Saturday, November 21, 2009

NOVEL BERSIRI:MENCARI HUMAIRA' HATI

SEBELAS


Mengapa bertengkaran selalu ada antara kita


Dan begitu mudahnya kau ucap kata ingin berpisah


Seharusnya kau tahu takkan semudah itu


Bila memang kau tulus mencintaiku...-Cuba Untuk Mengerti_Siti Nurhaliza.

Adli memerhatikan kucing mengiau di kaki mejanya meminta makanan. Kelaparan. Dia tersenyum. Dikerat beberapa bahagian isi ayam sebelum dicampakkan ke bawah. Nyata, kucing itu segera menerkam isi ayam yang telah dicampak dan memakannya dengan rakus. Lega hati pemuda itu melihatnya. Waima seekor kucing, ia tetap makhluk Allah. Tidak perlu disepak dan dihalau, sebaliknya turut dilayan sebagai makhluk bernyawa.

Suasana waktu pagi di tepi pantai sememangnya mengasyikkan. Pawana yang bertiup dingin, disulami dengan kicauan beburung menenangkan jiwa yang sedang gelisah. Di situlah tempat dia menghabiskan kebanyakan masanya. Cuti hujung minggu dimanfaatkan sepenuhnya.

“Boleh saya duduk di sini?” Entah bagaimana, Adli disapa seseorang. Pemuda itu menoleh. Sekujur tubuh di hadapannya tersenyum manis. Adli tidak membalas senyuman, sebaliknya menganggukkan kepala sahaja.

“Apa lagi yang kau nak?” Soal Adli.

“Abang...” Aufa Liyana bertutur lembut.

“Don’t use that word...we didn’t have special relationship anymore!”

“Kenapa abang tak bagi Aufa peluang untuk jelaskan?” Aufa berbicara lagi. Adli menghela nafas panjang. Pagi yang penuh dengan ketenangan dimusnahkan oleh kehadiran gadis yang pernah bertakhta di hatinya suatu masa dahulu.

“Apa lagi yang kau nak jelaskan? Apa lagi yang kau nak tipu?” Adli membalas.

“Aufa tak berniat naki tipu...”

Serentak Adli ketawa terbahak-bahak. Lelucon apakah pagi ini? Tak berniat nak menipu? Pemuda itu sudah terbiasa dengan pertuturan ayat sebegitu. Adli menggelengkan kepalanya.

“Innamal a’ma lu bi niat...sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat. Watch out your words miss...or should I call you...madam?” Adli memulangkan paku buah keras. Aufa Liyana menghela nafas panjang. sukar untuk dijelaskan segala-galanya pada Adli buat masa ini.

“Mana suami kau? Dia tahu kau ke mari?” Soal Adli lagi.

“Abang Ezmir dah pergi ke Jordan. Ada urusan perniagaan...dia tak tahu...” Balas Aufa Liyana. Bagaikan dipanah halilintar, Adli tersentak! Dia segera bangun meninggalkan meja itu. Langkahannya dimajukan menuju ke kaunter bayaran. Aufa Liyana mengekorinya dari belakang.

“Abang...dengar dulu!” Pinta Aufa Liyana.

“Kau tahu tak apa hukumnya seorang isteri keluar dari rumah tanpa izin suami?”

“Aufa dah beritahu nak keluar tapi tak bagitahu nak jumpa abang...”

“Aku tak nak subahat dengan kau! Kau mempunyai tanggungjawab pada Ezmir. Aku dah tak ada apa-apa nilai bagi kau.” Adli bertegas. Dia segera menapak ke motosikalnya. Aufa Liyana pantas mengekorinya. Saat Adli ingin memutar kunci untuk menghidukan enjin, pantas Aufa Liyana merampas kuncinya. Digenggam kunci itu dengan kemas di telapak kanannya. Adli menumbuk tangki minyak. Geram!

“Aufa, abang minta sangat-sangat! Tumpukan pada tanggungjawab keluarga. Jangan hiraukan abang lagi...” Ujar Adli. Aufa Liyana tersenyum saat mendengar Adli menggunakan panggilan ‘abang’. Dia merenung mata pemuda itu. Adli segera mengalihkan pandangan.

“Aufa nak minta maaf pada abang. Pernikahan Aufa dirancang keluarga...”

“Tapi kau boleh menolak...” Pantas Adli memotong.

“Aufa tak berdaya...walid mahukan Aufa bernikah dengan Ezmir.”

“Atas dasar apa? Apa kurangnya aku? Kau bertunang dengan Ezmir di Jordan sedangkan aku di sini menjaga sebaik mungkin batas pergaulanku! Memelihara seboleh mungkin pandangan, sentuhan, hati ni...semuanya hanya untuk kau! Tapi, apa yang aku dapat, Aufa? Apa yang aku dapat???” Adli meninggikan suara.

“Abang dapat hati Aufa...” Perlahan suaranya membisikkan. Adli ketawa.

“Aufa...cinta memang pada hati...tapi seandainya jasad dah dimiliki, cinta juga boleh bergalang ganti. Aku pinta kau kembalilah ke rumah. Setiap langkahan kau ditulis dengan dosa kerana suamimu tidak mengetahui ke mana arah kau pergi. Jadilah isteri yang baik. Mungkin telah tertulis di Luh Mahfuz bahawa kita tidak ditakdirkan bersama...” Pujuk Adli. Dia meminta kunci motosikalnya kembali. Aufa terpaku. Matanya digenangi air. Diserahkan kembali kunci motosikal kepada Adli. Pantas pemuda itu memutar kunci motosikal. Suis ditekan dan enjin dihidupkan. Bergema ngaumannya ke mayapada angkasa.

“Aku inginkan cinta yang penuh kejujuran, keikhlasan, dan kasih sayang. Kadangkala aku bingung. Adakah aku sahaja yang mencintai dan tidak dicintai? Apakah aku hanya dibuai kata-kata manis tanpa bukti? Aku hanyut dalam senyuman, ketawa dan memori bersama kau. Dan tiba-tiba aku dibiar terdampar sendiri di tengah lautan. Beginikah pengakhiran cinta yang kau harapkan?” Adli meluahkan isi hatinya dalam bait-bait kata tersirat penuh makna. Aufa Liyana ingin membalas, namun terlebih dahulu pemuda itu mengucapkan salam. Motosikal berkuasa besar itu dipacu ke jalan utama. Aufa Liyana teresak-esak menangis. Dia tahu, hati arjunanya terluka. Sedalam luka di hatinya juga...

