Digital clock

Sunday, October 18, 2009

NOVEL BERSIRI:MENCARI HUMAIRA' HATI

EMPAT
            Kamar hatiku sekian lama
            Suram dan sepi kekosongan
            Aku mencari insan sejati
            Untuk menemani hidupku...
            Adli membuang fikiran jauh ke arah samudera luas. Di bawah pohon sena, dia duduk memerhatikan alam ciptaan Tuhan. Sesekali fikirannya menerawang mengenangkan Azlina, gadis yang baru dikenalinya pagi tadi. Ada senyuman meniti di bibir pemuda itu.
Kelakar.
Memikirkan gelagat Azlina, matanya yang membulat saat bertemu, kesungguhannya melontar bicara, senyuman, dan kepetahannya berbicara dalam lughah English sangat menarik minat hatinya. Pasti gadis itu bukan jenis yang lemah-lembut. Tampak pandai berdikari dan ‘gila kerja’, mungkin. Maha Suci Allah yang mentakdirkan pertemuan manusia. Dia dipertemukan dengan Azlina saat hatinya luka dihiris cinta palsu dua manusia yang berjanji untuk mengikat janji.
Sebelum bertemu Aina, hati terpesona pada gadis bernama Aufa Liyana.
Gadis lemah lembut dan bersuara lunak itu ditemuinya sewaktu alam persekolahan lagi. Bermula dengan perkenalan biasa, akhirnya membawa kepada pertunangan dan perjanjian yang lebih serius. Mereka mengikat cinta lapan tahun lamanya. Malah, dikurniakan Allah memasuki universiti yang sama, namun berbeza lapangan. Aufa mengambil jurusan pergigian manakala dia dalam jurusan agama. Aufa ditakdirkan melanjutkan pelajaran ke Jordan atas tajaan universiti sendiri. Enam tahun Adli menunggu dengan cinta setianya kepada Aufa.
Aufa bukan gadis biasa. Memiliki ciri-ciri wanita idaman yang diidamkannya. Cantik, bijak, bermata ala-ala gadis Arab-Syria, lemah-lembut, Aufa dirasakan bagai bidadari syurgawi yang diutuskan Allah untuk menjadi permaisuri di hati Adli.
Semuanya berjalan seperti biasa. Merisik, meminang, pertunangan dirancang dan berjalan dengan baik. Mereka juga telah sama-sama membeli barangan perkahwinan dan mengira hari untuk disatukan. Namun, semua itu dalam perkiraan Yang Maha Esa. Manusia merancang, namun hanya Dia yang layak menentukannya.
Seminggu menjelang perkahwinan, Adli dikejutkan dengan kedatangan seorang manusia bernama Ezmir. Lelaki dari Pulau Pinang itu menemuinya di rumah dan di situlah bermula segala kemusnahan pertama. Ezmir merupakan seorang ahli perniagaan berketurunan Lubnan dan telah lama menginginkan Aufa sebagai isteri. Katanya, dia bertemu Aufa sewaktu di Jordan. Dari situ, timbul keinginan hatinya untuk memperisterikan Aufa dan telah bertunang dengannya. Namun, bila sampai di Malaysia Aufa hilang khabar berita. Baru saat itu Ezmir tahu mengenai Adli dan segera bertemu.
Terkejut bukan kepalang Adli mendengar, namun wajahnya dikawal biasa. Dia meminta Ezmir supaya pulang dan akan menyelesaikan masalah itu secepat mungkin. Dalam Islam, haram mengambil tunangan orang lain. Dia masih ingat sewaktu berbincang dengan uminya. Kata umi, semua keputusan di atas tangan Adli.
Bingung, sedih, semuanya bermain di fikiran pemuda itu.
Dua hari berselang, Aufa ditelefonnya untuk bertanyakan perihal Ezmir. Namun, tiada jawapan. Geram, Adli mendatangi rumah Aufa. Nyata, tiada apa yang tinggal di situ. Ezmir telah memulakan langkahannya dengan pantas. Aufa dinikahinya terus dan dibawa pulang ke Lubnan. Remuk-redam hati Adli mendengar. Di atas sejadah cinta, Adli meluahkan segala-galanya kepada Allah Taala. Tiga malam dia merayu, meraung, mengadu di hadapan Tuhannya. Dia tahu, perancangan Allah lebih baik namun hatinya tidak mampu dipujuk lagi. Uminya menangis melihat penyeksaan anaknya.
Adli melihat jam di tangan. Sudah masuk jam enam petang. Dia harus pulang sekarang kerana malamnya dia mempunyai tugas lain. Dia harus melakukan persembahan di Hotel Renaissance pada malam ini. Pantas disusun langkahan menuju ke motosikal. Enjin dihidupkan dan pantai ditinggalkan bersama nostalgia lamanya...
Hanya kuharap keikhlasan
Dan kurindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan
Mengasihimu dikasihi
Menyayangimu disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati...

3 comments:

Anonymous said...

erm, i'll make dis 4 both chapters yea? tak tau nak ckp mcm maner. rasenyer sgt dekat dgn pengarangnyer. maksud ana, watak tu seakan pengarangnyer (buat sesiapa yg mengenali pengarang). sengaja promote dialog dlm karya anda di luar ke? sekadar usikan... teringin nk dgr adek Alyas nasyid lagu last tu. erm, tapi tolong hafal liriknyer ye? ok, comment serious pulak. selintas mengenai tunang yang pertama tu. terlalu ringkas. bagi yang tak banyak membaca mungkin agak terpinga-pinga. wallahualam...

Anonymous said...

slm,nice..u have talent..keep it..n kembangkannya lagi..

Anonymous said...

slm,nice..u have talent..keep it..n kembangkannya lagi..