Wednesday, May 19, 2010

NOVEL BERSIRI: MENCARI HUMAIRA' HATI

TIGA PULUH (AKHIR)


Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang


Pada insan yang setia berkongsi susah dan senang


Luahkan isi hati andainya sudah ditakdir


Tadi subuh yang terakhir...


-Subuh Yang Terakhir_Rabbani-

Adli terbaring lesu. Di tangan kanannya terselit beberapa tiub. Di dadanya terpasang pelbagai wayar halus. Topeng oksigen ditekup ke mulutnya. Kedengaran nafasnya yang semakin lemah menyedut udara. Di kanannya terpasang monitor yang berfungsi mengesan degupan jantung. Lemah. Beberapa orang jururawat dan doktor pakar berada di sekeliling katil.

“It’s too bad...too late...” Ujar salah seorang dari tiga doktor pakar itu.

Tumor di medula oblongata Encik Adli semakin melarat. Sudah merosakkan sebahagian otak dan saraf tunjang. Peratusannya untuk hidup...20%...We’re very sorry, madam...” Jelas doktor pakar yang seorang lagi saat ditanyakan kepadanya. Aufa Liyana dan Azlina tergamam. Mereka duduk dengan wajah terperanjat.

“Kalau penyakit ini diketahui lebih awal, pasti kami dah jalankan pembedahan. Namun, maafkan kami puan. Mungkin ini dah ditakdirkan Tuhan. Kita hanya mampu berserah...can you please excuse us...” Ujar ketua doktor sebelum mereka bertiga menapak meninggalkan Aufa dan Azlina.

“Ujian apakah ini, Lina...?” Soal Aufa Liyana. Mereka memandang wajah suami mereka yang sedang tenat bertarung dengan maut. Pucat lesi wajah Adli.

“Entahlah...Lina tak percaya, Aufa...” Balas Azlina. Mereka memegang erat jemari Adli yang masih kritikal. Air mata bercurahan menangisi dugaan Allah yang paling dahsyat dalam hidup mereka. Adli bakal pergi menghadap Allah Azzawajalla!

“Baru semalam Adli melafazkan akad nikah, pagi ini Adli sudah tenat sebegini...alangkah pilunya hati!” Bicara Aufa Liyana tersekat. Sudah tidak tertahan lagi untuk berbicara. Tangisan menggantikan bicaranya. Kelihatan umi dan ahli keluarga yang lain melangkah masuk. Mereka cuba menenangkan kedua-dua isteri Adli.

“Tak adil, umi...ini semua tak adil untuk kami!” Azlina meraung.

“Allah lebih sayangkan dia...sabar, nak...” Pujuk umi. Diusapnya wajah kedua-dua menantu sambil memujuk mereka untuk bertenang. Zulkarnain, sahabat baik Adli turut hadir bersama isterinya Hannan. Sayu wajahnya memandang Adli yang belum sedarkan diri. Pilu rasanya melihat wayar-wayar dan tiub yang berselirat di segenap tubuh sahabat baiknya. Terbayang di fikiran senyuman, gelak tawa, gurauan mesra seorang teman bernama Adli. Kini, pemuda itu dikhabarkan bakal pergi meninggalkan alam fana ini.

“Bersabarlah...kita doakan yang terbaik untuk Adli...” Bisik umi. Azlina dan Aufa masih menangisi penderitaan Adli.

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka


Bila berjauhan barulah merindu di dada


Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih


Andai esok takkan hadir...

Jemari Adli bergerak tiba-tiba. Denyutan jantungnya di monitor beransur pulih. Matanya terbuka sedikit, sebelum diperhatikan sekeliling. Senyuman dilontarkan. Tampak lemah.

“Ramainya...Zul pun ada sekali...dah lama tak jumpa...” Bisik Adli, lemah.

“Apa khabar sahabatku...?” Ujar Zulkarnain sebelum menggenggam jemari Adli. Air matanya tumpah melihatkan Adli yang semakin lemah.

“Aku baik-baik saja...kau dengan Hannan macam mana? Dah berapa anak?” Soal Adli dengan nada bergurau. Zulkarnain tersenyum pahit. Dia memandang isterinya sebelum memandang kembali Adli.

“Baru seorang...insya-Allah akhir tahun ni lahir. Aku nak namakannya Saiful Adli, sempena nama kau...” Balas Zulkarnain. Adli tertawa lemah. Dia tersenyum memandang sahabatnya.