Saturday, November 14, 2009

NOVEL BERSIRI:MENCARI HUMAIRA' HATI

SEPULUH

            “DIA jadi datang ke tak?” Soal uminya. Adli menggelengkan kepala. Dia menghela nafas panjang sebelum menghenyakkan punggung di atas sofa. Alat kawalan jauh dicapai dari meja kecil sebelum ditekan punat merah. Matanya difokuskan kepada siaran televisyen yang tidak tahu pangkal mulanya.
            “Malaslah umi...Adli dah bosan macam ni...”
            “Umi minta ajak dia makan malam, itu aja...”
            “Adli tahu...tapi dia garang sangat! Pagi sampai ke petang, asyik nak marah Adli aja. Ingat Adli ni batu? Tunggul kayu? Adli cuma nak kawan...tu aja...” Adli meluahkan bicara hatinya. Umi tertawa kecil. Dia mengusap bahu anak lelakinya dengan lembut.
            “Sabarlah...ermm...umi nak tanya, boleh?” Soal uminya.
            “Ya...tanyalah...apa dia?” Adli membalas lembut.
            “Umi dah carikan seseorang...”
            “Umi...can we discuss it later? Adli kusut dengan semua ni...”
            “Namanya Raudhah...anak Mak Cik Salbiah. Tengah hari esok umi ajak dia makan di sini. Adli jangan lupa balik awal tau...” Pesan uminya dengan lembut. Adli tidak memberikan jawapan. Matanya masih terpaku pada kaca televisyen. Uminya menghela nafas panjang. Dia bingkas bangun sebelum menapak ke biliknya.
            “Insya-Allah, kalau sempat Adli balik awal esok...” Adli memberikan jawapan. Uminya terhenti. Tersenyum lebar uminya tatkala mendengar jawapan anaknya. Umi segera melangkah kembali. Hatinya berdoa semoga jodoh anaknya dipanjangkan kali ini.
            Adli menghela nafas panjang. Sukarnya begini! Hatinya berkeras enggan bermain cinta dengan gadis lain. Cukuplah dia diperdaya dengan pujuk rayu wanita. Mengapa uminya mahu dia bernikah sangat? Ah...hatinya tak betah untuk menghampakan permintaan umi. Dia bersandar di sofa sambil mengurut-urut lehernya. Azlina, mengapa sukar sekali kau menerima pelawaanku untuk menjadi sahabatmu?
***
            AZLINA termangu di hadapan komputer ribanya. Entah mengapa, dia asyik terfikirkan peristiwa herdikannya terhadap Adli. Adakah dia terlalu berkasar dengan lelaki itu?
            Dia membaringkan tubuhnya sambil memandang kipas di syiling. Fikirannya menerawang mencari kembali memori yang dicipta Adli. Ah, sukarnya begini!
            “You OK tak ni?” Soal Fieqa, teman serumahnya. Dia membawa dua gelas minuman lalu dihulurkan segelas kepada Azlina. Azlina mengalihkan pandangan. Dia bingkas bangun sambil duduk menghadap Fieqa.
            “Yes...I’m okay...” Azlina membalas. Tangannya mencapai gelas berisi Nescafe panas itu. Fieqa memerhatikan komputer riba yang masih terpasang namun tidak digunakan.
            “You tengah online ke?” Soal Fieqa.
            “Ya...kenapa?” Soal Azlina kembali.
            “Tak ada apa-apa...tengok dekat skrin tu tak ada apa-apa pun...” Sindir Fieqa sebelum menghirup air. Azlina mengalihkan pandangan ke arah skrin komputer ribanya. Oh, hampir terlupa dia untuk memeriksa Facebook, My Space, Friendster dan e-melnya! Pantas ditekannya kekunci kiri tetikus ke arah ikon pelayar internet. Fieqa tertawa kecil melihat gelagat Azlina.
            “Are you in love???” Duga Fieqa.
            “What???” Soal Azlina kembali.
            “Tak turun makan...dari petang tadi asyik terperap dalam bilik. Bila I jengah ke sini, you masih termenung depan laptop. Ingatkan buat kerja, tapi dibiarkan aja laptop tu terpasang...something fishy...” Fieqa menjelaskan rasa hatinya.
            “I’m okay...don’t worry...” Balas Azlina. Fieqa duduk di sebelah temannya sebelum gelas minuman diletakkan di atas meja kecil. Dia mengerti temannya itu bukan  jenis yang pandai berbohong.
            “Ada masalah, kongsilah...mana tahu, dapat ringankan beban...” Ucap Fieqa sambil memegang lengan kanan Azlina. Gadis itu tersenyum pahit. Berat rasanya untuk dikhabarkan apa yang telah dilakukannya pada Adli petang tadi. Rasa bersalah meluap-luap dalam hati.
            “Let bygone be bygone...” Ucap Azlina, perlahan.
            “Iyalah...tapi masalah jangan dipendam, nanti memakan diri...I masuk bilik dulu. Nasi dan lauk-pauk I dah letak bawah tudung saji. Kalau you nak panaskan, pakai aja oven microwave tu. Jangan tak makan langsung. Tak baik seksa diri...” Pesan Fieqa sebelum bingkas bangun. Dicapainya gelas berisi minuman sebelum menapak menuju ke luar bilik.
Azlina hanya memerhatikannya dengan sorotan mata. Kadangkala ada perkara yang tidak harus diceritakan kepada teman ataupun orang lain. Dihela nafas panjang sebelum Nescafe dihabiskan. Azlina masih termangu di sisi katil, memikirkan tentang kedegilan dan kekasarannya.
            Kata Adli, dia sekadar mahu menjalin hubungan persahabatan. Namun Azlina tak mudah menerimanya sebegitu rupa. Dia dah serik bersahabat dengan lelaki! Untuk bercinta, apatah lagi! Didoakan semoga Adli mengerti maksud hatinya. Bukan bermaksud menyakiti hati namun tidak mahu diri ‘diracun’ lagi...
            True love is like ghosts...
            Which everybody talks about it...
            But few have seen...  

Friday, November 6, 2009

NOVEL BERSIRI:MENCARI HUMAIRA' HATI

>SEMBILAN

            Pagi Selasa. Adli menongkat motosikal berkuasa besarnya di hadapan restoran. Dia menanggalkan topi keledarnya lalu disangkutkan pada tangki motosikalnya. Dia bingkas bangun sebelum menapak masuk ke dalam restoran. Kelihatannya Azlina sedang menikmati hidangan pagi seeprti biasa.
            Gadis itu perasan kehadirannya. Pantas dia mengangkat wajah, cuba menegur dengan senyuman namun wajah Adli biasa saja. Pemuda itu hanya memandang. Tiada senyuman mahupun teguran daripadanya seperti awal-awal dahulu. Azlina mengerutkan dahi. Kenapa dengan lelaki tu? Pelik...
            “Aku bercakap dengan lalat rupanya...” Ucap Azlina, geram. Adli terhenti.
            “Tak, awak bercakap dengan pinggan tu...” Adli membalas.
            “Lagi bagus bercakap dengan pinggan daripada bercakap dengan orang yang tak nak bercakap dengan kita...” Azlina memulang paku buah keras. Adli mengukir senyuman. Terasa benar nampaknya gadis itu padanya. Dia menapak ke hadapan Azlina sebelum menarik kerusi. Matanya memandang gadis bertudung litup itu.
            “Who allows you to sit here?” Azlina mulai bertindak garang.
            “Suka hati sayalah nak duduk di mana pun...” Balas Adli, selamba.
            “Hiii...suka hati awaklah!” Balas Azlina. Geram benar dia pada lelaki berbaju batik emas itu. Adli tertawa kecil sebelum menaip sesuatu pada telefon bimbitnya. Azlina melirik sedikit, cuba melihat apa yang sedang dilakukan pemuda itu. Mesej kepada siapa?
            “Jangan risau, saya tak ada teman wanita...” Seloroh Adli. Bulat mata Azlina!
            “Am I asking that?” Azlina membalas garang.
            “Daripada lirikan mata awak tu, nampak sangat awak curiga dengan saya, kan? Mata tak pernah berbohong, Lina...” Ujar Adli sambil menaip laju pada telefon bimbitnya. Azlina mencebikkan bibir. Iyalah sangat tak ada teman wanita! Menyampah!
            “I have to go...jumpa awak petang ni, ya...” Ucap Adli lalu bingkas bangun.
            “Ha???” Tercengang Azlina dibuatnya. Lelaki itu menapak menuju ke kaunter sebelum memesan makanan berbungkus. Azlina memandangnya dari jauh. Apa hal pulak mamat ni? Jumpa aku waktu petang? Bila masa aku berjanji dengan dia? Ah, mengarut sungguh!
            Tujuh minit berselang, Adli lalu bersebelahan meja Azlina. Gadis itu buat acuh tak acuh sahaja. Adli tersenyum sebelum berlalu pergi. Hatinya berbunga dapat mengusik gadis itu. Niatnya baik, ingin menjalinkan persahabatan. Tidak lebih dari itu. Untuk berkasih, mungkin tidak. Biar masa menentukannya...
***
            “Syariah Islam mengatur hablu min an-nas. Ia merupakan hubungan kemasyarakatan. Syariat Islam dilihat serius dalam membina hubungan kemasyarakatan melalui pensyariatan solat jemaah, kewajipan berzakat dan ibadah haji. Hablu min an-nas juga merangkumi hubungan dan gerak aktiviti yang luas dalam komunikasi mereka. Ini dinamakan sebagai ibadah umum. Contohnya, bersukan, berniaga, belajar...” Jelas Adli kepada seisi kelasnya. Mereka mengangguk, mungkin faham dan mungkin juga tidak!
            “Apa maksud hablu min an-nas tu, ustaz?” Soal Alifah.
            “Hablu min an-nas tu maksudnya hubungan antara manusia...” Balas Adli.
            “Ibadah umum tu maksudnya, semua perkara yang kita buat seharian selagi tak bercanggah dengan syarak dan agama ke ustaz?” Soal Balqis.
            “Yes...it’s all the things or routine that we do everyday...playing sports, eating, bathing…” Ujar Adli. Kesemua pelajarnya mengerutkan dahi. Mereka mulai berbisik sesama sendiri. Adli terpinga-pinga. Salah ke apa yang aku cakap?
            “Kenapa?” Soal Adli, hairan.
            “Tak, rasa macam pelik je bila dengar ustaz speaking in English...dulu tak macam ni...” Ujar Hamizul. Spontan Adli ketawa kecil. Dia menggelengkan kepalanya sambil beristighfar. Ingatkan tersalah ajar tadi!
            “Oh...salahkah saya bercakap dalam bahasa Inggeris?” Soal Adli lagi.
            “Tak...tapi macam tak berapa nak kena je...macam belajar BEL pulak...hehe...” Balas Nizam. Seisi kelas tertawa besar mendengar penjelasannya. Adli mengukir senyuman. Tanpa disedari, dia sendiri terbiasa berbicara bahasa Inggeris. Memikirkan sesuatu, Adli spontan memberikan penegasan.
            “Kalau macam tu, saya wajibkan kelas saya bercakap bahasa Inggeris! No Malay language! Understood???” Ujar Adli.
            “Alamak!!!” Seisi kelas mengeluh. Mereka cuba memujuk ustaz mereka, namun Adli tetap bertegas dengan arahannya. Sesekali mengubah corak pembelajaran, apa salahnya?
***
            Azlina meraba-raba beg tangannya, mencari kunci kereta. Hari hampir menerjah ke senja. Dia harus pulang segera kerana keesokan harinya dia mempunyai kuliah gantian di UKM.
            Usai dia mencari kunci kereta, kedengaran ngauman bunyi motosikal dari belakang. Sebetulnya dia sudah mengetahui siapakah gerangannya. Adli!
            “What do you want from me?” Azlina menyoal garang.
            “Assalamualaikum...dari pagi sampai ke petang awak asyik marahkan saya, tak penat ke? Kesian saya tengok awak...” Ucap Adli sambil tersenyum manis. Enjin motosikal dimatikan serta-merta. Berbaju kuning cerah, berseluar dan berjaket jeans. Pemuda itu sememangnya pandai bergaya.
            “Apa sebenarnya masalah awak? Ke mana sahaja saya pergi, awak ada!”
            “Saya tak ada masalah. Sekadar nak menjalinkan hubungan persahabatan...takkan itu pun tak boleh?” Balas Adli.
            “Tapi kenapa saya? Kenapa tak bersahabat dengan semua pensyarah di sini?”
            “Sebab awak istimewa...” Bicara pemuda itu terhenti di situ. Azlina terpinga-pinga. Istimewa apa bendanya ni? Tak faham betullah!
            “What’s so special about me?” Soal Azlina, ingin tahu.
            “Keistimewaan itu hanya awak dan saya sahaja yang tahu...” Jawab Adli. Azlina mengerutkan dahinya. Bersasteralah pulak mamat ni! Azlina menggelengkan kepala sebelum menekan alarm kereta. Pintu dibuka sebelum Adli memberikan pelawaan:
            “Umi saya ajak awak makan di rumah saya malam ni...OK?”
            Azlina tidak membalas. Dihidupkan enjin kereta sebelum pintu dikatup dengan kasar. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang minat pun. Adli mengetuk cermin kereta, cuba mendapatkan persetujuan daripada Azlina. Gadis itu memandangnya dengan wajah marah. Diturunkan cermin kereta dengan perlahan-lahan sebelum berkata sesuatu:
            “Saya tak berminat nak ke rumah awak! Faham?”
            Kereta diundur ke belakang sebelum berlalu pergi. Adli ditinggalkan begitu sahaja. Pemuda itu menghela nafas panjang. Sudah dikhabarkan kepada uminya gadis itu tak mahu menerima pelawaannya namun uminya berkeras juga mahu dia menjemputnya ke rumah. Motosikal dihidupkan kembali sebelum dipacu menuju ke rumah. Ngaumannya memecah kesunyian senja.

