Digital clock

Saturday, March 13, 2010

NOVEL BERSIRI: MENCARI HUMAIRA' HATI

ENAM BELAS
Apakah ku amat bererti di mata engkau
Telah ku ukir wajahmu lama dalam hati aku
Namun kau hilang dan takkan kembali juga
Ku merasa sepi ku sendiri...-Menerima Kau Pergi_Acha & Irwansyah.
            “Dah lama dia tidur?” Soal Azlina tatkala melihat Aufa Liyana terbaring lesu di katil berkelubungkan selimut tebal berwarna merah jambu.
            “Dah sejam...I kesian tengok dia, Lina. Tak sangka sampai ke tahap ini...”
            “What to do, Fieqa...It’s her own fate...” Balas Azlina, simpati.
            “Tapi kita kena lakukan sesuatu. Nak beritahu pada Adli?” Cadang Fieqa. Azlina menggeleng pantas. Dia menutup kembali pintu bilik sebelum melangkah ke ruang tamu.
            “Kalau Adli tahu tentang perbuatan Ezmir, boleh berperang besar. I rasa kita patut rahsiakan dulu. Biar saja Aufa Liyana di sini. Apa yang penting, Ezmir tak akan mengganggunya hingga ke mari...” Ujar Azlina, memberikan buah fikiran yang lebih bernas. Fieqa mengangguk perlahan. Azlina menghenyakkan punggung ke sofa lembut sebelum menekan butang kawalan televisyen.
            “You dengan Adli pulak, macam mana?” Soal Fieqa tiba-tiba. Azlina tersentak.
            “What do you mean Adli and I?” Soal Azlina kembali.
            “Jangan soroklah, Lina. I kenal you lama, tau! I tahu apa yang tersirat dalam hati you. Dari mula you berkenalan dengan Adli, I tengok you makin bersemangat nak mengajar, tak mengeluh macam dulu lagi...kan?” Fieqa menempelak pantas. Azlina membisu. Matanya terpaku pada kaca televisyen sedang mindanya berfikir ligat.
            “Tapi I tak mahu bertepuk sebelah tangan...He still has Aufa Liyana...she’s his soul mate...I can’t simply erase that name as he had put it deep inside his heart...” Azlina meluahkan sedikit demi sedikit rasa hatinya. Fieqa tekun mendengar. Ada linangan air mata mengalir keluar dari takungan mata gadis tabah itu.
            “Bertemu dengan lelaki sebaik Adli bukan mudah...sopan, baik, sangat mengambil berat, matang...I tak tahu kenapa dan mengapa, tapi I rasa hidup I makin bermakna...makin terisi sekarang...” Jelas Azlina lagi. Air matanya mengalir laju. Dibiarkan linangan itu mengalir hingga ke bawah pipi. Fieqa memegang tangan Azlina, cuba untuk mententeramkannya.
            “Kenapa saat I ditemukan dengan lelaki yang I admire, dia dah ada kekasih hati? Kenapa nasib I semalang ni? Kenapa, Fieqa??? Kenapa???” Azlina hampir menjerit. Segera Fieqa mententeramkannya. Didakap gadis itu dengan lembut. Kedengaran suara Azlina menangis teresak-esak.
            “Be strong, Lina...mungkin belum masanya lagi...” Pujuk Fieqa. Azlina menangis sekuat hati. Benar, sejujurnya dia begitu menyintai rijal bernama Adli. Namun, dia takut untuk meluahkan di saat Adli masih memikirkan tentang Aufa Liyana, saat pemuda itu masih mengukir dan mengabadikan memoir cinta mereka di dalam hati.
            “I takut I akan kehilangan dia...” Bisik Azlina.
            “Sabar, Lina...untuk dapat yang terbaik memang memerlukan pengorbanan...”
            Azlina menutup mata. Dia menangis dalam dakapan Fieqa buat pertama kalinya. Dia benar-benar menginginkan Adli sebagai teman sejatinya.
*                                              *                                              *
            “Lambat balik...?” Soal umi tatkala Adli menerjah masuk ke ruang tamu. Tersentak dia bila mana melihat uminya sedang berehat di sofa panjang sambil membaca majalah. Adli menghela nafas panjang. Disusun langkah merapati uminya.
            “Azlina sihat?” Soal umi lagi. Berkerut dahi Adli mendengarnya.
            “Eh, macam mana umi tahu yang Adli keluar dengan Lina?” Soal Adli, hairan. Dia duduk di sebelah umi. Uminya tertawa kecil.
            “Umi teka saja tadi. Tapi Adli yang mengesahkan...” Ujar umi sambil tersenyum.
            “Aduh...terkena la ni? Alamak...”
            “Adli pergi mana dengan Lina? Dinner?” Soal uminya lagi.
            “Usrah...Adli ajak dia sekali. Lepas tu, kami pergi minum...” Jelas Adli.
            “Tu saja?” Soal umi.
            “Yup, that’s all...” Balas Adli, yakin.
            “Umi tengok sekarang Adli dengan Lina dah semakin rapat. Agak-agak, hujung tahun ni merasalah nasi minyak, tak?” Seloroh uminya.
            “Ish, tak adalah umi! Kami kawan ajalah...tak lebih dari tu...” Nafi Adli.
            “Umi ni dah lama tak merasa ada cucu yang comel...entah bilalah kamu nak kahwin. Jangan umi tak sempat tengok, sudahlah...” Ujar uminya lagi.
            “Umi...jangan cakap macam tu...nanti jadi doa pulak. Insya-Allah, kalau ada jodoh kami, kami nikah...O.K?” Balas Adli. Uminya tersenyum mendengar kata-kata Adli. Didakapnya anak lelaki sulung itu sambil mengucup dahinya. Adli tertawa kecil.
            “Adli bukan budak-budak lagilah, umi...” Ujar Adli.
            “Tapi masih lagi anak umi...” Balas uminya, bersahaja.

2 comments:

Ana Abdullah said...

akk ingat adek Alyas pernah kata nak habiskan di siri 20... tapi...jgn terburu-buru... aturan momentum cerita ni dh mcm hilang... jika baca dari siri 14, mmg takde masalah tapi jika baca balik dari awal... terasa macam erm... tau tak klu kita kedepan kan video? forward movie while we are watching it. tiba2 sedar eh2 mcm ada bahagian yang hilang. its like there are some scenes being deleted. just my thoughts...asif jika mengguris hati...

Tongkat Jibril said...

MEmang...agak terganggu dek kerana bebanan tugasan...pengakhirannya nanti episod 30...dan jaminannya, sangat menyakitkan...hehehe...nanti sy perbaiki lagi...syukran kerana memberi teguran...