Digital clock

Friday, July 1, 2011

ANDAI ESOK TIADA...

Andai esok tiada lagi buatku, apakah yang harus kulakukan? Apakah amalanku selama ini cukup buat menemaniku berhujah di hadapan Allah kelak?
Andai esok tiada, apakah aku masih bisa berdiri seutuh kini, berbicara sefasih ini, berfikir sepantas ini dalam urusan duniaku?
Andai esok tiada, bagaimana nasib ibu bapaku? Bagaimana keadaan urusan kerjaku? Bagaimana halnya akan sahabat2 ku?

Aku mengira detik demi detik. Benar, Allah sedang mengujiku dengan hebat. Allah sedang mentarbiahku dengan ujian sedang aku masih berusaha menghabiskan setiap dugaan yang diberikannya. Maha Hebat Allah menjadikan aku sebegini. Waima penyakit datang bertimpa, waima masalah melanda tidak mengenal masa, namun Allah masih menghadiahku dengan kelapangan dalam mengabdikan diri kepadaNya. Allah masih memanggilku mendatangi rumahNya untuk beribadat. Nyata, Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengampun!

Allah, apakah aku tergolong dalam golongan hambaMu yang tidak bersyukur?
Kau berikan aku rezeki, namun jarang sekali dapat kuhabiskannya...
Kau berikan aku kesenangan, namun jarang sekali aku menghargainya...
Kau kurniakan aku bakal isteri, namun aku langsung tidak menjagainya...
Kau bekalkan aku dengan agama, namun aku masih tidak mampu memperjuangkannya...

Satu kupinta ya Allah...andai esok tiada lagi buatku, Kau izinkanlah mereka yang pernah mengenaliku mengingatiku dengan seuntai Al-Fatihah~

Seumur hidup mereka.......

3 comments:

sea_lavender said...

bersyukur hingga kini krana kau masih bernafas sehingga hari ni..tanpa putus pohonlah pd Dia utk kekuatan itu... Sesungguhnya Allah menyayangi hamba2-Nya yg sntiasa mendekatkan diri pd-Nya..
Insya-Allah...teruslah mnjdi insan terbaik d mata org lain dgn pnuh ikhlas krn Dia..dirimu akan sntiasa dhargai bukan hnya brada d pentas lakonan yg slalu dibanggakan...
namun hingga hujung nyawa mahupun setelah tiada..kau mampu melakukannya~~

Anonymous said...

bile nk update blog? lamenya xupdate....

Anonymous said...

ku hanya mampu katakan bhwa diriku amat merinduimu...kernaNya...jg diri, iman... =')