Sunday, November 1, 2009

NOVEL BERSIRI: MENCARI HUMAIRA' HATI

LAPAN
            Adli memulas tombol pintu utama. Lampu ruang tamu masih menyala. Kelihatan uminya sedang duduk sambil membaca majalah di sofa. Televisyen dipasang, memaparkan siaran televisyen lewat malam. Adli menghela nafas panjang.
            Kepenatan.
            Dia menapak menuju ke sofa. Diletakkan beg berisi saksofon ke sisi sofa sebelum melabuhkan punggungnya bersebelahan umi. Kepala disandarkan ke sofa. Mata dipejam dalam-dalam. Nafasnya turun naik perlahan.
            “Dah habis? Puas hati?” Soal uminya.
            “Alhamdulillah...tak sangka buat persembahan untuk majlis kahwin Aufa...” Balas Adli. Uminya mengerutkan dahi. Dipandang wajah anak terunanya. Biar betul?
            “Aufa?” Uminya menyoal lagi. Adli mengangguk.
            “Ya...Aufa Liyana Bte Ahmad Zaki...kenapa?” Soal Adli kembali.
            “Adli tak terasa apa-apa?” Uminya menyoal kembali. Spontan Adli membuka mata. Dia memandang ke arah kipas bersalut tembaga yang berputaran di syiling. Sekilas, dia tersenyum sendirian.
            “Bohonglah kalau Adli tak terasa apa-apa, umi. Tapi, dah ditakdirkan dia jadi isteri Ezmir. Takkanlah Adli nak mengamuk di majlis tu pulak...kan? Let bygone be bygone...” Balas Adli. Senyuman semakin melebar. Uminya mulai curiga.
            “Amboi, dah pandai berbahasa Inggeris sejak akhir-akhir ni...umi tak mahu bermenantukan orang putih. Banyak lagi orang Melayu yang bagus, cantik, sopan...” Ujar uminya. Adli tertawa kecil. Ke situ pulak perginya.
            “Bahasa Inggeris sekarang kan dah jadi lingua franca...lagipun, PPSMI masih diteruskan...tak salah Adli berbahasa Inggeris, kan? Adli masih mengekalkan bahasa ibunda sebagai pertuturan utama...Am I right?” Adli cuba bermadah.
            “Memanglah...tapi sebelum ni tak pernah umi dengar Adli berbahasa Inggeris...ada apa-apa yang umi tak tahu ke?” Soal uminya lagi. Adli tertawa lagi. Uminya bijak menyerkap jarang. Dibiarkan persoalan itu tergantung di situ. Pantas dia bangun dari sofa empuk. Dicapainya beg saksofon sebelum menapak ke arah tangga menuju ke bilik. Uminya menggeleng sambil tersenyum.
            “Jangan lupa mandi!” Laung uminya.
            “O.K, mum...good night...Assalamualaikum!” Balas Adli.
***
            Azlina menghempas badan ke katil. Dia memandang ke kipas di syiling.
            Kenapalah aku menangis depan dia? Bodohnya aku!!!
            Mata dipejam rapat. Hatinya mulai dirundum perasaan bercampur baur. Mungkinkah sekarang ini Adli sedang tertawa sendirian, memikirkan kebodohannya menangis tadi? Ataupun mungkin juga persepsi pemuda itu terhadapnya berubah?
            Malas memikirkannya lagi, Azlina bingkas bangun. Dia menukar pakaian tidur, menggosok gigi dan membasuh kaki sebelum menapak semula ke katil. Dicapainya fail berisi tugasan mingguan para pelajarnya untuk ditanda. Sehelai demi sehelai dibelek, sedang matanya cuba membaca baris demi baris esei pelajarnya.
            Sesekali hatinya terdetik.
            Mengapalah dia tidak mendapatkan nombor telefon Adli? Tapi untuk apa? Dia seorang wanita dan perlu menjaga kesopanan dan ketimurannya. Seandainya dia yang meminta dahulu, pasti anggapan baik daripada Adli terhadapnya akan berubah! Ibarat perigi mencari timba! Tak mahulah!!!
             Tidak mahu menyukarkan keadaan, dia segera kembali kepada penandaan kertas. Dikumpul segenap perhatian dan mula membaca kembali. Tugasan utamanya harus didahulukan. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu mencampur-adukkan soal kerjaya dan peribadi. Tangannya pantas menanda dan membetulkan frasa yang ditulis oleh pelajarnya. Tanpa disedari, dirinya terlelap dalam lena...
***
            Sujud terakhirnya lama. Dia mengadu sepenuhnya pada Yang Maha Kuasa. Hatinya dikuasai gelora luar biasa buat kali ketiga. Ya Allah, jangan kau biarkan zina hati meresap ke segenap tubuhku ini! Kuserahkan segalanya padaMu!
            Tahiyat akhir ditunaikan sebaik mungkin. Dalam kedinginan pagi seawal jam empat, didirikan Qiamul-lail bagi mendambakan diriNya pada Allah. Pertemuannya dengan Azlina menyebabkan hatinya kembali berbunga namun dia tidak mahu terburu-buru. Dia tidak mahu gagal seperti sebelumnya. Diserahkan semuanya kepada Allah.
            Salam diberikan ke kanan dan kiri. Ada istighfar meniti di bibirnya. Jemarinya mengira butiran tasbih berwarna hitam yang terjalin pada benang putih. Dia tenggelam dalam alunan munajat pada Allah.
            Ya Allah, kupohon, kurayu, sentuhlah hatiku ini saat diriku jauh dariMu. Peluklah hati ini, saat ia mencintai sesiapa lebih dari diriMu. Peliharalah imanku selalu, teguhkanlah hatiku dalam mencari redhaMu. Sesungguhnya aku takut dan gerun seandainya Kau berpaling daripadaku! Alangkah ruginya daku! Alangkah dahsyatnya azabMu!!!