Jika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa


Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan


Dirimu namun di hati mampukah dilupakan


Taburlah kemaafan jangan sebelum nyawa...dipulangkan

“Lebih baik jangan, Zul...takut nanti dia ‘pergi’ macam aku juga...” Seloroh Adli. Zulkarnain menangis mendengarkan kata-kata sahabatnya. Kematian semakin hampir menjemput, dia masih mampu bergurau sebegitu rupa.

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi


Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi


Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir


Andai esok takkan hadir...

“Umi...” Adli memanggil uminya dengan lembut. Pantas umi mendatanginya. Diusap wajah anak teruna kesayangannya dengan penuh kasih sayang. Nafas Adli lemah seketika, sebelum dikucupnya dahi dan pipi uminya. Terharu sang bonda, sedang air matanya menitis perlahan.

“Andai Adli dah tak ada...mohon maaf daripada umi...kalau Adli pernah...menyakiti hati umi...” Bisik Adli, lemah. Uminya mengangguk perlahan sambil menahan tangisan. Ya Allah, ibu manakah yang sanggup melihat anak yang dikandungnya sembilan bulan bakal meninggalkan alam fana ini???

Lihatlah saja isterimu berkorban sepenuh nyawa


Demi menjamin kebahagiaan anak dan suami tercinta


Buktikanlah padanya pilihan jodohmu tepat


Sebelum semua terlewat...

“Di mana Azlina...Aufa?...” Adli memanggil lembut. Kedua-duanya menyahut sambil mendatangi Adli. Mereka menggenggam kedua belah tangan Adli. Tersenyum sang suami.

“Maafkan abi andai abi pernah buat salah pada umi...” Bisik Adli kepada Azlina.

“Umi maafkan abi...umi juga minta maaf kalau pernah buat abi sedih...” Ujar Azlina. Adli tertawa lemah. Diusapnya pipi Azlina dengan lembut.

“Dulu umi masuk wad, sekarang giliran abi pulak...hehe...” Adli cuba berseloroh. Azlina mulai menangis teresak-esak. Dia segera mendakap suaminya. Saiful Adli tersenyum. Dia memandang Aufa Liyana, isteri kedua yang baru sahaja dinikahinya.

“Aufa....maafkan andai ada salah, ya...” Ucap Adli kepada Aufa Liyana pula.

“Aufa dah lama maafkan, abang...maafkan Aufa kalau ada salah juga...” Aufa Liyana membalas sebelum mengucup dahi suaminya.

“Pernikahan kita hanya untuk semalaman...maaf...tak sempat nak berbual panjang...” Adli membalas lagi. Bercucuran air mata sang isteri mendengarnya. Dia menyeka air mata yang jatuh berlinangan. Adli memandang semua yang hadir. Seakan mengerti ajalnya sudah tiba, Adli memohon maaf kepada semua. Nafasnya tercungap lemah. Sayu matanya memandang semuanya.

“Maafkan Adli sebab tak beritahu penyakit yang sebenar...abi sayang umi...abang sayang Aufa...Adli sayang kesemuanya...Adli nak tidur sekejap...kepala rasa pening...” Ucap Adli sebelum mata dipejam perlahan. Mengertilah semua yang hadir. Ajalnya semakin hampir. Mereka menahan sebak dan tangisan. Monitor memaparkan degupan jantung yang semakin lama semakin lemah. Seketika kemudian, jasad Adli tidak bergerak lagi. Kesemua yang hadir menangisi pemergian seorang insan bernama Saiful Adli. Aufa dan Azlina berpelukan sesama sendiri sebelum menangis teresak-esak. Umi mendatangi jenazah Adli sebelum menutupinya dengan selimut. Selamat pulang anakku. Moga kau aman bersama orang-orang yang soleh di sana...

Lafazkan rasa cinta...


Andainya sudah ditakdir...


Tadi subuh...yang terakhir...

* * *

    Pagi itu, suasananya nyaman sekali. Beburung menyanyi riang. Angin berpuput lembut. Mentari tidak memancar terik seperti selalu. Azlina menghabiskan bacaan Yaasinnya sebelum mengucup naskah surah. Disiraminya air mawar ke atas kuburan suami. Lama dia merenung tanah yang masih merah. Sudah hampir seminggu Adli selamat dikebumikan.

