Digital clock

Saturday, March 13, 2010

NOVEL BERSIRI: MENCARI HUMAIRA' HATI

LIMA BELAS
Ku menangis...
Membayangkan betapa kecilnya dirimu atas diriku
Kau buatkan cinta ini
Kau pergi bersamanya
Ku menangis melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus selalu kau tahu
Akulah hati yang telah kau sakiti...-Rossa_Hati Yang Kau Sakiti
            “Minum air dulu...” Fieqa menghulurkan segelas milo panas kepada temannya. Aufa Liyana menghela nafas panjang. Air matanya kering di pipi. Dia meneguk sedikit demi sedikit minuman yang diberi. Keletihan.
            “Yang dah berlalu biarkan berlalu...” Ujar Fieqa lagi.
            “Susah nak lupakan, Fieqa...” Balas Aufa Liyana.
            “Tapi, Aufa kan boleh tolak Ezmir dan jadi isteri Adli?” Soal Fieqa.
            “Aufa keliru...Aufa buntu, Fieqa!” Getus Aufa Liyana.
            “Keliru atau terdesak? Sebab kewangan? Baik Aufa ceritakan hal yang sebenar pada Fieqa. Bila difikirkan balik, tak mungkin Aufa bersetuju nak bernikah dengan Ezmir kalau tak ada sebarang permasalahan. Aufa buat perjanjian dengan dia?” Soal Fieqa, cuba mengorek isi hati sang gadis. Aufa Liyana membisu untuk beberapa ketika.
            “Sebenarnya, dia yang tanggung perbelanjaan Aufa semasa di Jordan...”
            “Apa???” Tersentak Fieqa mendengarnya. Aufa Liyana mengangguk perlahan.
            “Habis, duit biasiswa? Takkan habis begitu saja?” Soal Fieqa lagi.
            “Masa tu, walid jatuh sakit. Keluarga sangat memerlukan wang. Aufa tak nak jadi beban untuk keluarga. Aufa bekerja dengan Ezmir secara sambilan di restorannya. Aufa ambil kerja lebih masa selang tiga hari. Mulanya biasa saja. Bila mana Ezmir dapat tahu masalah Aufa, dia tawarkan pertolongan. Tapi, tak sangka pertolongan tu membawa sampai ke pernikahan ni...Aufa baru dapat tahu yang Aufa isteri ketiga Ezmir. Isteri pertamanya orang Turki, isteri keduanya orang Libya...” Jelas Aufa Liyana dengan tenang. Air matanya mengalir kembali saat mengenangkan kisah lama. Fieqa mengangguk perlahan. Patutlah dengan mudah Aufa Liyana menerima peminangan Ezmir.
            “Adli tahu tentang perkara ni?” Soal Fieqa. Aufa Liyana menggeleng perlahan.
            “Kenapa Aufa tak beritahu dia?” Fieqa menyoal lagi.
            “Aufa tak dapat peluang...Adli mengelak untuk berbincang...” Balas Aufa Liyana.
            “Aufa kena jelaskan juga! Tak apa, nanti Fieqa cakapkan pada Adli!”
            “Jangan, Fieqa! Jangan!” Aufa Liyana membantah serta-merta.
            “Kenapa pula? Kan lebih baik?” Ujar Fieqa.
            “Ezmir sukar diduga...” Balas Aufa Liyana.
            “Apa maksud Aufa?” Soal Fieqa kembali. Aufa Liyana menghela nafas panjang. Diletakkan gelas ke atas meja sebelum diselak belakang bajunya. Kelihatan beberapa parut dan bekas libasan tali pinggang melekap biru di belakang badannya. Fieqa mengucap panjang.
            “Astaghfirullah...kenapa sampai jadi begini???” Ujar Fieqa.
            “Ini ‘hadiah’ hari pertama selepas pernikahan...” Jawab Aufa, tenang.
            “Hadiah? Ini penderaan, tau tak? Melampau sungguh!” Fieqa membalas kembali sambil menyentuh parut dan kesan libasan di belakang gadis teraniaya itu. Aufa Liyana sedikit terkesan dengan sentuhan Fieqa. Sakitnya, Allah saja yang tahu. Aufa Liyana menutup kembali bahagian belakang badannya.
            “Kalaulah Aufa beritahu kami lebih awal, mungkin kami dapat selamatkan. Bila dah teruk macam ni, apa yang boleh kami buat? Tapi tak apa...Fieqa akan cuba tanyakan pada Adli. Dia mesti tahu macam mana nak lepaskan Aufa daripada ‘seksaan’ Ezmir ni!” Fieqa memberikan jaminan. Pantas Aufa menggeleng. Air matanya bercurahan kembali.
            “Adli dah banyak terseksa...dan Aufa nampak kebahagiaan yang dia dapat daripada Azlina...” Ujar Aufa Liyana. Fieqa mengerutkan dahinya.
            “Apa benda pulak kebahagiaan ni? Azlina? Bila masa pulak dia orang official?” Soal Fieqa kembali. Aufa Liyana diam seribu bahasa. Lensa matanya melirih ke arah skrin televisyen yang telah diperlahankan audionya.
            “Kalau pun dah official, tak bermaksud dia tak boleh tolong Aufa...”
            “Biarlah...Adli kan bahagia dengan Azlina...” Balas Aufa, sayu. Fieqa diam seribu bahasa. Dia mengerti, perasaan seorang gadis kepada pemuda yang sangat dicintainya. Dia juga seperti itu – bersama buah hatinya. Tapi, apa yang lebih penting ialah cara untuk menyelesaikan penderitaan yang ditanggung gadis sepolos Aufa Liyana. Berkerut dahinya memikirkan.
                        *                                              *                                              *
            “Seronok?” Soal Adli. Azlina buat acuh tak acuh sahaja sambil menyedut minuman. Seketika kemudian, dia tertawa kecil. Adli turut sama tertawa. Entah apa sebab perlu diketawakan, dia sendiri kurang pasti.
            “Dah lama tau tak pergi usrah...” Ujar Azlina.
            “Betul ke? Sejak bila tu, Cik Azlina...?” Soal Adli.
            “The last usrah I attended when I was in secondary school…” Ujar gadis itu.
            “Wah...boleh tahan lamanya...tapi datang usrah ni bagus...dapat kongsi ilmu, tambah ilmu...kan?” Soal Adli lagi.
            “Iyalah...Encik Saiful Adli!” Ajuk Azlina disusuli ketawa kecil. Adli mengukir senyuman sambil memandang gadis bertudung litup itu. Menyedari dirinya diperhatikan, pantas Azlina menyoal.
            “Why did you look at me like that? Is there any problem?” Soal Azlina.
            “Tak...you look beautiful tonight...Allah Taala hebat sebab menemukan saya dengan orang sebijak dan sesempurna awak...tapi...” Adli terhenti di situ.
            “Tapi apa?” Soal Azlina, ingin tahu.
            “Tapi tak pandai cakap Melayu sangat...haha...” Seloroh Adli. Bukan main marah lagi Azlina mendengarnya. Masam mencuka wajahnya. Spontan Adli memohon maaf. Sekadar bergurau, katanya.
            “Bergurau pun ada batasnya tau! Jahat!” Ujar Azlina.
            “Maaflah...saya memang suka menyakat orang...jangan marah ye...kalau nak ambil hati, tak apa...” Balas Adli, tersenyum lebar.
            “Ambil hati? Motif???” Soal Azlina kembali.
            “Tak ada apalah. Eh, cepat habiskan minuman. Dah lewat ni...” Ujar Adli.
            “Eh, ada orang menunggu di rumah ke?” Kali ini giliran Azlina menyindir.
            “Bukan...esok saya ada kelas pagi lah!” Balas Adli, geram. Mereka berdua segera menghabiskan minuman sebelum Adli menapak ke kaunter pembayaran. Azlina memerhatikan saja gelagatnya. Adli kelihatan sempurna di matanya. Dia mengerti maksud lelaki itu sebentar tadi namun dia tidak mahu tergopoh-gapah dalam membuat keputusan. Nama dan kenangan Aufa Liyana masih terukir di hati arjuna itu. Mana mungkin dipadam begitu sahaja. Biar masa yang menentukan segalanya...
Kuingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktu
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya...
***