Thursday, October 29, 2009

NOVEL BERSIRI:MENCARI HUMAIRA' HATI

TUJUH

Azlina dan Adli diam seribu bahasa. Sesekali, lensa mata gadis itu melirik ke arah pemuda yang sedang fokus memandu. Wajahnya tidak menampakkan tanda-tanda marah, gembira, mahupun sedih. Ingin sekali gadis itu bertanyakan perihal di majlis tadi, namun suaranya terkedu di hujung bibir. Bimbang seandainya tersalah kata, cacian nista yang bakal menimpa. Adli sukar diduga tingkah lakunya.

“Aufa bekas tunang saya...” Seakan mengerti, Adli meluahkan sedikit bicara. Bulat biji mata Azlina mendengarnya. Dia berpaling ke kanan, memandang Adli.

“Serius?” Azlina menyoal.

“I’m damn serious...” Tegas Adli.

“Apa yang berlaku sebenarnya?” Soal Azlina lagi. Adli menghela nafas panjang. Pedih rasanya bila mana membuka kembali sejarah silam nan hitam. Sejarah yang menjadikan dia insan yang paling malang. Ditinggalkan begitu sahaja tanpa khabar berita.

“Aufa was my fiancée...she’s the perfect girl I ever met…but, now she’s somebody’s wife…it’s hard to forget the first love, right? Let bygone be bygone, Lina…” Nada suaranya seakan bersedih. Ada kesedihan yang sengaja diselam jauh ke lubuk hati. Azlina mengangguk perlahan, bersimpati dengan apa yang berlaku.

“Maaf sebab buatkan awak teringat kisah silam...saya perasan bila awak nyanyikan lagu di majlis tadi. Lagu yang telah meluahkan segala isi hati awak pada Aufa. Secara kebetulan, dia rakan saya. Tak sangka pulak dia dan awak pernah mempunyai hubungan...” Gadis itu menzahirkan bicaranya sambil memandang ke hadapan. Adli tersenyum nipis. Baginya, tiada apa lagi yang perlu dikenangkan. Biarlah Aufa berbakti dan bahagia bersama suaminya.

“You want to go home?” Soal Adli lagi.

“Ya...kenapa?” Azlina menyoal hairan.

“Want to have a drink with me?” Adli mempelawa. Gadis itu memerhatikan jam tangannya. Hampir pukul sebelas. Masih sempat untuk minum bersama Adli namun dia teringat kelasnya pada esok pagi. Dia harus bergegas ke UKM seawal jam sebelas pagi kerana pensyarahnya mengadakan kelas ganti.

“Sorry, I couldn’t make it...I’ve class at UKM tomorrow…” Balas Azlina, lembut.

“Tak apa...saya O.K. aja...lain kali, mungkin?” Pelawa Adli lagi. Azlina menunjukkan ibu jemari kanannya tanda setuju. Adli tertawa kecil sebelum menekan punat radio. Bergema suara juruhebah radio terkemuka di corong pembesar suara kereta. HotFM. Pantas Azlina menukar siarannya kepada FlyFM. Adli memandangnya sambil menjegilkan biji mata. Selambanya tukar siaran!

“I can’t understand the language...sorry...” Seloroh Azlina. Serentak mereka berdua tertawa. Kedengaran celoteh juruhebah dalam Bahasa Inggeris di radio. Mereka kembali senyap dan hanya mendengar lagu sahaja.

“Hey, this is my favourite song!” Ujar Azlina tiba-tiba tatkala mendengar lagu kegemarannya. Far Away-Nickelback. Spontan gadis itu melafazkan bait-bait lirik lagu Inggeris itu. Adli membiarkan sahaja gadis itu melayan perasaan. Telinganya mendengar setiap maksud yang cuba disampaikan melalui lagu itu.

I love you, I love you all along,

I miss you for being far away for far too long,

I keep dreaming you’ll be with me and you’ll never go,

I’ll stop breathing if I don’t see you anymore...

Entah bagaimana, Adli tertawa sendiri. Azlina tersentak dan memandang lelaki itu. Matanya dijegilkan sambil mengetap bibir. Adli memandangnya sambil tersenyum.

“What??” Adli berpura-pura menyoal.

“Awak gelakkan saya ya?” Soal Azlina, garang.

“Taklah...” Balas Adli, cuba berdalih.

“Ah, sudahlah kamu!” Ujar Azlina sambil bersandar. Disilangkan tangannya ke dada sambil melayan lagu kegemarannya. Adli tersenyum. Kuat merajuk juga Cik Azlina ni! Nampak gaya kenalah pujuk...

“Maaflah kalau awak terasa...tapi, jiwang juga awak ya!” Ujar Adli.

“Hidup kan jiwang...kadang-kadanglah...lagi-lagi time marking paper exam!”

“Ya...saya faham...saya pun pensyarah juga...” Usik Adli lagi. Azlina menghela nafas panjang. Semacam ada sesuatu yang cuba diselindungkan daripada pengetahuan Adli. Pemuda itu ingin bertanya, namun tidak tahu bagaimana harus memulakannya pula. Bicaranya terhenti di pinggiran kata.

“Allah tak akan menguji seseorang hambaNya sekiranya hamba itu tidak mampu untuk menyelesaikannya. Apa yang terjadi sepanjang hidup kita pasti ada hikmahnya. Kebijaksanaan diri menjadi pengukur sesebuah kejayaan. Jangan mengeluh sebelum tiba di pengakhiran...” Adli menyulam bicara falsafah. Azlina terdiam. Matanya terkelip-kelip memandang jalanan. Tanpa diduga, air matanya berlinangan. Empangan yang sekian lama bertakung di mata kini pecah semuanya.

“Sebenarnya saya paling tak suka orang menangis...tapi, kalaulah tangisan itu membuatkan awak lebih lega, silakan...” Ucap Adli lagi. Makin bertambah laju gadis itu menangis. Adli memperlahankan suara radio namun dihalang oleh Azlina.

“Let the song plays...” Ucapnya. Adli mengangguk tanda faham. Dia membelok ke persimpangan kawasan perumahan mereka. Tanpa diarahkan Azlina, Adli memacu kereta menuju ke rumah gadis itu. Dia sudah mengetahui lokasi rumah gadis itu. Keretanya berhenti betul-betul di pintu hadapan rumah pensyarah muda itu. Azlina segera mengesat air matanya.

“Alhamdulillah...dah sampai...” Ujar Adli. Dia menarik brek tangan sebelum memandang gadis itu. Azlina tersipu-sipu malu. Dia menarik nafas dalam-dalam dan mengawal emosinya. Pintu kereta dikuak keluar.

“Betullah umi saya cakap...” Ucap Adli tiba-tiba.

“Apa dia?” Soal Azlina, hairan.

“Orang perempuan ni, keras-keras kerak nasi. Kena air, lembutlah dia...”

“So???” Azlina kembali agresif.

“Selamat malam! Jumpa lagi...assalamualaikum!” Balas Adli, selamba. Azlina segera menapak keluar dari kereta. Ditutupnya pintu kereta dengan perlahan. Adli menurunkan cermin kereta.

“Macam mana awak nak ke UKM esok?” Soal Adli tiba-tiba.

“It’s none of your bussiness...” Balas Azlina, garang.

“OK...jaga diri ya...minta diri dulu...ada masalah, beritahu ya...” Ujar Adli sebelum memecut kereta memecah keheningan malam. Azlina menghantarnya dengan sorotan mata. Gadis itu menghela nafas panjang sebelum melangkah masuk ke rumahnya.

Friday, October 23, 2009

NOVEL BERSIRI:MENCARI HUMAIRA' HATI

ENAM

“Maaf terlambat!” Ucap Adli sebaik sahaja bertembung dengan Miss Ng di luar dewan utama majlis. Wanita Hokkien itu menggelengkan kepalanya. Mereka kesuntukan masa. Cuma tinggal lima belas minit sebelum majlis bermula.

“OK...cepat tukar baju. I dah sediakan di bilik persalinan. Lagi satu, malam ni persembahan nyanyian tak ada tau! Penyanyi hotel kita sakit pulak. So, you kena incharge untuk persembahan masa makan...” Ujar Miss Ng. Adli terkesima. I’m going to in charge the performance???

