila masa aku berjanji dengan dia? Ah, mengarut sungguh!
            Tujuh minit berselang, Adli lalu bersebelahan meja Azlina. Gadis itu buat acuh tak acuh sahaja. Adli tersenyum sebelum berlalu pergi. Hatinya berbunga dapat mengusik gadis itu. Niatnya baik, ingin menjalinkan persahabatan. Tidak lebih dari itu. Untuk berkasih, mungkin tidak. Biar masa menentukannya...
***
            “Syariah Islam mengatur hablu min an-nas. Ia merupakan hubungan kemasyarakatan. Syariat Islam dilihat serius dalam membina hubungan kemasyarakatan melalui pensyariatan solat jemaah, kewajipan berzakat dan ibadah haji. Hablu min an-nas juga merangkumi hubungan dan gerak aktiviti yang luas dalam komunikasi mereka. Ini dinamakan sebagai ibadah umum. Contohnya, bersukan, berniaga, belajar...” Jelas Adli kepada seisi kelasnya. Mereka mengangguk, mungkin faham dan mungkin juga tidak!
            “Apa maksud hablu min an-nas tu, ustaz?” Soal Alifah.
            “Hablu min an-nas tu maksudnya hubungan antara manusia...” Balas Adli.
            “Ibadah umum tu maksudnya, semua perkara yang kita buat seharian selagi tak bercanggah dengan syarak dan agama ke ustaz?” Soal Balqis.
            “Yes...it’s all the things or routine that we do everyday...playing sports, eating, bathing…” Ujar Adli. Kesemua pelajarnya mengerutkan dahi. Mereka mulai berbisik sesama sendiri. Adli terpinga-pinga. Salah ke apa yang aku cakap?
            “Kenapa?” Soal Adli, hairan.
            “Tak, rasa macam pelik je bila dengar ustaz speaking in English...dulu tak macam ni...” Ujar Hamizul. Spontan Adli ketawa kecil. Dia menggelengkan kepalanya sambil beristighfar. Ingatkan tersalah ajar tadi!
            “Oh...salahkah saya bercakap dalam bahasa Inggeris?” Soal Adli lagi.
            “Tak...tapi macam tak berapa nak kena je...macam belajar BEL pulak...hehe...” Balas Nizam. Seisi kelas tertawa besar mendengar penjelasannya. Adli mengukir senyuman. Tanpa disedari, dia sendiri terbiasa berbicara bahasa Inggeris. Memikirkan sesuatu, Adli spontan memberikan penegasan.
            “Kalau macam tu, saya wajibkan kelas saya bercakap bahasa Inggeris! No Malay language! Understood???” Ujar Adli.
            “Alamak!!!” Seisi kelas mengeluh. Mereka cuba memujuk ustaz mereka, namun Adli tetap bertegas dengan arahannya. Sesekali mengubah corak pembelajaran, apa salahnya?
***
            Azlina meraba-raba beg tangannya, mencari kunci kereta. Hari hampir menerjah ke senja. Dia harus pulang segera kerana keesokan harinya dia mempunyai kuliah gantian di UKM.
            Usai dia mencari kunci kereta, kedengaran ngauman bunyi motosikal dari belakang. Sebetulnya dia sudah mengetahui siapakah gerangannya. Adli!
            “What do you want from me?” Azlina menyoal garang.
            “Assalamualaikum...dari pagi sampai ke petang awak asyik marahkan saya, tak penat ke? Kesian saya tengok awak...” Ucap Adli sambil tersenyum manis. Enjin motosikal dimatikan serta-merta. Berbaju kuning cerah, berseluar dan berjaket jeans. Pemuda itu sememangnya pandai bergaya.
            “Apa sebenarnya masalah awak? Ke mana sahaja saya pergi, awak ada!”
            “Saya tak ada masalah. Sekadar nak menjalinkan hubungan persahabatan...takkan itu pun tak boleh?” Balas Adli.
            “Tapi kenapa saya? Kenapa tak bersahabat dengan semua pensyarah di sini?”
            “Sebab awak istimewa...” Bicara pemuda itu terhenti di situ. Azlina terpinga-pinga. Istimewa apa bendanya ni? Tak faham betullah!
            “What’s so special about me?” Soal Azlina, ingin tahu.
            “Keistimewaan itu hanya awak dan saya sahaja yang tahu...” Jawab Adli. Azlina mengerutkan dahinya. Bersasteralah pulak mamat ni! Azlina menggelengkan kepala sebelum menekan alarm kereta. Pintu dibuka sebelum Adli memberikan pelawaan:
            “Umi saya ajak awak makan di rumah saya malam ni...OK?”
            Azlina tidak membalas. Dihidupkan enjin kereta sebelum pintu dikatup dengan kasar. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang minat pun. Adli mengetuk cermin kereta, cuba mendapatkan persetujuan daripada Azlina. Gadis itu memandangnya dengan wajah marah. Diturunkan cermin kereta dengan perlahan-lahan sebelum berkata sesuatu:
            “Saya tak berminat nak ke rumah awak! Faham?”
            Kereta diundur ke belakang sebelum berlalu pergi. Adli ditinggalkan begitu sahaja. Pemuda itu menghela nafas panjang. Sudah dikhabarkan kepada uminya gadis itu tak mahu menerima pelawaannya namun uminya berkeras juga mahu dia menjemputnya ke rumah. Motosikal dihidupkan kembali sebelum dipacu menuju ke rumah. Ngaumannya memecah kesunyian senja.