Digital clock

Thursday, May 13, 2010







Salam...
sebenarnya ana nak tanya pendapat enta/enti semua ttg cover nih...ana nak jadikan novel blog ini ke dalam buku...mybe bwh uitm...atau mane2 syarikat...minta pendapat ya...buku berbeza sikit dengan blog...ada tambahan...nantikan...:)
salam alaik...

NOVEL BERSIRI: MENCARI HUMAIRA' HATI

DUA PULUH TUJUH


Berat bebanku meninggalkanmu


Separuh nafas jiwaku...sirna...


Bukan salahmu apa dayaku


Mungkin benar cinta sejati


Tak berpihak pada kita...-Glenn_Januari-

      Azlina memerhatikan saja suaminya menghirup kopi panas ketika bersarapan. Hatinya masih tertanya-tanya sama ada suaminya marah dengan permintaannya malam tadi. Adli menghabiskan minuman sambil membaca akhbar.

      “Lekas habiskan makanan, umi...nanti lambat nak mengajar pula...” Ujar Adli.

      “Tak ada seleralah, abi...” Azlina membalas perlahan. Adli memandang wajah isterinya. Tak ada selera pulak? Tapi kenapa tiba-tiba sahaja? Azlina memandang pinggan berisi mee goreng. Seleranya hilang entah mengapa.

       Adli mengambil sudu di pinggan Azlina. Diceduk mee goreng yang masih panas sebelum disuapkan ke mulut Azlina. Romantis. Azlina terkesima. Matanya terkebil-kebil memandang suaminya. Adli tersenyum sambil memujuknya untuk makan.

      “Kalau betul-betul sayang abi, makan sikit...” Pujuk Adli. Segera Azlina menjamah suapan Adli. Spontan Adli tertawa kecil.

      “Kenapa ketawa?” Soal Azlina, hairan. Mulutnya mengunyah lembut makanan.

      “Comel...hehe...” Ujar Adli. Azlina mencubit lengan suaminya. Mengada-ngada!

      “Habiskan makanan ni...boleh?” Pinta Adli sambil mengukir senyuman. Azlina menggeleng perlahan. Berkerut wajah Adli memandang isterinya. Kenapa pula?

      “Nak abi suapkan...” Balas Azlina, manja.

      “Oh...nak abi suapkan? O.K...mari abi suapkan makanan...” Balas Adli sambil menyuap makanan kepada isterinya. Mereka tertawa bersama. Bahagia dikecapi dengan sebaik mungkin.

      Usai bersarapan, Adli menunggu isterinya di pintu hadapan. Azlina membawa beg tangan dan buku rujukan seperti biasa. Ditambah pula dengan kertas ujian pertengahan semester yang sudah ditanda, tangan di kiri dan kanannya penuh!

      “Laa...kenapa bawa banyak sangat buku dengan kertas ni?” Soal Adli sambil membantu Azlina mengangkat buku dan kertas.

      “Ujian pertengahan semester...dah siap tanda...” Balas Azlina. Adli menggelengkan kepala sebelum memasukkan kesemuanya ke ruang belakang kereta. Enjin dihidupkan. Azlina menerobos masuk ke dalam kereta. Penghawa dingin dipasang dengan pantas. Spontan Adli menutupnya kembali.

      “Panaslah, abi...” Ujar Azlina.

      “Sabarlah...kena tunggu enjin warm up dulu...lima minit aja...nanti abi bukakan tingkap, ya?” Jelas Adli sambil mengukir senyuman. Azlina menghela nafas panjang. Adli menarik hidung isterinya sambil tertawa kecil. Azlina mengomel manja.

     “Manja sangat isteri abi ni...” Ujar Adli, mengusik.

      “Manja dengan abi je tau...dengan orang lain, garang!” Balas Azlina. Kedua-duanya tertawa. Selang lima minit, Adli membuka penghawa dingin kereta. Berderu angin dingin menerpa ke tubuh Azlina. Kedengaran suaranya mengucap kelegaan.

      “Hai...perangai mengalahkan mat saleh!” Usik Adli lagi.

      “Excuse me...I’m teaching English, okay...” Balas Azlina.

     “Teaching English doesn’t mean you will act like Western...” Adli membalas.

      “Hiii...biarlah!” Ujar Azlina kembali. Adli ketawa kecil. Kereta diundur keluar halaman rumah, sebelum dipacu menuju ke UiTM Alor Gajah...

* * *

       Aufa Liyana menatap gambar bersama Adli sewaktu perkenalan dahulu. Segalanya masih segar dalam ingatannya. Waktu suka, waktu duka, Adli selalu bersamanya. Berita mengenai pernikahan Adli dan Azlina diterimanya walaupun pahit.

       Dia melangkah perlahan, meninggalkan biliknya. Semalam menjadi saksi penceraiannya dengan Ezmir. Wajah lelaki itu dilihatnya cukup bengis. Tajam memandangnya dari awal bicara hingga akhir. Aufa Liyana lega mendengar keputusan mahkamah. Allah mengatur segalanya dengan adil dan saksama. Dia mengambil keputusan untuk tinggal bersama Fieqa buat sementara waktu sementelah Azlina sudah berpindah ke rumah baru bersama Adli.

       Aufa Liyana duduk di sofa ruang tamu. Ditekan butang kawalan televisyen sebelum mencari siaran pagi. Fieqa menuruni anak tangga, mendapatkan temannya.

      “Masih bersedih, Aufa?” Soal Fieqa sambil memegang bahu. Aufa Liyana menggeleng perlahan sambil memegang tangan Fieqa. Dia mengukir senyuman, namun tiada terkesan manisnya.

      “Allah dah tetapkan jodoh Adli dengan Azlina....” Ujar Aufa Liyana.

      “Banyakkan bersabar...kumbang bukan seekor...” Pujuk Fieqa. Aufa tertawa.

      “Kumbang macam Adli bukan senang nak cari. Lelaki idaman setiap muslimah yang dahagakan kasih sayang dan keindahan Islam...” Balas Aufa Liyana. Dia mengesat air matanya yang jatuh berlinangan tiba-tiba. Fieqa mengangguk perlahan. Benar, bukan mudah mencari insan sebaik dan semulia Adli dalam era sebegini.

      “Andai kita yakin pada makhluk, maka makhluk akan mengecewakan...namun, andai kita yakin pada Allah, maka Allah tak mungkin mengecewakan...tapi kita yang sering mengecewakan-Nya...” Bisik Aufa Liyana, mengenang kembali kata-kata hikmah yang dititipkan Adli suatu masa dahulu. Andai diberi peluang, Aufa ingin mengubah segala-galanya. Ingin sekali dia merebut peluang untuk menjadi zaujah hati Adli, namun segalanya hanya tinggal mimpi yang tak mungkin berulang kembali...

Kasihku...


Sampai di sini kisah kita


Jangan tangisi keadaannya


Bukan kerna kita berbeda


Dengarkan...


Dengarkan lagu...lagu ini


Melodi rintihan hati ini


Kisah kita berakhir


Di Januari...