“Tapi...saya tak prepare apa-apa pun! Macam mana?” Soal Adli.

“Haiya! You banyak pandai punya orang...cakap-cakap sikit, lepas tu kasi main itu lagu. Banyak senang ma!” Miss Ng cuba meyakinkan. Dia mengisyaratkan ibu jari kanannya sebelum menapak pergi. Adli tercengang. Biar betul Miss Ng ni...

* * *

“Apasal you tak naik kereta adik I? When my sister told me that you won’t come with her, I was so worried! Nasib baik you sampai!” Ucap Aufa Liyana sambil bersalaman dan berlaga pipi dengan Azlina. Gadis itu tersenyum mendengarnya.

“Actually, I came here with my friend as he also in the same direction...”

“Dia datang ke wedding ni jugak?” Soal Aufa lagi.

“Tak tau...lepas hantar I, dia terus pergi...” Nadanya sedikit menurun.

“Sedih? Jatuh cinta lagi ya?” Usik Aufa lagi. Pantas Azlina mencubitnya. Geram!

“No I’m not! By the way, congratulations for your wedding...” Ucap Azlina.

“Terima kasih...I pun dah lama rancang persandingan ni...nikahnya dah, sandingnya belum lagi...I have to go, nanti kita berborak panjang lagi tau!” Ucap Aufa Liyana sebelum berlalu pergi. Azlina mengukir senyuman sambil menghantar temannya itu dengan sorotan mata.

Perlahan-lahan dia menapak menuju ke meja bulat yang dihias indah. Beberapa orang tetamu sedang berbual. Mungkin saudara-mara atau sahabat-handai Aufa yang tidak dikenalinya. Hanya senyuman sebagai penyeri di wajahnya.

Baru sahaja hendak menarik kerusi, dia telah ditolak dari belakang. Mujur dia tidak tersungkur. Pantas sahaja dia berpaling. Seorang pemuda berpakaian sut putih memohon maaf sebelum berlalu pergi. Azlina terpinga-pinga.

Adli???

Mahu sahaja dilaung nama keramat itu, namun lidahnya beku serta-merta. Dibiarkan sahaja Adli meredah lautan manusia yang sedang berbicara dan bergelak-ketawa. Hatinya tertanya-tanya, mengapa Adli berada di majlis itu?

Pengacara majlis memulakan persandingan. Beberapa jenaka diselitkan untuk tidak menjadikan majlis tampak hambar. Konsep majlis persandingan itu ala Timur Tengah, santai dan bersahaja. Melihat sahaja hiasan dan dekorasi, sudah tentu menelan belanja yang amat tinggi. Beruntung Aufa bersuamikan ahli perniagaan! Hadirin dijemput untuk mengambil makanan secara bufet yang tersedia di kanan dan kiri pentas utama. Azlina membiarkan sahaja orang lain mengambil makanan terlebih dahulu. Bila mana sudah reda, barulah dia bergerak untuk mengambil makanan.

“Hadirin sekalian, majlis dengan ini mempersembahkan penghibur kita, Mr. Saiful dengan alunan saksofonnya yang bakal memukau kita! Dipersilakan!” Pengacara mula mengumumkan persembahan daripada seorang pemuzik. Azlina buat acuh tak acuh sahaja bila mana mendengarnya. Namun, tatkala memandang pentas utama, dia tergamam!

Adli bersut putih dan berkaca mata perang gelap dilihat menyusun langkah ke pentas sambil memegang saksofon! Terkejut bukan kepalang Azlina melihatnya. Adli memberikan salam sebelum memberikan isyarat tangan. Lagu mula berkumandang, dan saksofon dialunkan penuh memukau. Kesemua hadirin terkesima melihat pemuda bersut putih itu. Azlina tidak jadi mengambil makanan. Dikeluarkan kamera digital dari beg tangannya sebelum mengambil beberapa gambar persembahan. Kekagumannya pada pemuda itu semakin menebal.

Usai membuat satu persembahan, Adli mula berceloteh.

“Maaf kerana sepatutnya malam ini anda juga akan dihiburkan dengan teman saya tetapi memandangkan dia kurang sihat, maka saya akan menggantikan tempatnya. Selamat pengantin baru diucapkan kepada kedua-dua mempelai iaitu...” Adli terpinga-pinga. Dia mencari-cari isyarat daripada Miss Ng. Kelihatannya Miss Ng sedang menghalakan tangannya ke arah kain rentang utama. Adli membacanya, namun tergamam sejenak.

MAJLIS PERSANDINGAN AUFA LIYANA & EZMIR MOUSSA

Bagaikan dipanah halilintar, hatinya seakan terbakar. Jiwanya seakan ditusuk dengan bilahan pedang tajam secara menggila! Subhanallah! Dia tidak menyangka akan melakukan persembahan di majlis persandingan Aufa, gadis yang pernah mengikat janji bersamanya dahulu! Ya Allah, apakah ujianMu kali ini? Selalunya dia akan memeriksa terlebih dahulu majlis yang dijadualkan melalui Miss Ng, namun Allah memberikan dia lupa.

Pantas sahaja dia memandang Aufa Liyana yang sedang menjamu selera bersama suaminya di pentas pengantin. Nyata, gadis itu terkesima dengan kehadirannya. Adli tidak mudah melatah. Dia perlu bersikap profesional.

“Tahniah kepada pasangan pengantin baru...Aufa...Aufa Liyana dan Ezmir. Moga-moga kekal hingga ke anak cucu...dan sebagai lagu kedua, terimalah...My Baby You by Mark Anthony...I dedicate this song to the bride...hope you enjoy it...” Adli meneruskan bicaranya. Dia memberikan isyarat kepada pengawal audio untuk memutarkan minus one salah satu lagu pilihannya.

As I look into your eyes

I see all the reasons why

My lifes worth a thousand skies

You’re the simplest love Ive known

And the purest one Ill own

Know you’ll never be alone

My baby you

Are the reason I could fly

And cause of you

I dont have to wonder why

Baby you

Theres no more just getting by

Youre the reason I feel so alive

Though these words I sing are true

They still fail to capture you

As mere words can only do

How do I explain that smile

And how it turns my world around

Keeping my feet on the ground

I will soothe you if you fall

Il be right there if you call

Youre my greatest love of all

Arianna I feel so alive

Matanya digenangi air, namun terselindung di sebalik kaca mata perangnya. Adli masih tersenyum, menyembunyikan rasa hati yang lukanya ditarah kembali. Adli masih mampu mengalunkan suara. Dia berjalan perlahan sambil menyanyi dengan penuh bertenaga. Biar Aufa Liyana mengerti hati insan yang telah lama ditinggalkannya.

“Terima kasih...selepas ini saya akan mengalunkan irama sentimental khas buat anda semua dan pengantin baru kita...” Ucap Adli usai menyanyikan lagu. Dia mencapai kembali saksofonnya sebelum memberikan isyarat. Bergema tiupan mempersona, memecah hingar-bingar dewan persandingan. Aufa Liyana terkesima mendengar lagu yang disampaikan Adli.

* * *

“Adli! Tunggu!” Laung Aufa Liyana sewaktu melihat Adli melangkah ke luar pintu utama. Adli berpaling, tampak bersahaja. Disembunyikan mata di sebalik kaca mata perangnya. Aufa Liyana berhenti di hadapan pemuda itu.

“Aufa tak tahu yang Adli akan buat...”

“Dah menjadi tanggungjawab saya, cik...err...puan...!” Sindir Adli.

“Adli...Aufa nak minta maaf...Aufa nak jelaskan...”

“Tak perlu nak jelas apa-apa, puan...dah memang tugas saya sebagai penghibur. Saya dibayar oleh pihak pengurusan hotel untuk bermain alat muzik di sini. Saya balik dahulu...sampaikan salam pada Ezmir...” Adli menapak perlahan meninggalkan pengantin perempuan yang anggun dalam busana pengantin berwarna kuning emas. Aufa Liyana menghela nafas panjang. Dia ingin menjelaskan segala-galanya namun pemuda itu tidak mahu mendengarnya.

Adli menapak menuju ke keretanya. Dia membuka bahagian belakang kereta dan meletakkan saksofonnya ke dalam. Kelihatan seseorang sedang merapatinya dengan senyap.

“So, you’re a saxophonist! What a nice performance just now!” Sapa Azlina.

“Terima kasih...dah memang tugas saya...pergi dulu...” Balas Adli.

“Tak nak tumpangkan saya?” Azlina mengukir senyuman manja. Adli mengerutkan dahi sebelum tertawa kecil. Dia menapak ke hadapan sambil membuka pintu kereta.