3 comments:

Ana Abdullah said...

sebab tu laa org kata jgn terhutang budi. nnti tergadai hati atau sesetengah yg lain kata tergadai body. Wallahu'alam... hehe, adek Alyas dh alert laa... bagus2! dh pandai acknowledge tuan punya lagu (artisnya)...cam tu laa... klu tidak nnti kena saman!

Sarjana Pandir said...

Comel!

Babak Saiful Adli dan Azlina bergurau senda dalam siri kali ini menerbitkan pelbagai perasaan yang bercampur baur dalam diri.

Membuatkanku tersenyum sendirian, tersentuh dengan gelagat kedua merpati dua sejoli ini.

Tahniah diatas kejayaan anda mengaitkan jalinan kata-kata nan indah dan cukup berwarna warni.

Sesungguhnya untuk menerbitkan perasaan yang boleh diselami para pembaca seolah-olah melihat sendiri sesuatu peristiwa dalam bentuk penceritaan sebuah novel bukannya mudah.

Syabas untuk anda!

PA said...

dialog tang "motif?" dr Azlina tuu sgt menarik hati... teringat ada pertanyaan yg melibatkan hati dan persoalan itu dibalas dgn kata2 motif??? hehe... nk nyanyi jap... "masihkah kau ingat...." drp kumpulan kopratasa( maaf jika salah ejaan nama kumpulannya)-komen tersirat buat pengarang ;p