Digital clock

Sunday, April 25, 2010

NOVEL BERSIRI: MENCARI HUMAIRA' HATI

DUA PULUH DUA
            Ezmir menekan butang panggilan berkali-kali, namun masih tiada jawapan dari Aufa Liyana. Hatinya semakin terbakar, membara saat memikirkan kehilangan Aufa Liyana. Berkali-kali dia menggertak Azlina untuk memberitahu lokasi di mana Aufa disorokkan namun gadis itu tidak mahu berkerjasama dengannya.
            Surat daripada mahkamah dan pihak peguam Aufa Liyana sudah diterimanya pagi semalam. Dibaca berkali-kali surat tersebut. Nampaknya Aufa sudah memulakan langkah untuk menuntut cerai fasakh darinya.
            “Apa kita nak buat sekarang ni, Ezmir?” Soal Moussa dalam bahasa Arab-Turki.
            “Aku tak tahu...tapi aku yakin Adli ada kaitan dengan semua ni...”
            “Apa yang meyakinkan kau?” Soal Moussa lagi.
            “Aufa Liyana takkan tergamak untuk lakukan semua ni sekarang seandainya tidak ada orang yang mencadangkan kepadanya. Siap dengan laporan doktor dan macam-macam lagi, aku sangat yakin Adli terlibat sama!” Ezmir meluahkan kemarahannya.
            “Habis, apa kau nak buat sekarang?” Moussa bertanya. Ezmir tunduk memandang permaidani ruang tamu. Fikirannya ligat berputar, mencari jalan penyelesaian. Seketika kemudian, bibirnya terukir senyuman.
            “Kalau perlu...hapuskan saja Adli...” Ujar Ezmir.
            “Apa? Kau dah gila? Kita boleh dikenakan hukuman gantung! Aku tak mahu sampai ke tahap itu lagi, Ezmir!” Balas Moussa. Ezmir tertawa besar.
            “Aku ada cara aku yang tersendiri...kau tak perlu terlibat. Sama ada Adli dibunuh, atau aku sendiri yang terbunuh! Ini janji aku asalkan aku dapat kembalikan Aufa Liyana padaku!” Ezmir mengotakan janjinya. Moussa menggelengkan kepala. Entah apa lagi yang akan dilakukan oleh Ezmir selepas ini.
                        *                                              *                                              *
            Samudera terbentang luas. Bayu yang berdesiran menyegarkan segenap tulang-belulang yang dahagakan kerehatan. Ombak yang menghempas pantai tidak sama sekali mencacatkan suasana petang yang mendamaikan. Sesekali kedengaran suara camar yang terbang bebas di permukaan laut. Segalanya mendamaikan, menenangkan sesiapa sahaja.
            “Do you come here often?” Soal Azlina. Dia menjinjing kasutnya sedang kakinya menapak ke sepanjang pesisir pantai. Adli menyinsing seluar sambil berjalan sama.
            “Yeah...everyday...” Balas Adli sambil tersenyum lebar.
            “Its calming...with the birds chirping, the air...” Azlina memerhatikan sekeliling.
            “Allah memberi kita nikmat-Nya yang tak terhingga, kan?” Adli memberikan pendapat. Azlina mengangguk. Mereka seiringan berjalan di tepi pantai. Air laut menyapa kaki-kaki mereka. Terasa tenang dan menyejukkan.
            “Awak pandai bermain saksofon, kan?” Soal Azlina tiba-tiba.
            “Sikit-sikit bolehlah...kenapa?” Soal Adli.
            “Dah lama tak dengar...teringat dulu masa awak mainkan pada hari perkahwinan Aufa Liyana. Nampak macam Kenny G. Kagum saya, tau...” Balas Azlina.
            “Oh...sekarang pun saya masih mainkan saksofon di hotel tu...part time job...
            “Gaji pensyarah ni tak cukupkah?” Soal Azlina.
            “Awak ni terlalu banyak bertanya...” Adli mencelah. Azlina tertawa kecil. Pipinya berona merah. Adli tertawa kecil sambil menggelengkan kepala.
            “Bukan soal gaji, Lina. Tapi soal kepuasan dan mengisi masa yang terluang. Duit yang saya dapat saya serahkan pada umi. Sekarang dah cukup untuk langsungkan perkahwinan hanya dengan menggunakan duit simpanan tu...” Ujar Adli.
            “Sekarang ada bawa saksofon tak?” Azlina bertanya lagi. Adli mengangguk.
            “Ada dalam kereta...nak saya ambilkan?” Soal Adli kembali. Azlina mengangguk perlahan. Malu rasanya untuk meminta namun entah mengapa petang itu dia ingin melihat arjuna hatinya memainkan saksofon di hadapannya. Adli menyuruhnya duduk di atas pasiran yang memutih sebelum dia berlari anak menuju ke kereta.
            Seketika kemudian, Adli kembali semula kepada Azlina sedang saksofon berwarna emas dipegangnya dengan kemas.
            “Ladies and gentlemen! This evening, I’m going to play a song titled ‘My Heart Will Go On’. Hopefully you’ll enjoy it!” Laung Adli. Beberapa pelancong yang sedang berjalan di pantai tertarik melihat Adli yang ingin memainkan saksofon. Mereka merapatinya.
            “Come...join us...” Pinta Azlina. Mereka bersalaman sebelum duduk bersama sambil menyaksikan persembahan bersahaja Adli. Pemuda itu membetulkan beberapa bahagian saksofonnya sebelum mula meniup.
            Every night in my dreams
I see you, I feel you
That is how I know you go on