“Dipersilakan dengan hormatnya, tuan puteri...!” Seloroh Adli.

“My pleasure!” Balas Azlina. Mereka ketawa bersama-sama. Azlina memasuki kereta sebelum Adli menutup pintunya. Ada senyuman di wajah pemuda itu saat menapak ke pintu kereta pemandu. Azlina hadir di saat hatinya terluka kembali, memberikan keceriaan dalam jiwanya. Enjin kereta dihidupkan dan dipacu memecah kedinginan malam...

Tuesday, October 20, 2009

NOVEL BERSIRI: MENCARI HUMAIRA' HATI

LIMA
Being a Humaira’ is not easy 
Need a lot of sacrifices, patience and strengths 
Respect anyone that you meet 
As you want them to respect you!
Azlina terbaring kelesuan. Jam di dinding menunjukkan angka 7:30 malam. Semalam, berakhir sudah hari-hari yang memenatkan. Mengajar hampir 20 jam seminggu membuatkan dia harus tabah dan bersabar. Ditambah pula dengan tugasan yang perlu disiapkan untuk ijazah sarjananya, gadis itu terkadang lelah dengan suasana.
Usai membersihkan diri, gadis itu menghadap cermin solek. Dia perlu bersiap untuk menghadiri majlis persandingan salah seorang temannya. Awalannya dia enggan untuk memenuhi jemputan persandingan temannya. Namun setelah dipujuk temannya itu, dia akur. Ditangguhkan sementara beberapa tugasan yang sepatutnya disiapkan pada malam itu untuk beberapa ketika. Buat pertama kalinya dia pulang seawal itu ke rumah.
Gadis itu mengeringkan rambutnya menggunakan tuala sedang fikirannya menerawang. Entah mengapa, dia asyik teringatkan nombor plat motosikal Adli. Ada sesuatu yang mendebarkan jantungnya saat memikirkan Adli. Maha Suci Allah yang mengatur setiap perjalanan hidup hambaNya.
Selesai mengeringkan rambut, dia menapak menuju ke almari pakaian. Dicubanya beberapa baju yang sesuai untuk dipakai ke majlis persandingan temannya. Sedang dia mencuba pakaian, telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej dihantar kepadanya. Pantas Azlina mencapai telefon bimbitnya lantas dibaca mesej yang dihantar.
Dont be late...
There’s something special...
Lain dari yang lain tau!
Adik I akan datang untuk ambil you...
Azlina tersenyum sendirian. Entah apa yang istimewa sangat hingga temannya itu beria-ia mahu dia mendatangi majlis persandingan. Diadakan di hotel, sememangnya menjanjikan sesuatu yang istimewa. Khabarnya, temannya itu dinikahi oleh seorang lelaki asing. Berstatus tinggi dan berharta. Untungnya dia! Terkadang, Azlina mencemburui teman seperjuangan yang sudah melangsungkan perkahwinan. Kebanyakannya gembira dengan kehidupan bersama insan yang tercinta.
Namun dia? Masih menanti hari-hari mendatang. Pernah sekali dia meminta untuk berkahwin usai mendapat ijazah sarjana muda namun dihalang keluarga. Akur dengan kehendak ayah dan ibu, dibiarkan sahaja cintanya terkubur jauh di sudut hati. Untuk menggalinya kembali, memerlukan masa yang panjang! Malas rasanya hendak menyulam cinta lagi. Serik!
Azlina mencapai sejadah yang tersangkut di rak pakaian. Waktu semakin suntuk dan dia harus melaksanakan kewajipannya pada agama dahulu. Itu yang ditanam oleh ibu dan bapanya sedari kecil.
Tepat jam lapan malam, dia menapak ke arah perhentian bas untuk menunggu kedatangan adik temannya. Maklumlah, kereta sedang dibaiki, jadi kenalah ambil dan hantar pulang menggunakan ‘driver’! Itu yang dikhabarkan kepada temannya dan nyata sekali dia bersetuju. Berpakaian jubah ringkas berwarna biru laut, bertudung litup ala Wardina dan berseluar putih, Azlina tampak anggun dan bergaya.
Sampai sahaja di perhentian bas, dia duduk di atas kerusi sambil menunggu. Sesekali dia melirih ke arah jam tangan. Waktu dirasakan lambat berlalu. Bosan, keseorangan, agak bahaya bagi gadis sepertinya mentelah pada waktu malam begitu!
Dari jauh, kelihatan sepasang lampu kereta mewah semakin menghampiri perhentian bas itu. Awalannya Azlina buat acuh tak acuh sahaja. Mungkin kereta yang lalu-lalang di sekitar jalan utama itu. Bila mana kereta itu berhenti di perhentian bas, Azlina mulai gelisah. Perasaan takut bercampur risau bergelumang di benak hatinya.
Tingkap kereta diturunkan.
“You lagi???” Azlina terperanjat. Adli tertawa kecil.
“Awak nak pergi mana lawa-lawa ni?” Soal Adli.
“It’s none of your business!” Getus Azlina, garang.
“Amboi, garangnya...kalau nak, saya boleh hantarkan...” Pelawa Adli. Azlina mencebikkan bibir. Malas melayan lelaki yang baru sahaja dikenalinya itu. Dia memandang ke tempat lain. Egonya ditinggikan serta-merta.
“Tak nak naik kereta buruk saya ni ke?” Keluh Adli. Azlina tidak membalas.
“Kalau macam tu tak apalah...tapi jaga-jaga tau, malam macam ni ada banyak kutu rayau. Kalau kena kacau, pandai-pandailah protect diri ya...pergi dulu!” Ucap Adli.
“Nanti! I’ll come with you!” Pantas Azlina memotong. Dia segera menapak menuju ke bahagian tempat duduk belakang dan menerobos masuk. Adli tersenyum simpul. Gadis itu memang kelakar! Kereta dipacu laju menuju ke bandar Melaka.
“Cik nak ke mana?” Soal Adli dalam nada bergurau.
“Hotel Renaissance…” Balas Azlina, ringkas. Adli tertawa kecil. Hatinya senang menyakat gadis yang baru dikenalinya itu. Secara kebetulan dia melalui jalan itu, tidak salah kalau ditumpangkan sekali. Kelihatan Azlina sedang menaip mesej pada telefon bimbitnya. Adli melihat menggunakan cermin di tengah kereta.
“Beritahu pada boyfriend awak, saya takkan buat apa-apa yang mengarut...”
“Excuse me! For God’s sake, I’m not messaging my boyfriend! I don’t have any! I’m messaging my friend as I’m waiting for her just now. She wants to pick me up. But then, you came to me with your car...and you’ve threatened me about that ‘kutu rayau’ and what so ever! Urghhh! That’s so rude!!!” getus Azlina. Bulat matanya saat dia meluahkan geram.
“Jadi, salah sayalah ni?” Seloroh Adli lagi sambil tersenyum.
“Ya! Salah awak! It’s your fault!” Balas Azlina, geram.
“O.K...saya minta maaf ya, Cik Lina...” Adli memulang paku buah keras. Azlina menjegilkan biji mata. Ah, geramnya pada pemuda itu, Tuhan saja yang tahu! Sudahlah menyakat orang, lepas tu nak pura-pura baik! Menyampah!
Selang lima minit, mereka tidak berbicara. Adli membiarkan sahaja gadis itu memulakan bicara. Sesekali dia memandang ke belakang menggunakan cermin kereta hadapan. Azlina kelihatannya tidak begitu berminat untuk berbual. Dia memandang ke luar tingkap kereta. Wajahnya masam. Menyedari dirinya diperhatikan, Azlina memandang ke arah cermin hadapan. Pantas Adli memandang ke hadapan, berpura-pura fokus pada pemanduan.
Belum sempat bicara diluah, telefon bimbit Adli berbunyi. Mujur dia memakai fon telinga, mudah baginya untuk menjawab panggilan.
Miss Ng calling...
Adli menekan butang hijau pada papan kekunci telefon bimbitnya.
“I’m on my way, miss...Around ten minutes...” Ujarnya. Kedengaran suara dari hujung talian namun tidak jelas. Berkerut dahi Azlina melihat gelagat Adli. Beberapa jawapan ‘yes’ diberikan sebelum talian dimatikan. Pemanduan difokuskan kembali. Matanya melirih ke cermin hadapan. Nyata, Azlina sedang memandang ke arah tempat yang sama. Pandangan mereka bertemu sebelum Adli segera mengalihkan pandangan!
“Kenapa awak suka kacau saya?” Soal Azlina tiba-tiba.
“Maksud awak?” Soal Adli, hairan.
“Yalah...kita kenal tak sampai sehari, awak dah buat macam-macam pada saya. Tegur di restoran, ambil saya di perhentian bas. Saya pun pelik. Bila fikir-fikir, awak ni betul ke tak? Err...maksud saya...”
“Awak anggap saya tak betul, ek? Oh...patutlah...” Adli terhenti di situ.
“Bukan! Bukan! What I mean is you’re not...”
“It’s okay, Miss Azlina...I accept it as a compliment!” Potong Adli sambil tersenyum. Dia tidak mahu menyambung bicara lagi. Kereta dipacu memasuki perkarangan hotel. Sampai sahaja di lobi, seorang penyambut tetamu membukakan pintu kereta. Azlina keluar dari perut kereta dengan perlahan. Pelayan tersebut menjemputnya masuk sambil menutup kembali pintu kereta. Belum sempat dia berterima kasih kepada Adli, pemuda itu telah memecut meninggalkan lobi hotel. Terkesima Azlina serta-merta. Nampaknya Adli sangat terasa. Langkahan disusun memasuki hotel mewah itu...
Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati...
***

