Sunday, October 2, 2011

MAHA HEBAT ALLAH...

Assalamualaikum...

Hari ini terlalu banyak perkara yang menarik berlaku ke atasku. Bermula dari perjalanan Temerloh ke Lendu yang dihujani dengan air rahmat dari langit Ilahi, bertemu dengan sahabat2, teman istimewa, segalanya diberikan Allah dengan penuh kasih sayang dan rahmatNya yang tiada pernah terputus. Aku menghitung kembali detik-detik yang telah kulalui tadi...

Bermula dengan menunggang motosikal, emak telahpun berpesan awal kepadaku. Katanya, "Berhentilah kalau hujan, bahaya bawa motor semasa hujan..."

Benar, telahan dan naluri seorang ibu itu kuat. Hujan  di pertengahan kembara, memaksa aku berhenti hampir tiga empat kali. Ditambah pula dengan kesakitan pada tangan kiri yang tidak sekuat dahulu. Aku mengira ibu itu mendoakan keselamatanku dari jauh tanpa kuketahui. Hebatnya naluri seorang wanita, lagi-lagi mereka yang bergelar ibu. Usai aku sampai ke rumah, mesej menerjah ke telefon bimbitku. Ibu bertanyakan, "sudah sampai?" Aku membalas, "Baru sahaja sampai..."

Kedua, aku bertemu dengan rakan serumahku. Ianya perkara biasa, namun kali ini dalam matra berbeza. Cerita misteri mengenai 'penunggu rumah' benar2 mengubah kami semua. Sudah kedengaran suara orang bersolat, malah mereka berjemaah bersama. Alhamdulillah...

Ketiga, aku bertemu semula dengan sahabat2 perjuangan dakwah yang lama (ALUMNI JPM) di Masjid Al-Hikmah UiTM Lendu. Mereka adakan jamuan bersama. Di situ, terasa mekar kembali mahabbah dalam hatiku kepada barisan jemaah lama dan baru. Aku seperti biasa datang dengan pakaian sederhana. Berseluar jeans dan berbaju T-Shirt biru. Namun ianya bukan penghalang untuk mereka menerima kehadiranku. Aku dijemput bersama, waima perasaan malu dan segan itu menggunung di hatiku...

Allah itu Maha Hebat dalam QudratNya, Maha Agung dalam InayahNya, Maha Pemurah dalam Ar-RahmanNya. Rahmat dan kasih sayang Allah tiada pernah putus ke atas kita, namun kita yang tiada pernah terasa kehadirannya. Allah itu Maha Memberi, Lagi Maha Adil...

Bersyukurlah...

Alhamdulillah.....

Salamun alaik...

2 comments:

Nazatul Zulaika Suhaimi said...

Salam.. Alhamdulillah selamat smpai. Terima kasih dtg juga tadi walaupun rasa malu menggunung. Hehe. Ramai tny ttg kau. Ustzh Kalthom pun ada ckp dh lama tak jumpa kau..

Alhamdulillah sekali lagi, housemates kau berubah. Aku masih ingat kau ada cerita ttg kwn2 kau pnjm sejadah kau utk solat :)Skrg dh jemaah pula..

Hm, aku ni mudah leka dgn rahmat yg diberi..

sea_lavender said...

Alhamdulillah...kecapi nikmat bahagia dari-Nya... =)