Far across the distance
And spaces between us
You have come to show you go on

Near, far, wherever you are
I believe that the heart does go on
Once more you open the door
And you're here in my heart
And my heart will go on and on

Love can touch us one time
And last for a lifetime
And never let go till we're gone

Love was when I loved you
One true time I hold to
In my life we'll always go on

You're here, there's nothing I fear
And I know that my heart will go on
We'll stay forever this way
You are safe in my heart
And my heart will go on and on         
            Azlina mendengar alunan melodi instrumen yang dimainkan oleh Adli. Dia menghafal setiap bait lirik lagu tersebut. Hatinya berbunga mekar. Tidak salah dia bersabar untuk menjadi bakal zaujah Adli.   
            “Your husband is perfect...just like Kenny G!” Ujar salah seorang pelancong.
            “He’s not my husband yet...husband want-to-be...” Balas Azlina sambil tersenyum. Pelancong itu memohon maaf kerana tersalah. Usai Adli membuat persembahan, mereka meminta izin untuk mengundur diri.
            “Macam mana? Puas hati?” Soal Adli.
            “Hebat!” Ujar Azlina sambil tersenyum. Adli meletakkan kembali saksofonnya ke dalam kotak hitam. Mereka duduk sambil menghadap samudera. Lama membisu. Hanya desiran angin dan pukulan ombak yang kedengaran.
            “Terima kasih sebab sudi temankan saya...” Ujar Adli.
            “It’s okay...nak jadi bakal zaujah, perlu susah dan senang bersama.” Balas Azlina.
            “Seandainya ini pertemuan terakhir kita, saya dah puas hati...” Adli bersuara lembut. Azlina memandang arjuna hatinya dengan wajah geram bercampur hairan.
            “Kenapa awak cakap macam tu?” Soal Azlina. Adli tidak menjawab, sebaliknya memberikan senyuman manis.
            “Dalam perhubungan, konsep reda tu penting...” Ujar Adli.
            “Ubah topik nampak? Abang tak jawab lagi...eh...” Azlina tersipu-sipu malu.
            “Abang? Alamak....gugur jantung...” Seloroh Adli. Azlina mencubit bahunya. Mengerang kesakitan sang arjuna.
            “Eh, jangan cubit-cubit...belum halal lagi...dah kahwin nanti, ikut sukalah Lina nak buat apa kat abang...hehe...” Adli mengusik lagi. Azlina mencebikkan bibir. Mengada!

3 comments:

farra alissa said...

cik abg..bekerjasama..not berkerjasama...adoi la...

Ana Abdullah said...

Abg Alyas... xP

ada apa pada nama ;> said...

Assalamu'alaikum,
galok pulak yer watak berdua ni? xP
Erm, masih dgn niat nk bg org lain kasihankn Adli? (senyum ade makna)
ape2 yg Adli buat kemudian tetap tak boleh mmbenarkan kesalahan yg dilakukan. Dari sudut novelnya, berjaya mencipta sambungan plot yg menarik. mmbawa kami(pembaca) kpd landasan yg dulu.

btw, terasa nk kongsi sesuatu. mungkin balasan utk apa yg xtersampai atau terucap smlm. tentang mahabbah.

"daku mendekatinya kerana sayang...
menjauh...juga kerana itu...
Padaku kekasih sejati begini. Sukar jatuh hati, senang kekal mencintai, sentiasa disisi, tidak akan pernah pergi, kecuali menyahut seruan Illahi. Kekasih sejati walaupun sentiasa di sisi tetapi tidak semestinya terlihat dipandangan. Jika kasihnya benar, dia akan berasa cukup dgn melihat, mendo'a dn menjaga dari jauh. Apabila dia diperlukan, dia akn hadir. Dia bahagia tatkala melihat kasihnya tersenyum senang. ^-^"

berkawan ibarat sebuah rumah,
tak perlu cantik. tak perlu mewah.
tp lengkapilah dia dgn 3K: kejujuran,keikhlasan & kasih syg.