Sunday, October 18, 2009

NOVEL BERSIRI:MENCARI HUMAIRA' HATI

EMPAT
            Kamar hatiku sekian lama
            Suram dan sepi kekosongan
            Aku mencari insan sejati
            Untuk menemani hidupku...
            Adli membuang fikiran jauh ke arah samudera luas. Di bawah pohon sena, dia duduk memerhatikan alam ciptaan Tuhan. Sesekali fikirannya menerawang mengenangkan Azlina, gadis yang baru dikenalinya pagi tadi. Ada senyuman meniti di bibir pemuda itu.
Kelakar.
Memikirkan gelagat Azlina, matanya yang membulat saat bertemu, kesungguhannya melontar bicara, senyuman, dan kepetahannya berbicara dalam lughah English sangat menarik minat hatinya. Pasti gadis itu bukan jenis yang lemah-lembut. Tampak pandai berdikari dan ‘gila kerja’, mungkin. Maha Suci Allah yang mentakdirkan pertemuan manusia. Dia dipertemukan dengan Azlina saat hatinya luka dihiris cinta palsu dua manusia yang berjanji untuk mengikat janji.
Sebelum bertemu Aina, hati terpesona pada gadis bernama Aufa Liyana.
Gadis lemah lembut dan bersuara lunak itu ditemuinya sewaktu alam persekolahan lagi. Bermula dengan perkenalan biasa, akhirnya membawa kepada pertunangan dan perjanjian yang lebih serius. Mereka mengikat cinta lapan tahun lamanya. Malah, dikurniakan Allah memasuki universiti yang sama, namun berbeza lapangan. Aufa mengambil jurusan pergigian manakala dia dalam jurusan agama. Aufa ditakdirkan melanjutkan pelajaran ke Jordan atas tajaan universiti sendiri. Enam tahun Adli menunggu dengan cinta setianya kepada Aufa.
Aufa bukan gadis biasa. Memiliki ciri-ciri wanita idaman yang diidamkannya. Cantik, bijak, bermata ala-ala gadis Arab-Syria, lemah-lembut, Aufa dirasakan bagai bidadari syurgawi yang diutuskan Allah untuk menjadi permaisuri di hati Adli.
Semuanya berjalan seperti biasa. Merisik, meminang, pertunangan dirancang dan berjalan dengan baik. Mereka juga telah sama-sama membeli barangan perkahwinan dan mengira hari untuk disatukan. Namun, semua itu dalam perkiraan Yang Maha Esa. Manusia merancang, namun hanya Dia yang layak menentukannya.
Seminggu menjelang perkahwinan, Adli dikejutkan dengan kedatangan seorang manusia bernama Ezmir. Lelaki dari Pulau Pinang itu menemuinya di rumah dan di situlah bermula segala kemusnahan pertama. Ezmir merupakan seorang ahli perniagaan berketurunan Lubnan dan telah lama menginginkan Aufa sebagai isteri. Katanya, dia bertemu Aufa sewaktu di Jordan. Dari situ, timbul keinginan hatinya untuk memperisterikan Aufa dan telah bertunang dengannya. Namun, bila sampai di Malaysia Aufa hilang khabar berita. Baru saat itu Ezmir tahu mengenai Adli dan segera bertemu.
Terkejut bukan kepalang Adli mendengar, namun wajahnya dikawal biasa. Dia meminta Ezmir supaya pulang dan akan menyelesaikan masalah itu secepat mungkin. Dalam Islam, haram mengambil tunangan orang lain. Dia masih ingat sewaktu berbincang dengan uminya. Kata umi, semua keputusan di atas tangan Adli.
Bingung, sedih, semuanya bermain di fikiran pemuda itu.
Dua hari berselang, Aufa ditelefonnya untuk bertanyakan perihal Ezmir. Namun, tiada jawapan. Geram, Adli mendatangi rumah Aufa. Nyata, tiada apa yang tinggal di situ. Ezmir telah memulakan langkahannya dengan pantas. Aufa dinikahinya terus dan dibawa pulang ke Lubnan. Remuk-redam hati Adli mendengar. Di atas sejadah cinta, Adli meluahkan segala-galanya kepada Allah Taala. Tiga malam dia merayu, meraung, mengadu di hadapan Tuhannya. Dia tahu, perancangan Allah lebih baik namun hatinya tidak mampu dipujuk lagi. Uminya menangis melihat penyeksaan anaknya.
Adli melihat jam di tangan. Sudah masuk jam enam petang. Dia harus pulang sekarang kerana malamnya dia mempunyai tugas lain. Dia harus melakukan persembahan di Hotel Renaissance pada malam ini. Pantas disusun langkahan menuju ke motosikal. Enjin dihidupkan dan pantai ditinggalkan bersama nostalgia lamanya...
Hanya kuharap keikhlasan
Dan kurindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan
Mengasihimu dikasihi
Menyayangimu disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati...

NOVEL BERSIRI:MENCARI HUMAIRA' HATI

TIGA
Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabdaMu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padaMu...
-KETIKA CINTA BERTASBIH-
“Makan seorang saja?” Sapa Adli sambil mengukir senyuman. Azlina terperanjat. Terkebil-kebil matanya memandang pemuda itu. Entah dari mana datangnya, tahu-tahu saja sudah menegur orang yang sedang makan. Azlina buat acuh tak acuh sahaja. Jual mahal!
“Maaflah kalau awak terasa pasal pagi tadi...” Ujar Adli sambil menarik kerusi. Dia melabuhkan punggung di hadapan gadis yang sedang menikmati hidangan tengah harinya. Azlina masih membisu, leka menikmati nasi ayam dan teh aisnya. Semakin lama, semakin laju dia menjamah makanan.
“Tak faham Bahasa Melayu ya? I’m so sorry...” Usik Adli lagi. Kali ini, Azlina mengangkat wajah. Matanya memandang geram pemuda di hadapannya.
“Excuse me! Saya ni pun orang Melayu jugak...walaupun mengajar English, tak bermaksud saya lupakan terus bahasa ibunda saya!” Nadanya ditinggikan. Adli tertawa kecil. Alhamdulillah, akhirnya gadis itu bersuara.
“Kenapa ketawa? Is it funny?” Getus Azlina, geram. Pantas Adli mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda menyerah diri. Seorang pelayan mendatanginya untuk mengambil pesanan makanan dan minuman.
“Saya nak pesan makanan dan minuman yang sama dengan cik adik ni...” Ujar Adli. Pelayan itu melihat sejenak ke arah Azlina sebelum mengangguk perlahan. Dia berlalu pergi meninggalkan dua insan itu. Adli memandang Azlina dengan senyuman. Gadis itu tidak membalas. Masam mencuka wajahnya.
“Nama saya Saiful Adli, umur 26 tahun, asal daripada Perak, bekerja sebagai pensyarah agama di UiTM...saudari pula?” Adli memulakan kembali taarufnya. Azlina masih membisu. Minuman disedut menggunakan penyedut minuman dengan selamba. Malas melayan pemuda yang tak sedar diri itu. Nama sahaja pensyarah agama, tapi perangai langsung tak mencerminkan diri sebagai ustaz. Pakaiannya biasa saja!
“Saya tahu awak menilai saya dari pakaian, kan? Saya faham...Tapi, agama tak mengajar kita untuk melampaui batas. Cukuplah bersederhana dalam apa jua sekalipun. Saya hanya berpakaian kemeja dan seluar slack, namun di dalam seluar ni masih terselit kopiah...” Ujar Adli sambil mengeluarkan kopiahnya. Tergamam sejenak Azlina.
“Kalau tak pakai kopiah, maksudnya tak boleh bercakap soal agama? Tak boleh nak menegur orang yang buat maksiat? Tak boleh nak sampaikan dakwah? Macam tu?” Adli bersuara lagi. Kali ini, Azlina benar-benar tergamam. Benar, hujahnya jelas menampakkan dia seorang guru agama. Kelu lidah gadis itu untuk berbicara.
“Jangan melihat pada zahir orang yang bercerita soal agama, tapi lihatlah pada kebenaran yang dibawakannya...” Adli mengakhiri perbualannya dengan nada tegas. Dia bingkas bangun lalu bergerak ke kaunter pembungkusan makanan. Pesanan tadi mahu dibungkus. Azlina terkesima. Tidak tahu apa yang harus dilakukannya ketika ini.
“Assalamualaikum...” Adli memberikan salam sebelum berlalu pergi. Tangannya menjinjing plastik merah berisi makanan dan minuman. Azlina memandangnya dengan sorotan mata. Ah, serba salah dibuatnya! Adli memakai topi keledar dan menghidupkan enjin motosikal. Senyuman tiada terukir seperti selalu di bibirnya. Wajah pemuda berjanggut tegak di dagu itu masam mencuka!
CBK 5264.
Sepantas kilat gadis itu menghafal nombor plat motosikal Adli. Dia tahu, Adli berkemungkinan tinggal di kawasan perumahan yang sama dengannya. Akan dicari rumah pemuda itu untuk memohon maaf seandainya diberikan peluang. Namun, bisakah seorang wanita sepertinya mendatangi rumah pemuda itu hanya untuk memohon maaf? Ah, susahnya begini! Memikirkan kata-kata Adli tadi, hatinya gementar saat diperingatkan tentang agama. Kedengaran ngauman motosikal Adli dari jauh. Azlina termangu sambil memutar sudu nasi di dalam pinggannya.
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menantap
Sujud syukur padaMu atas segala cinta!