  “Abi...umi dah mengandung lima minggu. Umi baru tahu semalam. Umi janji akan didik anak kita dengan baik. Jadikan dia anak yang soleh, taat pada Allah dan Rasul-Nya, sama macam abi...umi pergi dulu. Sekejap lagi, Aufa akan datang untuk gantikan tempat umi...Aufa pun ada tanda-tanda mahu hamil. Kami dah serasi bersama. Sudah berjanji tak akan bernikah dengan orang lain lagi. Cukuplah abi sebagai suami kami...pergi dulu, abi...Assalamualaikum...” Ujar Azlina sebelum mengusap nisan batu yang tertulis nama suaminya.

Saiful Adli bin Abdullah Fahim


18 May 2010


Al-Fatihah

         Kelihatan kelibat Aufa Liyana sudah sampai di pagar tanah perkuburan. Azlina melangkah perlahan menuju kepada Aufa. Mereka bersalaman sebelum berbicara sesuatu. Seketika kemudian, Aufa Liyana menapak ke tanah perkuburan sedang Azlina menapak pulang.

        Mereka berdua sudah berjanji mahu membacakan Yaasin dan menziarahi kuburan Adli setiap hari bergilir-gilir. Bukan kerana tidak dapat menerima kehilangan suami tercinta, namun kerana kasih dan cinta yang amat mendalam. Pengorbanan yang dilalui Adli sukar untuk dilupakan. Ilmu dan kasih sayangnya sebagai seorang suami, teman, sahabat, semuanya dicerap dengan baik oleh kedua-duanya. Allah mentakdirkan mereka menjadi isteri Saiful Adli waima seketika. Moga Allah mengampuni dosanya dan meletakkannya dalam kalangan orang yang soleh...amin...

“Cinta tak semestinya memiliki, kasih tak sejujurnya menyayangi,


Rabbul Izzati cinta abadi...”



***TAMAT***



Tamat pada tarikh 18 mei 2010 (Selasa), jam 12:30 pagi. Alhamdulillah.

5 comments:

Anonymous said...

salam...
tahniah atas penghasilan karya nta..moga selpas ini dapt menghasilkan karya2 yg lebih baik dan menjadi wadah dalm menegakkan syiarNya..amin..mga stsa bahagia dan diredhai ALLAH S.W.T. dalm apa2 jua yg nta lakukan..barakallahu 'alaika.bittaufiq wannajah.
lpas nie lahirkanlah novel lain lagi..sgat menarik!!syabas!!

wassalam.

Anonymous said...

Salam...
Alhamdulillah, akhirnya tamat novel "Mencari Humaira' Hati"..
wlupun sy pernah gtaw yg sy xske ending nya, tp ble da bce sendiri, maybe sy kne tukar rse xske tuh kowt..hehe...

“Cinta tak semestinya memiliki, kasih tak sejujurnya menyayangi,
Rabbul Izzati cinta abadi...”

wasSalam...

Ana Abdullah said...

Salam, tahniah, siap dh sebuah lagi novel! Alhamdulillah... just a suggestion. try to read your novel from the beginning-put yourself as a reader, not the author. papepun, tahniah lagi skali sebab berjaya habiskan novel ni. semangat moyang kuat. ^-^ take care. Asifni, wassalam

Unknown said...

Salam...

Subhanallah, Maha Suci Allah yang menciptakan kejadian manusia sebaik-baik kejadian... sezahir dengan itu mewujudkan kelahiran manusia yang berpaut pada tongkat sang Jibril...
Secara jujur, ini adalah pertama kali hati tertarik untuk menghayati penulisan berbentuk Islamik, dan mungkin sudah terlewat untuk melarik setiap bait kata dari permualaan cerita, namun 'tahniah' diucapkan buat yang menulis kerana anda berjaya membuat hati yang membaca dalam kelam terkelu, membisu tanpa kata. Penamatnya sungguh dramatik, dan itu adalah menarik.

Semoganya usaha anda beroleh berkat dan kejayaan, walau bagaimanapun pabila di puncak kelak, janganlah ia menjadi titik jatuh anda, dan jangan sekali melupakan anak kesayanganmu ZAIDI the D**R...Walau apapun, teruskan perjalanan anda, kerana ia masih jauh...
salam, (kenal dh kan?) (.=

Anonymous said...

salam...abg,sy baru bce novel abg...bile bce dlm komen2 sblum nih, abg kate wataknya azlina itu benar wujud...?? nk nbornya or emelnya bole..? mahu berkenalan..mahu hasilkan karya jugak..hehe makaseh.. :)