Monday, January 16, 2012

"Hari ini banyak perkara yang terjadi, yang mematangkan aku sebagai seorang daie. Aku belajar bagaimana perasaan hati harus disembunyi saat nafsu meronta minta dipenuhi. Aku belajar memahami bagaimana Allah menghadirkan pengganti, dan aku harus melepaskan dia pergi. Aku mengetahui bagaimana hati tidak betah dipaksa, kerana kekhilafan diri sendiri. Jangan sesekali meletakkan kesalahan orang lain pada diri insan yang lainnya. Jangan sesekali bersangka buruk dengan tindakan, sebaliknya gunakan percaturan akal untuk mentafsirnya. Aku belajar menilai diri sendiri...mana buruk, mana baik untuk ku ikuti...dan aku belajar sesungguhnya hanya Dia Maha Menguji, dan kepadaNya jua kita akan kembali..."

Redha * Pasrah * Doa

3 comments:

sea_lavender said...

kini tdak datang utk meminta,tetapi hadir sekadar memberi

'' kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu adalah kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan''(Al-Insyirah 5-6)

Nabi S.A.W bersabda: ''seseorang itu adalah bersama dengan orang yang dikasihi.'' sesiapa yg mengasihi sahabatnya maka kasih sayangnya itu akan mendorongnya melakukan amalan yg sama dgn sahabatnya'' Insya-Allah.. sekadar berkongsi...

kuat apa2 pn, yakin Allah bersama awak..Insya-Allah... La tahzan..

Anonymous said...

sukar untuk menduga hatimu...berbolak balik sentiasa...apakah nilai cinta itu terlalu murah pdmu hga begitu mudah utk dilafazkan bg2 shja...pd sesiapa shja yg kau temui?~ berkenan, terus amek..apakah bg2?? sguh ku xsgka...

Tongkat Jibril said...

nilai cinta sebenar tidak akan kulafazkan, namun akan kupendamkan...kau begitu mudah menafsirkan diriku...aku manusia hina dan masih banyak kelemahan...terpulanglah bagaimana penerimaanmu, tohmahanmu...andai ianya menjadi fitnah, tanggunglah dosamu, jangan ditarik daku...