Thursday, October 15, 2009

MENCARI HUMAIRA' HATI

DUA

CINTA tidak akan dapat jika tak dicari,

CINTA tidak akan dapat jika tak memberi,

Mencari biarlah pada yang SUDI,

Bukan meminta pada yang SIMPATI,

“Sorry, I’m late...” Ucap Azlina sambil meletakkan buku dan fail di atas meja hadapan kelas. Seisi kelas kehairanan. Apa tidaknya, jarang sekali pensyarah kesayangan mereka itu lewat ke kelas. Pantas dikeluarkan kertas kehadiran lalu diedarkan kepada anak didiknya.

“What happened to you?” Soal Nora Atikah atau mesra dengan panggilan I-ka.

“My car broke down just now...I’ve to take taxi...” Balas Azlina.

“Miss, what about our listening test?” Soal Ezzy Shahiza.

“I’ll do it tomorrow...” Balas Azlina, tampak kepenatan.

“Ala...orang dah bersemangat, tak jadi pulak! Kalau tau tadi tak payah susah-susah bangun pagi...” Keluh Radin Mohd Rafiquzzaman, mahasiswa berambut Mohawk. Pantas saja Azlina memandangnya dengan jegilan mata.

“What did you say, Radin???” Lantang suaranya menyoal.

“Hehe...it’s nothing, miss. Just joking around...” Radin tersenyum simpul. Azlina menggelengkan kepala. Dilepaskan sejenak kepenatan saat duduk di atas kerusi. Entah mengapa, fikirannya menerawang memikirkan lelaki bernama Adli tadi. Ustaz Adli. Ada sesuatu yang memancing pemikirannya namun dibuat endah tak endah sahaja. Baginya, tanggungjawab mendidik anak bangsa lebih penting. Diselak helaian demi helaian buku rujukan, mencari halaman yang telah ditandakannya malam tadi bagi memulakan pengajarannya. Selesai menyemak, diperhatikan seisi kelas.

“Where are the others? They should be here by now…” Soal Azlina, hairan.

“Biasalah miss...kelas pagi...” Qadri, ketua kelas membalas. Azlina menghela nafas panjang. Dia melihat jam di tangannya. 8:35 pagi. Kelas sepatutnya dimulakan jam 8:30 pagi. Dilihat pula anak didiknya yang masih ‘layu’ dan tak bermaya. Pastinya mereka masih belum bersarapan.

“OK...if you guys want to have breakfast, you may go now. But please make sure come back to class at 8:50...” Azlina memberikan arahan. Kesemuanya mengangguk dan mula bergerak keluar. Hanya tinggal beberapa orang pelajar yang masih menaip sesuatu di laptop masing-masing, tidak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk melelapkan mata. Azlina kembali duduk. Ditulis nota ringkas di atas kertas menggunakan pena hitam. Beberapa ketika berlalu, sebelum dia keluar dari kelasnya menuju ke tandas...

***

“HAI, lambat hari ni? Selalunya awal dari aku lagi...” Usik Zulkarnain sewaktu memarkir motosikal. Adli tersenyum simpul. Disangkutkan topi keledar ke cermin sisi motosikal sebelum menyisir rambutnya yang agak kusut.

“Biasalah...manusia tak semuanya sempurna, kan?” Balas Adli.

“Amboi, pagi-pagi dah bagi tazkirah?” Sindir Zulkarnain.

“Taklah...sekadar mengingatkan diri...kau pula, macam mana boleh datang awal ni?” Soalan Adli membuatkan Zulkarnain tersenyum. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Adli sudah dapat mengagak. Pastinya keluar awal bersarapan bersama Hannan lagi.

“Kalau dah sempurna semuanya, nikahlah terus! Kan senang...” Usik Adli.

“Ish, belum masanya lagi! Tak bersedia nak tamatkan zaman bujang...”

“Eleh, alasan! Aku bukannya baru sehari dua kenal kau. Dah lima tahun, Zul. Dah masak sangat dengan perangai kau. Kadang-kadang, kesian aku tengok si Hannan tu. Duk menunggu kau masuk meminang dia...” Adli memulang paku buah keras. Zulkarnain tertawa kecil. Dia mengusap bahu teman baiknya.

“Kau tu...bila lagi? Putus tunang dua kali tak bermakna gagal...” Ujar Zulkarnain.

“Siapalah nak pada aku ni? Dua kali ‘menduda’...” Balas Adli.

“Duda sebelum kahwin...!” Seloroh Zulkarnain sebelum kedua-duanya tertawa bersama. Mereka menapak menuju ke bangunan utama universiti. Kelihatan para mahasiswa dan mahasiswi UiTM mulai membanjiri kelas dan dewan kuliah. Hari Isnin dimulakan dengan penuh ceria dan senyuman. Disulami semangat dan kekuatan diri bagi memperkasakan ilmu dan mencari keagungan Allah, Pencipta Alam Semesta.

Zulkarnain meminta diri setibanya di laluan gajah menyusur. Dia mahu ke pejabat utama terlebih dahulu bagi menyelesaikan urusan. Adli menapak perlahan. Menyelusuri bangunan yang menempatkan kelas-kelas, Adli mulai terfikirkan gadis yang ditemuinya sebentar tadi. Jika difikirkan kembali, entah mengapa dia memberhentikan motosikalnya untuk menegur gadis itu. Entah apa yang merasuk hatinya untuk berbicara, padahal dia bukanlah peramah untuk berbual apatah lagi dengan perempuan yang tidak dikenalinya. Lirikan mata, cara gadis itu melontarkan kata-kata membuatkan dia kagum. Kekaguman apakah ini?

Belum sempat akalnya mentafsir, matanya memandang sekujur tubuh yang baru keluar dari tandas di hadapannya. Dia terhenti, begitu juga dengan gadis di hadapannya. Adli tergamam. Di belakang Azlina kelihatan beberapa orang mahasiswa dan mahasiswi sedang memandang mereka berdua.

“Hey, it’s you again!” Terpacul keluar kata-kata itu dari bibirnya. Adli mengukir senyuman. Dia tidak membalas, tetapi melangkah dengan senyuman biasa. Azlina mengerutkan dahi. Tadi bukan main galak tegur aku, sekarang buat-buat tak tahu pulak? Sombong bukan main...menyampah! Ustaz apa macam tu???

“Jangan menilai seseorang dari luaran...!” Laung Adli dari jauh, seakan memahami. Azlina tergamam. Wajahnya terkejut besar. Lelaki itu seakan mengerti apa yang diucapkan di dalam hati!

Tercipta engkau dari rusuk lelaki

Bukan dari kaki untuk dialasi

Bukan dari kepala untuk dijunjung

Tapi dekat di bahu untuk dilindung

Dekat jua di hati untuk dikasihi

Engkaulah wanita hiasan duniawi...

###